Tuesday, January 22, 2008

Adakah Anda Lupa?

Surat khabar kami dihantar setiap hari oleh En. Segar (bukan nama sebenar), tidak kira hujan atau tidak pada pagi yang sentiasa nyaman. Biasanya pada jam 5.30 pagi, surat khabar tersebut telah berada di porch rumah kami. Beliau hanya bercuti beberapa hari setahun, terutama pada hari perayaannya, dan kini akan bertambah sehari lagi seperti yang diberitahu baru-baru ini.

Sebelum ke surau saya akan meletakkan surat khabar itu di atas bumbung kereta, dan mengambilnya untuk dibaca sebentar apabila balik dari surau, sebelum ke tempat kerja.

(Gambar dilakun semula)

Semalam, seperti biasa saya telah mengikut rutin yang sama, tetapi pada hari itu, saya terpaksa bertolak awal dari rumah untuk menghantar anak ke sekolah dan seterusnya menghantar isteri yang akan menghadiri satu bengkel.

Setelah meninggalkan rumah kira-kira 500m, dan berada di dalam jem yang biasa ditempuh di pagi hari seperti itu, saya teringat surat khabar yang saya letak di bumbung kereta. Saya yang hampir pasti, surat khabar itu telah diterbangkan angin, memberitahu isteri, saya tidak berniat untuk berhenti dan melihatnya.

Walaubagaimana pun, beberapa minit kemudian, seorang pemandu yang melitasi kereta saya semasa melalui satu lampu isyarat, telah menunjuk2 memberi isyarat ada sesuatu di bumbung kereta, kepada isteri. Ini membuatkan saya berfikir tentu surat-khabar itu masih di situ dan memurtuskan akan berhenti untuk melihatnya.

Setelah melepasi jem itu, saya merapat ke tepian jalan yang sedikit lenggang untuk berhenti. Seperti yang disangkakan, saya tidak perlu membeli surat khabar lain lagi, pada hari itu.

(Gambar lakunan semula)

Surat khabar itu dengan selamatnya masih berada di atas bumbung kereta, cuma kedudukannya sedikit berubah. Kalau tidak sudah tentu saya tidak dapat praktikkan pembacaan jawi saya pada minggu ini.

Petikan dari naskhah sisipan Utusan Melayu.

Selepas itu timbullah isu, apabila sudah berumur, memory lapse akan selalu berlaku, dan peristiwa ini adalah salah satu dari beberapa incident yang telah di alami, dan diperingatkan semula oleh, orang yang selalu berada di sebelah saya. Umpamanya:

* Kunci pintu, kunci kereta dan pelbagai kunci lagi yang selalu disalah letak.
* Meletak kereta ditempat lain, mencarinya ditempat lain.
* Masuk jalan bertol ikut laluan tunai, keluar ikut laluan smart tag.
* dan lain-lain lagi.

Ini baru lupa kecil2an, harap jangan sampai lupa jalan nak pulang ke rumah, sudah.. Semoga dijauhkan ianya dari berlaku. InsyaAllah.

26 comments:

sheemi said...

salam uncle,

waahh.. terer juge sebab newspaper tu tak melayang..hehe! my father pun macam tu.. dia terlupa that he put his jogging shoes on the bumbung kereta, lepas tu dia terus drive off. unfortunately, kasut tu tak dapat diselamatkan because he only realized about it when he got home (itu pun my mom asked him where are his shoes) and if i'm not mistaken, dah 2, 3 kali juga insiden ini berlaku..hehehe..

interestingly, i have come across many articles along the years (as an avid reader of reader's digest)yang sentiasa support the importance of brain exercises. The benefits are both short-term (improved concentration and memory, sustained mental clarity under stressful situations...), and long-term (creation of a "brain reserve" that help protect us against potential problems such as Alzheimer's).

oops.. ter-panjang pula comment sheemi ni.. sharing is caring ye uncle. thank you :)

NBK466 said...

Den dulu tertinggal hp atas kete..mmg tak sempat selamatkan dah berderai atas jalan. My friend terlupa letak kunci kete kat bonet depan kembara kawan lain (mujur dlm longkang utk air windscreen tuh) dari Senawang ke Baranang kunci kete tu dibawa..mujur tak cicir..

