Tuesday, July 31, 2007

Pahlawan Ku

Hari ini 31 Julai, adalah Hari Pahlawan, yang disambut setiap tahun di Malaysia, biasanya dengan pelancaran Kempen Hari Pahlawan sebulan sebelumnya. Tetapi nampaknya tahun ini kempen tersebut yang telah dilancarkan pada awal bulan ini tidak mendapat sambutan yang menggalakkan dari badan-badan koporat seperti yang dilaporkan oleh akbar arus perdana seperti berikut:
Kementerian Pertahanan hari ini kecewa dengan sikap sebahagian besar rakyat Malaysia khususnya golongan korporat yang kurang memberi sambutan kepada Kempen Hari Pahlawan.

Timbalan Menterinya, Datuk Zainal Abidin Zin berkata, selama ia dianjurkan, jumlah badan korporat yang mahu memberi sumbangan adalah terlalu sedikit hingga menyebabkan pihaknya gagal melepasi kutipan sasaran.

Ujarnya, sebagai contoh pada tahun lalu kutipan yang berjaya diperoleh adalah sekitar RM600,000 dan ia adalah hasil sumbangan daripada agensi yang berkaitan dengan dunia ketenteraan.

Sebenarnya saya bukanlah bermaksud untuk berkempen bagi tujuan tersebut, tetapi ingin membuat dedikasi untuk satu-satunya Pahlawan di dalam hidup saya. Walau pun kini beliau telah tiada lagi, namun kenangan terhadapnya akan kekal ke akhir hayat. Sungguhpun beliau tidak akan mendengar atau membaca apa yang saya ingin sampaikan, namun saya rasa perlu untuk menyatakannya, kerana dahulu saya tidak berpeluang berbuat demikian semasa beliau masih hidup. Mungkin ketika itu saya menganggap beliau tahu yang saya menyayanginya tanpa perlu memberitahu. Orang yang saya maksudkan ialah arwah bapa yang saya kasihi.


Saya tahu beliau sentiasa menyayangi saya, kerana, walaupun telah dewasa dan berkahwin, beliau masih mengambil berat tentang saya semasa hayatnya. Beliau akan menulis kepada saya jika saya pergi berkursus atau berada di luar negara. Beliau juga akan bertanyakan khabar keluarga saya, semasa saya berada jauh, dari isteri dan anak2.
Kali terakhir saya bersama beliau, ialah ketika akan ke New Zealand bersama keluarga pada 1982. Itulah kali terakhir saya bersamanya. Pesannya ketika itu ialah supaya saya menjaga keluarga dengan baik. Beliau meninggal pada tahun berikutnya semasa saya di NZ. Walaupun saya dapat pulang selepas menerima telegram dari kampong, tetapi tidak sempat untuk menatap wajahnya buat kali terakhir.
Kami adik beradik dibesarkan dengan penuh disiplin, kerana beliau adalah seorang bekas tentara darat. Saya berterima kasih kepada beliau kerana dengan disiplin itulah telah menjadikan saya seperti hari ini. Beliau bersara pada usia masih muda, lingkungan 30an, dan mendapat pencen RM60 pada masa itu. Ada misteri di sebalik kenapa beliau bersara awal tersebut, tetapi beliau tidak bercerita panjang, cuma memberi tahu, manusia ini tidak jujur dalam banyak hal dan beliau tidak mahu bersubahat.

Beliau seterusnya bekerja kampong untuk menyara keluarga, termasuklah bersawah padi, membela ternakan dan menoreh getah. Saya amat tersentuh dengan dedikasi beliau kerana sehingga berumur 60an masih bekerja seperti biasa. Dan tidak hairanlah kalau beliau kelihatan lebih muda dari usianya. Beliau meninggal pun tidak kerana sakit tua, tetapi kerana kemalangan motorsikal.

Di hari ini, pada Hari Pahlawan ini, di samping mengingati pahlawan2 bangsa kita, yang tidak syak lagi telah banyak berjasa kepada bangsa, negara dan agama, kita juga ada pahlawan kita tersendiri, seperti saya, arwah bapa adalah seorang pahlawan untuk keluarga saya, dan segala jasanya amat bermakna bagi kami sekeluarga. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 yang soleh. Al Fatehah.

