Tuesday, January 01, 2008

Kemana Pergi Nya

Bagi anak saya yang kecil, buah-buahan Malaysia yang biasa dimakannya cumalah durian, rambutan, mangga, papaya (betik), tembikai dan jarang2 sekali buah manggis.


Buah Manggis Muda (Dari Internet)

Buah Manggis Masak( Internet juga)

Tetapi dia tidak pernah melihat buah rambai, sentul, bacang atau kundang (sedap juga dibuat jeruk (mungkin Pak Zawi pernah buat jeruk buah ini)), dan jika dia pernah dengar pun, mungkin tidak akan suka rasanya.

Buah Rambai (Dari Internet)

Buah Kundang (Internet)

Semasa membesar di kampong buah manggis, kundang dan rambai menjadi buah kegemaran (tiada pilihan) kerana terdapat banyak kokok buah2an tersebut di sekeliling kawasan rumah saya. Pada ingatan saya terdapat lebih 7 batang pokok manggis, 2 pokok kundang dan dua pokok rambai, menjadi pilihan saya untuk memanjatnya, apabila tiba musim buah2an tersebut.

Malahan buah manggis menjadi punca rezeki saya, kerana apabila ada banyak buahnya, boleh dijual kepada peraih buah2an yang datang untuk membelinya. Saya juga pernah memanjat sendiri dan mengumpul serta menjual buah tersebut ke pekan.

Kini apabila balik ke kampong buah2an tersebut telah tiada lagi. Pokok-pokok tersebut ada yang telah ditebang kerana terlalu tua atau telah tercabut oleh angin ribut yang pernah melanda kawasan rumah tersebut beberapa tahun lalu.

Walau bagaimana pun, kita masih dapat membeli buah manggis ini apabila tiba musimnya. Tetapi buah seperti sentul, bacang dan kundang semakin sukar ditemui. Kemana perginya buah2an ini agaknya?

Mungkinkah pokok buah2an ini juga terancam dan mungkin akan menjadi pupus seperti yang takut berlaku kepada binatang-bintang berikut:


a. Sebanyak 14% binatang (mammals) di Malaysia di senaraikan oleh The World Conservation Union (IUCN) sebagai menghadapi kepupusan.

b. Dari 30 spesis penyu (turtles) yang diketahui, hanya 7 sahaja yang masih ada.

c. Terdapat kurang dari 1,500 Borneo Pygmy elephants yang masih ada di seluruh dunia.

d. Dianggarkan terdapat lebih kurang 20 ekor sahaja Sumatran rhinoceros di tanah besar Borneo.

e. Orang utan, Bornean species dan Sumatran species juga menghadapi masalah kepupusan.



23 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

Salam tuan,

Saya mengulas secara umum. Kita sudah semakin banyak 'kehilangan' pada hari ini. Banyak yang dulu-dulu ada dan wujud, sekarang semakin pupus malah sudah ada yang pupus. Tak kiralah samada flora atau fauna [alam].

Alam yang ada pada hari ini bukan milik kita, tapi dipinjamkan kepada kita oleh generasi kita yang akan datang.

Semoga kita ingat yang itu. Saya seorang ahli MNS, dan saya menyokong setiap usaha dan kempen2 serupa ini.

ZABS said...

BP: Terima kasih kerana sokongan kepada perkara serupa ini. Saya tidak lagi menjadi ahli MNS. Saya akan akan mendapatkan maklumat lebih berhubung MNS ini.
Saya ingin anda merujuk kepada entri saya sebelum ini(2007 Tag-aways Untuk 2008). Salam.

Unknown said...

Pak Zabs,
You had done yours, and you did it very well. Saya punya tengah finalise lagi. Maybe esok baru boleh publish.
This one indeed is very special because it is your own experience, you taste it with your own bud, and I assume that as you are writing this post, mesti terkenang kenangan masa zaman dulu2. At least, we can still find all these fruits around. Tapi katakan dah pupus, apa perasaan kita?
Pak, I'll make a link to yours as mine is oublished. If you happen to have facebook account, I would like to invite you and anyone who are reading this comment to join this facebook group;
http://www.facebook.com/group.php?gid=5671352269
This group currently is a bit passive, with some discussion already on the board. But in matters like this, I am pretty sure that number counts.

cakapaje said...