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

Pak Zabs,

Saya dulu pelupa juga orangnya.asyik hilang barang.macam sheemi, saya suka baca RD.Pernah sekali terbaca artikel dalm RD berkenaan memori dan salah satu tip yang diajar ialah meletakkan barang di tempat yang sama setiap kali.Saya praktikkan hingga kini..dan jarang sekali lupa

ZABS said...

Sheemi: Mungkin uncle bawa kereta tak laju lagi, sebab banyak kereta hantar anak ke sekolah.
Nanti boleh belajar cara nak buat "brain exercises" tu.
Sebab tu jugalah masih bekerja, walaupun dah masuk umur bersara wajib sekarang. Kalau terlalu banyak berehat, otak pun jadi tak aktif, betul?
Cakap dengan Pak Jack jangan beli kasut mahal2lah kalau macam tu, rugi....haha.

ZABS said...

NBK: Semua itu memberi pengajaran kepada kita, kerana ia berlaku kerana sebab2 yang tertentu.
HP tu, mungkin kerana anda dah ada intai2 Nokia model terbaru kot, dan berniat untuk membelinya....
Terima kasih Jang, kerana kongsi ceghito yang macam den jugak... Hahahaaa..

ZABS said...

drbubbles: Itu letak di tempat yang samalah tu setiap pagi. Tetapi, apabila ada perkara lain yang lebih penting diberi perhatian, perkara yang menjadi kebiasaan pun terlupa juga. dan ia datang semula mungkin telah terlambat sedikit. Dalam kes saya, setelah setengah berlalu..Huahaa.

aNIe said...

Salam zabs...bab lupa ni rasanya bagi mereka yang dah melepasi usia 40an...perkara itu adalah biasa...

Asalkan jangan terlupa dah kawin & beranak pinak sudah...hehehhe

ZABS said...

Kak Lady: Kalau macam itu, tentu kes buat-buat lupa, sebab nak kahwin lain tu. Allah Maha Mengetahui..Salam.

Unknown said...

Salaam.
Haha boleh tahan jugak Pak ni ye? Saya pun selalu jugak lupa benda-benda typical macam ni, tapi tak nak ceritalah haha.
Kalau brain exercise ni, ada satu yang paling simple. Effective for both short term memory and long term memory. Caranya senang aje. Sebelum tidur, tutup mata, buat backward imaginary revision pasal everything kita buat dalam satu hari tu. Contohnya lepas bangun tidur kita baca doa, mandi, semayang Subuh, bla bla bla, makan malam...sampai la kita nak masuk tido. Revise balik dari moment nak masuk tidur sampai la kita bangun tidur pagi hari tu. This kind of exercise won't take long, around 2-3 minutes. Masalah timbul bila kita dah penat sangat, tutup mata nak buat revision, tapi terbabas masuk alam mimpi hahaha. Lagi satu nak kena istiqamah, kalau tak susah nak berkesan...part ni la yang saya terkantoi hahaha.

ZABS said...

Akmal: Pernah juga buat, tapi bila bab istiqamah tulah yang lemah tu. kena mula dari muda, bila dah tua, dah ingat2 lupa aje selalu, langsung jadi tak menentu..hahha...
Salam dan terima kasih.

DeeN said...

bukan takat org2 tua je yg pelupa. saya yg muda ni pun selalu gak le lupa. kadang2 tuh, barang tuh kita tengah pegang, tp still cari gak hahahaha...! Hopefully bukan penyakit kronik :)

Fauziah Ismail said...

Salam Pak Zabs
My late uncle had Alzheimer. It was detected when he couldn't remember where he had parked his car. When the disease progressed, he couldn't remember the way home. He forgot who we were.
The brain, if left idle, could also lead to memory lapse. Exercise is recommended. Try crossword puzzles or sudoku as it gets the thinking process going.

ZABS said...

nur@ddeen:
Pelupa ini bukanlah penyakit kronik kalau setakat itu je. Tetapi ia juga mungkin petanda awal kepada satu penyakit yag saya susah nak sebut, seperti komen Fauziah di atas.
Ada cara-cara yang boleh kita lakukan untuk menggurangkan kelupaan kita itu. Komen-komen yang telah diberikan di atas mungkin boleh dicuba untuk tujuan tersebut. Salam.

ZABS said...

Fauziah: Thank you for the info. Saya masih aktif berfikir sekarang. Setiap hari saya harus membuat keputusan di dalam pekerjaan saya. Walaupun dah masuk umur bersara wajib, akan terus bekerja kerana saya saya ia baik untuk saya. Selagi saya bekerja, otak akan sentiasa aktif dan boleh mengurang risiko seperti yang anda peringatkan itu. InsyaAllah.

blackpurple @ jowopinter said...