Saturday, July 28, 2007

Maldives

Kepulauan Maldives bukan lah suatu destinasi yang saya cita2kan untuk pergi. Tetapi seperti juga, Tonga, jika ia telah disuratkan, maka akan sampai jugalah kita ke sana. Peluang untuk melawat Maldives muncul pada tahun 1985, semasa bertugas untuk negara. Dua kapal telah di tugas untuk membuat pelayaran “to show off the flag”, atau memperkenalkan negara Malaysia, kepada negara luar, iaitu Maldives dan India, bandar di India yang di lawat ialah Madras.

Di sini saya akan bercerita tentang negara Maldives sahaja, cerita lawatan ke India akan dibuat pada entri yang lain pula, InsyaAllah. Maklumat di bawah diperolehi dari Wikipedia untuk bacaan bersama. Denngan izin ia dalam bahasa omputih. (Gambar2 juga dari laman-laman web berkaitan Maldives. Semasa lawatan tidak ada kamera untuk mengambil gambar sendiri).
Maldives or Maldive Islands, officially the Republic of Maldives, is an island nation consisting of a group of atolls in the Indian Ocean. The Maldives are located south of India's Lakshadweep islands, and about seven hundred kilometers (435 mi) south-west of Sri Lanka. The twenty-six atolls including Addu Atoll, encompass a territory featuring 1,192 islets, roughly two hundred of which are inhabited by local communities. Islands housing hotels, antennae, fuel tanks, and other such premises, are not counted as inhabited islands by the administration.

The name "Maldives" derives from Maale Dhivehi Raajje ("The Island Kingdom [under the authority of] Malé")"[1] . Some scholars believe that the name "Maldives" derives from the Sanskrit maladvipa, meaning "garland of islands", or from mahila dvipa, meaning "island of women", but these names are not found in ancient Sanskrit literature. Instead, classical Sanskrit texts mention the "Hundred Thousand Islands" (Lakshadweep); a generic name which would include not only the Maldives, but also the Laccadives and the Chagos island groups. Some medieval Arab travellers such as Ibn Batuta called the islands "Mahal Dibiyat" from the Arabic word Mahal ("palace"). This is the name presently inscribed in the scroll of the Maldive state emblem.

Originally a Buddhist nation, Islam was introduced in 1153. It later became a Portuguese (1558), Dutch (1654), and British (1887) colonial possession. In 1965, Maldives obtained independence from Britain (originally under the name "Maldive Islands"), and in 1968 the Sultanate was replaced by a Republic. However, in thirty-eight years, the Maldives have seen only two Presidents, though political restrictions have loosened somewhat recently. Maldives is the smallest Asian country in terms of population. It is also the smallest predominantly Muslim nation in the world.
Kapal kami hanya dibolehkan berlabuh berhampiran pelabuhan, kerana pelabuhannya terlalu kecil untuk menampung dua kapal besar yang datang itu. Walaupun tidak merapat ke jeti kami berpeluang untuk melawat ke bandar Male, ibu negara tersebut dengan bot yang disediakan pihak berkuasa Maldives.

Kami juga mengadakan perlawanan persahabatan dalam beberapa sukan yang saya kurang pasti, mungkin bola sepak dan bola tampar.

Di ibu kota negara ini terdapat sebuah Masjid yang dibina atas sumbangan kerajaan Malaysia kalau tak salah saya. Dan mereka cukup berbangga dengan masjid tersebut. Setiap waktu solat penuh dengan jemaah. Malahan setiap waktu solat semua kedai dan pejabat di tutup sementara dan penduduk nya berduyun2 ke masjid untuk berjemaah. Permainan pun dihentikan sementara untuk bersolat, selesai solat baru disambung semula.

Jalan raya di seluruh kepulauan itu pun tidak diturap dengan tar. Semuanya seperti jalan tanah berpasir sahaja. Sengaja tidak diturap supaya setiap kali hujan air akan terus mendap ke dalam tanah tidak mengalir ke longkang dan terus kelaut. Sebagai sebuah kepulauan punca air adalah terhad, jadi ini salah satu cara air boleh mendap untuk manjadi punca air di daratan. Air hujan juga di kumpul dengan menyediakan takongan di bumbung2 setiap rumah.