Salam Pak Zabs,

Saya bukan ahli MNS namun menyokong perjuangan seperti mereka dari kecil lagi. Masalah yang dihadapi alam flora dan fauna ini khususnya adalah manusia - bukan manusia per se, tapi sifat tamak, angkuh, dan ketidakpedulian mengenai perkara lain melainkan diri sendiri. Masalah ini bukan sahaja berlaku di Malaysia tapi di seluruh dunia.

Terlalu banyak yang boleh dan perlu dinyatakan namun ruang dan masa tidak mengizinkan. Mungkin mencukupi untuk saya menyatakan bahawa pencapaian terkini tamadun manusia merupakan ancaman terbesar kepada alam semulajadi dan secara ironisnya, juga ancaman kepada manusia itu dalam jangkamasa panjang.

Walaupun kini terdapat usaha untuk menimbulkan kesedaran di kalangan muda oleh pelbagai pihak, namun usaha usaha itu sentiasa menemui jalan buntu kerana tarikan dari perkara lain yang bertentangan lebih menunjul dan lebih mempengaruh.

Untuk mencapai matlamat kesedaran yang lebih besar, sistem pembelajaran harus dirubah namun ini seperti tidak difaham oleh pihak tertentu. Apakah gunanya kita memberitahu seorang tuan tanah bahawa tanah miliknya sungguh kaya dan menyumbang kepada kesihatan ekosistem, dan tetiba seorang pemaju hartanah dianugerah tanah bersebelahan oleh pemerintah untuk membina kompleks kondominium yang melonjakkan harga tanah di kawasan itu? Adat pemikiran manusia: di antara menyimpan tanah yang memberi kepulangan beberapa ribu ringgit setahun dan beratus ribu ringgit dengan sekelip mata, sudah tentu yang kedua menjadi pilihan mereka.

Rasulullah s.a.w. pernah berpesan (tidak ingat sanadnya): Maka siapa yang menanam sepohon pokok, maka ganjaran besar kepadanya, (terutama) apabila burung liar dapat memakan buahnya, atau berteduh di bawahnya.
Namun pengajaran seperti ini tidak ditunjulkan kepada ramai; yang sentiasa berkemundang adalah bunyian RM itu sahaja.

Maaf Pak Zabs, seperti lazim, apabila membaca nukilan Pak Zabs, terlebih panjang pula saya komen.

ZABS said...

Akmal: Hanya ini yang termampu untuk untuk utarakan. Semoga mendapat sedikit perhatian daripada pembaca yang melalui labuhan saya ini. Yes, I have joined facebook and I am sure will have a look at the link that you have enclosed here. Thank you Akmal bringing my attention to the subject. Although it has been widely discussed, time and time again, but little action have been taken. As you rightly said, that numbers do count in this type of situation. So as more people read about it, awareness of these matters will spread. Salam and take care.

Pak Zawi said...

Zabs,
Buah kundang muda sedap di buat jeruk. Di sini kami biasa guna air gula saja tanpa sebarang bahan lain. Cara menggunakan gula melaka juga sedap. InsyaAllah apabila ada buahnya nanti saya akan blog mengenainya.
Dah ada idea mengenai tag yang baru tu tambahan pula saya dah selesai blog mengenai 'I Have A Dream' so kepala dah lega sikit nak fikir mengenai tag tu memandangkan yang ini perlu fikir lebih sikit untuk menjadikannya bermakna. InsyaAllah sedikit hari nanti akan selesailah.
Saya mengucapkan terimakasih lah kerana tag saya sebab yang ni menarik sikit dari yang biasa.
Selamat Tahun Baru.
Hari ni ada durian runtuh sikit dibank hehehehe. Tunggu durian runtuh setahun sekali untuk berbelanja.

ZABS said...