Salam tuan Zabs.

Kalau pandu laju mungkin entah ke mana-mana agaknya suratkhabar itu terbang ya...? :D

Teringat lagi semasa dulu-dulu. Abah, setiap hari membeli surat khabar tulisan Jawi, Utusan Melayu, yang hari ahad punya Utusan Zaman. Sekarang sudah tiada lagi. Yang tinggal cuma sisipan kecil seminggu sekali itu. Semoga tulisan Jawi tidak pupus di hati kita.

Yang tak seronoknya, kadang-kadang 'lupa' juga dijadikan alasan dan jawapan di mahkamah juga.. :D

ZABS said...

BP: Kalau sudah angkat sumpah, tetapi sengaja melupakan fakta yang sebenar dengan alasan lupa, kita tahulah jenis apa manusia begitu... Terima kasih kerana masih ada minat dengan tulisan jawi kita. Salam.

zaitgha said...

Pak Zab,
I am not a forgetful person but once in awhile terlupa jugak...a few month back i did the same thing to the gas cap for my car while fueling it...put on the roof...as i was supposed to fetch a friend and didnt want her to wait long i quickly got into my car and drove away and only realisze the cap was missing when i wanted to fill up the gas again ha ha ha....lucky a few weeks later, went to one Petronas, the guy offered one cap which another customer tertinggal jugak he he....
my hubby lagi teruk, hes younger than me but one time he was wearing his glasses but still looking for it all over the house ha ha ha...

ZABS said...

Zai: Sebenarnya bukanlah kerana pelupa sangat, tetapi, kekadang tu, pada masa2 tertentu, kita preoccupied dengan benda lain yang lebih penting, and we have to prioritized, jadi yang kurang penting tu terpinggir sedikit dari fikiran kita dan jadi terlupalah dia, kan gitu. Saya pun pernah tertinggal penutup tersebut, sampaikan penutup luarnya pun terbuka gitu je bila berjalan. Dua tiga hari lepas tu, bila isi minyak di tempat itu semula, dapat balik penutup tu. Terima kasih Zai kerana kongsi cerita kelakar kita.

Unknown said...

pakzabs..:)

my middle name is 'pelupa' hehehe

mungkin we share something in common....apa agaknya ye...

pakpayne

ZABS said...

Pak Payne: Ada masanya, terdapat hikmah di sebalik keterlupaan kita itu. Tetapi jangan pula buat2 lupa kerana nak lepaskan diri.....Salam.

Accia said...

salam pak zabs,
bila baca cerita zaitgha, saya teringat kisah suami saya. setelah pergi membayar untuk minyak yang hendak diisi, dia terus memandu keluar tanpa mengisi minyak. tapi sempat kembali semula sejurus itu sebelum ada sesiapa mengambil alih pam tersebut.

kadang-kadang bab lupa ni boleh dikaitkan dengan bab was-was ya pak zabs?

ZABS said...

Accia: Nasib baik belum ada orang masuk kat situ lagi. Kalau tak perlu bayar dua kalilah kot?
Ya, saya rasa pun ada kaitannya. Seperti apabila sudah tekan remote kereta untuk menguncinya, kemudian berasa was-was samada kereta dah dikunci ke belum.. dan tekan lagi sekali. Takpa lagi kot macam tu.. masih ingat yang kita lupa nak kunci kereta. Salam.

Mazza Homemade Cookies said...

tapi kan pak zabs...problem "lupa" boleh terjadi kepada sesiapa, tidak hanya kepada golongan veteran. Especially kalau kita dalam keedaan kelam-kabut,..rushing dan dalam pemikiran hanya kepada sesuatu perkara yang kita akan buat kemudian....so kenalah control minda kita, relax dan tak rasa tertekan..

ZABS said...

myfisol: Thank you, that is what I always think. Tapi tak boleh juga take for gratnted. Kena buat latihan minda juga mulai sekarang, takut ia deteriorate dengan cepat kalau dibiar idle lama2...

Mak Su said...

aduh... tetiba teringat arwah mak saya cakap, "golo dek eh"

ZABS said...

Mak Su: Cam tu lak nampak eeh, bilo dah tuo-tuo nih...