Selain itu air dari laut di proses secara reverse osmosis untuk kegunaan harian. Harga yang mahal terpaksa dikeluarkan untuk tujuan ini. Purata satu keluarga yang sederhana berbelanja lebih USD 30 ke USD40 sebulan.

Sebagai sebuah negara maritim, perikanan adalah salah satu industri yang banyak menyumbang kepada ekonomi negara ini.
Selain itu sektor pelanjungan juga dapat menarik ramai pengunjung, kerana kecantikan alam semula jadinya dan pulau pulau yang tidak tercemar (dulu la).


Pada 26 Disember 2004, seperti yang kita juga alami, bencana tsunami, dengan ketinggian ombak lebih kurang 14 kaki, telah melanda pantai-pantai negara ini. Tsunami yang melanda negara tersebut, adalah lebih teruk dari yang dialami negara kita, kerana kedudukannya agak terbuka. Hanya sembilan pulau yang dilaporkan tidak mengalami banjir, sementara 57 pulau mengalami kerosakan infra yang teruk, 14 pulau terpaksa di kosongkan dan 6 lagi pulau terus hilang. Sebanyak 21 lagi pulau peranginannya terpaksa ditutup kerana mengalami kerosakkan teruk. Anggaran kerugian melebihi USD400m. Seramai 108 orang meninggal dunia termasuk 6 warga asing.
December 2005—One year after the Tsunami considerable progress has been made in the Maldives towards easing the hardship and physical devastation that was inflicted on the country. This is due in no small measure to the close cooperation between the government, development partners, and local communities, which has enabled the Maldives to look toward 2006 with renewed hope (World Bank report).

Thursday, July 26, 2007

Perikatan

Itu adalah nama parti yang mana arwah bapa saya pernah menjadi penyokong kuatnya, sebelum ditukar nama kepada BN. Perikatan adalah gabungan dari 3 parti sahaja, tidak seperti sekarang yang sudah ada lebih 13 parti komponen.
Mungkin ramai anak-anak muda sekarang yang tidak pernah mendengar nama parti tersebut, atau telah pernah melihat lambang parti seperti di atas, yang mana jauh berbeza dengan yang ada sekarang.

Arwah menjadi ahli parti dan penyokong yang setia tanpa ada niat untuk mendapatkan imbuhan dari sokongannya itu. Rumah kami yang kecil di kampong pada masa itu pernah dijadikan tempat untuk calon parti tersebut mengadakan ceramah dari rumah ke rumah. Ini dilakukan kerana beliau tidak mendapat kebenaran untuk berceramah ke kawasan lapang di kampong tersebut, yang rata-rata penduduknya, adalah menyokong parti lain.

Ekoran dari kesediaan arwah membenarkan calon tersebut berceramah di rumah kami, kami sekeluarga dipencilkan buat seketika, sehinggalah, calon tersebut, menang pilihan raya tahun tersebut, dan sokongan penduduk kampong berpindah kepada beliau. Parti tersebut seterusnya meneruskan kemenangan itu pada setiap PRU yang diadakan, sehingga sekarang. Dan kini ADUN kawasan pula adalah anak watan kampong kami.

Walau apa pun saya tidak berminat untuk terlibat dengan parti ini, atau parti apa pun. Saya tidak ada minta langsung untuk bergiat dalam politik. Mungkin saya akan terpaksa berfikir panjang untuk mengundi beliau jika saya perlu mengundi di kampong. Tetapi kerana kawasan mengundi saya di KL, maka akan lebih mudahlah untuk saya membuat keputusan.

Saya akan mengundi buat kali kedua pada PRU yang akan datang ini seperti pengundi biasa. Kali ini saya akan buat pilihan yang lebih baik dari dahulu. Semasa di dalam perkhidmatan dahulu saya mengundi secara pos, yang mana mungkin tidak pun dikira. Kecualilah jika undi itu diperlukan untuk memenangkan calon yang hendak dimenangkan.
Selamat membuat pilihan yang bijak.