Shah CA: Terima kasih kerana memberi komen yang sungguh bernas dan memberi pandangan yang amat menarik. Sungguh semua ini adalah perbuatan dari tangan-tangan manusia yang tamak dan tidak memikirkan akan masa hadapan yang lebih jauh. Mereka hanya nampak yang terdekat tanp peduli apa yang akan tingal untuk genrasi akan datang. Semoga kita dapat menyedarkan generasi kita yang terdekat dahulu, seperti anak-anak dan kaum keluarga kita akan kepentingan ini. Dan berharap seterusnya mereka pula akan menyemai kesedaran yang sam untuk masa-masa kkan datang. InsyaAllah.

ps: Ada diizinkan untuk memberi sepanjang mana pun komen, "it makes my day". TQ.

ZABS said...

Zwi: Ya, tetapi sudah lama tidak memakannya, maklum dah jadi orang bandar, kononnya!
Saya dah nampak N3 baru tentang "Your Dream" tu, tapi tak sempat nak komen lagi. Akan ke sana sekejap lagi.
Saya tahu akan dapat yang terbaik, maka itulah saya tag Zawi. Kami akan menunggu, sebab saya yakin Akmal pun akan gembira membacanya nanti.
Durian runtuh setiap tahun, untuk berbelanja, Alhamdulliah.
Semoga di tahun 2008 ini kita akan bertemu lagi, juga bertemu rakan blogger yang lain, seperti Tokasid, Shah CA dan yang lainnya. Salam.

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

Pak Zabs,

Saya sempat merasa kundang,rambai dan manggis.Malah buah-buah yang payah jumpa pun saya sempat rasa seperti mencupu (macam pisang kaki tapi bergetah dan masam masam manis). Mak saya dulu pernah membuat halwa cermai yang sedap sampai sekarang saya rindukan ia.

Saya sempat menjolok buah berangan dan ke hutan mencari buah tampoi (taban).

Insya Allah, bila musim manggis dan rambai,durian di dusun keluarga di Jerantut -saya ajak pak zabs sekeluarga datang. Boleh pekena pais tempoyak patin sebagai menu tambahan..hehehe

Eddie Putera said...

buah ceri ingat tak ? kalau belum masak, petik untuk buat lastik bontot cikgu lam kelas.. Kalau dah masa, sungguh enak kalau makan tepi sungai.. ingat tak ?

Fauziah Ismail said...

Salam Pak Zabs
Dusun anak-anak sekarang ialah di supermarket. Sudah tentu mereka tidak mengenali kundang, bachang (keliru dengan mangga) atau sentul, apatah lagi sayur-sayur kampung. Mereka tahu berbagai jenis berries, kiwifruit atau dragonfruit. “Ulam” mereka ialah celery, butterhead dan cos.
Bila tiada lagi yang memakan buah-buahan dan sayur-sayuran tempatan, sudah tidak ada lagi demand untuknya. Bila tidak ada demand, buah-buahan dan sayur-sayuran ini tidak ada harga. Bila tidak ada harga, tidak ada lagi pasaran. Bila tidak ada pasaran, tidak ada lagi yang mahu menanamnya. Bila tidak ditanam, ianya akan pupus.
Tapi dengan binatang ni lain pulak ceritanya. Ada setengahnya pupus kerana ianya ditangkap untuk dijadikan bahan makanan exotic. Bagi binatang-binatang lain, ianya pupus kerana tiada cukup sokongan bagi conservation programmes yang dijalankan.
The only other organization I can think of besides MNS WWF Malaysia. They too need our support.

ZABS said...

Drbubbles: Kita yang membesar di kampong merasa semua tu. Siap makan dari pokok lagi. Selalu teringtkan kenangan lama begitu.
Tetapi orang muda sekarang yang lahir di bandar dan tak selesa nak duduk lama-lama bila balik kekampong, mungkin tidak akan merasa begitu.
Mungkin mereka tak pernah pun dengan nama buah berangan dan tampoi tu.
Terima kasih atas ingatan anda untuk mngajak saya dan keluarga tu. Alhamdulillah. InsyAlah jika diizinkan.

ZABS said...

