Buat Yang Terbaik
Jumaat,
Majlis telah diadakan di sebuah dewan dan kami mengundang sekitar 900 orang jemputan yang terdiri dari keluarga terdekat, rakan-rakan, jiran dan kawan sepejabat saya, isteri dan anak-anak.
Untuk menentukan semua jemputan akan dapat datang kad-kad jemputan telah dihantar awal dan disertakan bersama kad jawapan bersetem kerana mahu maklum balas yang cepat. Ia bagi memudahkan anggaran jumlah yang akan datang dapat diketahui segera. Bagi saudara terdekat, kami sendiri ke rumah mereka untuk menyampaikan kad jemputan dan menjemput secara lisan juga.
Namun kita hanya boleh merancang, tetapi apa yang berlaku memang tidak boleh diduga. Tidak semua kad jawapan diterima semula, walaupun setem disediakan.
Pada malam majlis berlangsung, hujan pula pada petangnya hingga ke senja, dan seperti biasa di KL jem akan berlaku jika hujan. Semua ini menimbulkan kerisauan, terutama bagi kami yang pertama kali hendak menerima menantu. Takut jemputan tak ramai yang datang.
Pengajarannya: Apabila mengadakan majlis sebegini, buat perancangan yang di dalam kawalan kita dengan sebaik mungkin. Jangan risaukan tentang faktor-faktor yang diluar kawalan kita seperti cuaca, keadaan lalu lintas, orang akan datang atau tidak dan seumpamanya. Kerana jika kita telah berbuat semampunya, kad jemputan telah dihantar awal, persiapan telah diatur, kita hanya perlu berdoa dan bertawakal. Selainnya berserah, kerana Allah yang menetukan apa yang terbaik untuk kita.
Di Dalam Hitam Putih
Apabila ia melibatkan wang (tak kira sedikit atau banyak), kawan rapat, sanak saudara waima adik beradik pun boleh bergaduh. Lebih-lebih lagi kalau hanya rakan perniagaan. Pada tahun ini, peguam yang saya lantik telah membawa kes saya ke mahkamah kerana merasa telah dipermainkan dalam kes melakukan kerja “sub-contract” untuk satu syarikat kawan. Tetapi kes ini tidak berapa kuat kerana saya tidak mendapat
Apabila kerja selesai dijalankan, kami hanya dibayar kurang dari yang dijanjikan, dan tiada penjelasan yang memuaskan diberi kenapa dibayar kurang dari yang sepatutnya. Oleh kerana tidak berpuas hati dengan bayaran yang diberi, kami menuntut dengan baik tetapi tidak berjaya. Ini membuatkan kami memilih menggunakan mahkamah untuk penyelesaian. Walau pun tidak ada
Pengajarannya: Apa pun perkara yang hendak dilakukan yang melibatkan dua pihak, ia perlu dituliskan, untuk mudah dirujuk di kemudian hari. Baik dari segi perniagaan, pinjaman dan seumpamanya.
Jangan Lakukannya
(i)
Saya telah menulis berkenaannya di sini, Walaupun bernasib baik pada masa itu, tetapi tidak akan mencubanya lagi. Jangan ambil mudah perkara ini, kerana anda mungkin terpaksa tinggal di Lapangan Terbang untuk jangka masa yang tidak anda ketahui jika telah berlepas ke negara luat.
Pengajarannya: Sentiasa tentukan paspot anda masih sah diperlakukan, atau tarikh matinya mesti tinggal lebih dari 6 bulan sebelum anda ke luar negara.
Jika dibuat bancian mungkin tidak tinggi peratusan orang dewasa yang merokok yang mendapat sakit kronik seperti kawan yang saya ceritakan di sini. Tetapi apabila pertama kali melihat beliau di hospital, setelah di serang sakit tersebut, ia sangat menginsafkan saya. Perkara begini mungkin boleh terjadi kepada saya, kerana pernah menjadi perokok tegar selama 18 tahun. Sesiapa saja terutamanya perokok boleh mendapat penyakit tersebut. Tapi syukurlah beliau telah bertambah sihat sekarang, tetapi masih perlukan bantuan pernafasan (melalui mesin oksijen yang telah dibeli sendiri dirumah) setiap kali merasa letih atau terasa sukar untuk bernafas.
Pengajarannya: Jangan merokok, jangan nak cuba-cuba merokok dan kalau dah mula berhentilah untuk kebaikan diri sendiri dan keluarga yang kita sayangi.