Monday, July 23, 2007

Hujung Tanjung

Pada mingu lepas, dari 17 hingga 19 hb saya berada di selatan tanah air, untuk satu tugasan di perairan Selat Melaka di luar pantai kawasan tersebut. Saya memandu sendirian ke bandar tersebut pada 17hb dan bermalam di sebuah hotel di sana.
Kami sepatutnya keluar ke laut pada 18hb setelah semua persiapan di buat. Namun demikian ia tidak kesampaian, kerana cuaca yang kurang baik dan ditangguh ke 19hb. Oleh kerana tidak ada aktiviti yang hendak dilakukan, saya sendirian telah pergi ke Tanjung Piai, di mana terletak bahagian penghujung selatan Tanah Besar Asia.

Mercu tanda di hadapan pejabat pengurusan tanjung tersebut.

Hutan bakau yang mempunyai peminat/penjaganya yang tersendiri.

Hanya untuk koleksi BP.


Hanya separuh jalan ke sana, kerana hari hujan dan kesunyian.

Setelah melihat kawasan yang dimaksudkan. Terdetik juga di hati, adakah tempat ini akan terus dikunjungi dalam masa 10 atau 20 tahun lagi? Mungkin kah ia akan menjadi seperti Taman Pertanian Bukit Cerakah atau Taman Safari Johor? Atau mungkinkah akan menjadi bertambah popular seperti sebuah destinasi pelancongan antarabangsa? Hanya masa dan sokongan dari pengunjung tempatan dan luar negara akan menentukannya. Tetapi jika keadaan pada hari lawatan saya itu hendak dijadikan ukuran, maka tempat tersebut perlu lebih dari sokongan pengunjung untuk maju.

Pada 19hb kami meneruskan rancangan ke laut walaupun hujan renyai2. Syukur laut tidak bergelombang, tetapi tetap melemahkan beberapa orang anggota rombongan kami. Namun apabila sampai ke tempat yang dituju, lebih kurang 30km di tengah2 Selat Melaka, berhampiran sempadan dengan Indonesia, dan melihat beberapa bot nelayan yang kecil berada di situ, timbul smula semangat mereka untuk melawan kemabukan lautnya, dan bangun melihat2 kawasan sekeliling. Tetapi apabila dihulurkan makanan, hanya buah2an yang lalu diambil.

Nelayan dengan bot sebesar lebih kurang 10 meter
panjang mempertaruhkan nasib di tengah laut ini
untuk mencari rezeki. Kurang pasti bot ini dari
Malaysia atau Indononesia, kerana
tiada nombor pendaftaran kelihatan.

Kapal dagang sepanjang 300m ini juga menggunakan laluan yang sama.

Satelah tinjauan kawasan dibuat, bot kami bertolak balik ke pangkalan dan selesai untuk hari itu. Sampai di darat baru kedengaran semula suara mereka2 tadi, dan berselera pula untuk makan tengahari, yang tertangguh ke petang. Menjelang malam saya bertolak ke KL.

Updated:

Dibawah beberapa gambar yang diambil menunjukkan bakau ini perlu di jaga dan jika perlu ditanam semula.

Friday, July 20, 2007

Tonga

Tiada siapa agaknya yang mempunyai impian untuk melawat Negara Tonga ini, pada pemikiran sayalah, kecuali jika atas keperluan perkhidmatan, seperti yang saya alami.
Lebih 23 tahun yang lalu saya telah bertugas di kapal ini HMNZS MONOWAI, di bawah rancangan pertukaran dengan Tentera Laut Di Raja New Zealand dari tahun 1982 hingga 1984.

Semasa bertugas di kapal ini , pada 1983, telah berkesemapatan melawat Negara Tonga. Bagi mereka yang masih ingat, Filem Mutiny On The Bounty, sinilah tempat di mana Captain Bligh ditinggalkan di dalam bot, selepas kapalnya di rampas oleh anak kapal yang belot.
Kapal HMNZS MONOWAI ini telah ditugas untuk mengikuti lawatan Governor General of New Zealand ke negara-negara kepulauan di sana seperti Fiji, Samoa, Vanuatu, Cooks Island dan juga Tonga.
Lawatan tersebut bertepatan pula dengan sambutan ulang tahun pemerintahan raja mereka pada tahun itu, dan terdapat banyak pesta dan jamuan diadakan. Oleh kerana saya seorang sahaja pegawai asing di kapal tersebut, maka telah diarah untuk menghadiri jamuan yang diadakan tersebut.