Fauziah: Thank you for your kind elaboration on the subject of supply and demand. However, it is true that all these happening are due to us humans. Like it or not we are the source of all evil.
Kita suka kepada benda yang baru yang dibawa dari luar negara, tanpa memikirkan baik atau burukya. Bukan sahaja buruk kepada kesejahtraan diri kita tetapi kepada kesinambungan hidupan dan tumbuhan tempatan kita.
Jika buah2an tempatan kita disukai oleh orang luar, kenapa kita pula yang meminggirkannya?.
Begitu juga dengan haiwan ang semakin pupus ini, manusia juga punja terjadinya. Disamping kurangnya tindakan penjagaan yang dijalankan, tahap kesedaran kita tentangnya juga amat kurang. Seperti yang disarankan oleh Shah CakapAje untuk mencapai matlamat kesedaran yang lebih besar ini, sistem pembelajaran harus dirubah. Dan pihak yang bertanggungjawab perlu memahami betapa perlunya maklumat ini disebarluaskan. Salam.

ZABS said...

Adiejin: Ceri!!! sudah tentu ingat, walaupun di rumah sendiri takda pokoknya. Selalu juga bertandang ke rumah jiran yang ada pokok ini semasa di kampong, untuk merasa keenakkannya.
Selain bacang dan kundang saya juga suka buah pauh, tetapi kini juga sudah tiada lagi, kerana bermacam2 jenis mangga telah mengambil alih tempatnya. Salam.

blackpurple @ jowopinter said...

Salam,

Ooo.. Patutlah. Rupanya saya overlook entri tuan yang sebelum ini. Nanti saya cari idea dahulu dan masukkan dalam entri. Terima kasih.

Mat Salo said...

Pak Zabs,

Mantap gambar2 'new look' ni, Pak. Tapi jangan lak takeaway spotlight pada anak yang baru menikah tu ha.

Semuanya nya semakin pupus Pak Zabs. Bila di fikir, ini semua makhluk Tuhan. Datangnya dari Dia semuanya. Apa kah kita akan di soal di hari pengadilan kelak apa yang kita lakukan secara pribadi di bumi Allah ini untuk mengelakkan semua ini?

Got tagged from Sdr. Jafflam.. hmmmm still working on it...

ZABS said...

BP: Terima kasih kerana "being a sport". Kita menunggu hasil yang boleh dijadikan tauladan. Salam.

ZABS said...

MS: Saya takeaways cara nak "nikahkan anak" je, bukan cara nak nikah lagi. Beneh pun dah tak aktif kot? Saya dah dapat sambung zuriat agar tak pupus jadi biar anak2 pulak teruskan ke sinambungan itu.
Saya tunggu takeaways anda pula. Salam.

zino said...

zabs
teringat masa kecik2 dulu kat kampong.. selalu panjat pokok manggis.. makan kat ats pokok..hehe..

lepas tu bawa bakul ikat tali utk turunkan buah yg masak..

IBU said...

'Pak' Zabs

Masa kecik2 dulu, sah ada pokok buahan keliling rumah. Mangga, rambutan, rambai, pulasan, belimbing, jambu, etc ... durian jer takde. Paling syiok bila musim buah. La ni such excitement approaching musim buah dah almost 'pupus' sbb anak2 tak payah tunggu musim buah. 365/24/7 available kat supermarkets. Problemnya, not all are naturally grown. In fact mostly are genetically modified. The natural ones will fetch a higher price definitely. The price of urbanisation and rapid industrialisation.

Happy New Year & god bless...

13may said...

hehhe...buah kundang ajer tak penah rasa...yg lain semua dah rasa :)

ZABS said...

Zino: Seronok yang tidak boleh dibayangkan. Tetapi anak-anak sekarang mungkin tidak menganggap itu satu keseronokkan. Main computer games aje yang boleh merangsang mereka. Samapai kepagi pun sanggup tak tidor.

May: Kundang ada bermacam-macam rasa. Yang masam, manis, kelat dan tawar. Pahit pun ada, itu kalau dikunyah bijinya lah.,

ZABS said...

Ibu: Setuju, that is the high price that we have to pay. Tetapi perlu ada keseimbangan dalam mengejar pembangunan ini. Terlalu mengikut rentak pembangunan yang melulu, menyebabkan kawasan tadahan air dimusnah, akibatnya banjir, dan perlu perbelanjaan yang lebih pula. Makan terlalu banyak bahan kimia dalam makanan, penyakit yang dulunya tidak pernah di dengar menjadi biasa pula. Selamat Tahun Baru untuk ibu dan keluarga juga. Salam.