Mereka berjamu sambil duduk bersila je. Cuma VIPs duduk tempat tinggi sedikit. Cuba tengok apa yang mereka makan di sini. Habis hilang selera saya. Cuma minum air sahaja, air kelapa pulak tu. Balik ke kapal semula baru dapat makan.

Di Tonga juga terdapat sebuah hotel diberi nama International Dateline Hotel Untuk mendapat maklumat lanjut tentang International Date Line sila lawati laman web ini. Ia adalah garis imaginasi di garis bujur 180 darjah. Secara amnya, dunia ini terbahagi kepada 24 zon masa, dan perlu ada tempat di mana ia harus bermula, International Date Line adalah tempatnya. Sesiapa yang berjalan ke arah barat melintasinya akan untung sehari (gain a day), dan jika berjalan melintasinya ke arah timur akan rugi sehari (lose a day). Itu yang terjadi di dalam filem Around The World in 80 Days.
Kebetulan pula semasa berkursus di Kanada pada 1990, telah bertemu dengan beberapa peserta dari negara-negara kepulauan tersebut dan salah seorang daripadanya adalah dari Tonga. Kami tinggal serumah di Kanada (cuba teka yang mana satu ye?). Jadi banyaklah cerita yang boleh dikongsi tentang pengalaman di Tonga tersebut.

Monday, July 16, 2007

Durian




















Sabtu lepas kami balik kampong di AG, ada saudara kahwin lagi. Di rumah ipar (BIL) tu ada lagi buah durian dan rambutan. Dapatlah merasa durian kampong(cuma lepas gian, bukan lepas geram bak kata Doc. TA) dan rambutan yang telah masak ranum. Kami juga di bekal beberapa biji untuk dibawa balik ke KL .
Semasa buah sedang banyak gugur tempuh hari ada juga dipelawa oleh BIL untuk balik kampong, makan durian. Tetapi kerana tidak ramai peminat durian di rumah kami, maka kami tidaklah menerima pelawaan tersebut sehinggalah, kami balik untuk majlis kahwin tersebut.

Pada mulanya isteri tak nak ambil, kerana tidak mahu menambah wangi kereta, jika di bawa. Tetapi setelah dibungkus dengan kertas surat khabar yang agak tebal barulah berjaya durian itu mengikut kami ke KL. Namun demikian, baunya masih lagi berjaya meresap keluar, dan sehingga kini masih ada tanda yang kereta tersebut telah membawa Raja Buah tersebut di dalamnya.
Ini mengingatkan saya kepada peristiwa di mana pelancung asing yang telah bersedia untuk bertanding memakan buah durian telah "cabut lari" sebelum pertandingan bermula. Pertandingan tersebut sepatutnya diadakan di Pesta Sungai Nibong, pada 16 Jun lalu. Kesemua peserta seramai 18 orang dari New Zealand dan U.K, yang pada mulanya telah bersedia untuk bertanding telah membatalkan niat mereka pada saat terakhir. Bau durian pun dah tak larat macamana nak makan pula. Tapi keju yang lagi busuk dan buruk nampaknya, mereka boleh dengan selamba je memakannya. Jadi tak heranlah kan....
Cuma sekarang ni lambakan buah durian ini sudah kembali lagi. Pekebun menjadi pening untuk memasarkannya. Dan ada yang terpaksa menjual pada harga yang murah untuk tidak rugi. Malaysia dikatakan mampu menghasilkan 200,000 ton durian setahun. Ini tidak termasuk durian yang dibawa masuk dari Thailand. Tetapi permintaannya tak sampai pun separuh daripada itu, iaitu 95,000 ton sahaja. Lambakan ini menyebabkan harga durian menjadi murah. Durian D24 kini ada yang di jual pada harga RM5/8 sekilogram berbanding RM8/15, sebelumnya.

Bagi mereka yang berminat, bolehlah membeli lebihan durian itu setiap hari untuk dibuat tempoyak. Tempoyak boleh tahan lama dan peminatnya pun tentu ramai. Jika di simpan dengan baik tentu boleh dijual sepanjang tahun. Dengan promosi yang baik misalnya, ada pula resepi dari Chef Wan untuk masak lemak bersama tempoyak, tentu boleh booom punya.... Itu cuma satu cadangan. Fikir-fikirkan dan selamat mencuba.

Thursday, July 12, 2007

Kenangan Di Jepun 1

Ohayo gizaimasu/Konnichiwa/Konbanwa, tertakluk masa bila anda membaca blok ini. Selamat Pagi/ Selamat Tengahari/ Selamat Malam, dalam Bahasa Melayunya. Di sini saya bukanlah hendak mengajar Bahasa Jepun, sebab saya hanya tahu 5/6 perkatan sahaja bahasa itu, atau nak bercerita kisah Zaman Pemerintahan Jepun di Malaya, pun tidak, kerana saya masih belum lahir ketika itu. Tetapi ingin berkongsi kenangan semasa saya berada di Negara Matahari terbit tersebut, setelah beberapa kali berada di sana semasa muda-muda dahulu.

Kali pertama saya ke sana ialah pada tahun 1979. Saya mengikuti kursus “Group Training in Hydrographic Survey” selama enam bulan dari Mei hingga November. Peserta terdiri dari 8 orang, seorang dari setiap negara, Malaysia, Indonesia, Korea, Sri Lanka, Burma (Myanmar), dan Bangladesh, serta dua dari Filipina.
Sepanjang kursus, kami diberi penginapan dan makan pagi percuma, di Tokyo International Centre (TIC). Disamping itu di beri pula elaun sebanyak 3,900 yen sehari lebih kurang RM40, pada masa itu. Di bayar setiap bulan. Cukup untuk makan dan guna untuk “sightseeing” ke Shinjuku, Ginza dan Akihabara, pada hujung2 minggu. Shinjuku adalah Bandar yang terdekat dengan TIC dan mudah sampai ke sana dengan JR Train (macam LRT) dan ada juga Subways (mereka panggil tubes, masa tu).

Salah satu perkara menarik pada saya tentang orang Jepun pada masa itu, ialah kebanggaan mereka dengan bahasa dan budaya serta negara mereka. Misalnya, pembelajaran kami hampir semua diajar dalam bahasa Jepun, tetapi ada penterjemah, “coordinator” panggilannya, berselang seli dengan pensyarah. Namun begitu, buku rujukan ada di dalam bahasa Inggeris. Kami juga digalakkan belajar bahasa Jepun selama satu bulan yang di ajar percuma di TIC pada sebelah malam.

Kami juga di beri pendedahan kepada budaya dan kesenian mereka seperti, ikebana, bonsai, origami, dan tea ceremony. Kami juga dibawa menonton satu perlawanan sukan kegemaran mereka, sumo.
Di samping itu, di setiap akhir kursus-kursus yang diadakan, ada diatur lawatan ke tempat tempat menarik di sekitar negara tersebut secara percuma. Untuk kursus kami, kami telah di bawa melawat ke bahagian barat Tokyo sehingga ke Osaka, Hiroshima dan Nagasaki dengan menaiki bullet train mereka.
Mengikut ceritanya, bom atom yang
dijatuhkan di Hiroshima tu, meletup
lebih kurang 50m di atas bangunan
di dalam gambar di atas.
Gambar-gambar di atas telah diabadikan semasa saya berada di sana. Jangan betulkan skrin anda kerana kualaiti gambar memang begitu, sudah lama disimpan, dan sudah layak untuk dihantar ke muzium.
Kenapa agaknya yang membuatkan mereka begitu berbangga dengan bahasa serta adat mereka? Mungkin pada masa itu, pengaruh dari barat belum sampai dengan begitu banyak ke sana agaknya? Atau memang itu sifat yang perlu ada bagi sesuatu bangsa, jika inginkan bahasa dan budaya mereka dihormati.
Jika ada sesiapa yang telah ke Negara tersebut dalam masa lima tahun kebelakangan ini, bolehlah beri sedikit pandangan samaada keadaannya telah berubah sekarang, selepas 28 tahun, seperti teruknya pencemaran bahasa dan budaya kita di sini, ditambah pula dengan segala gejala sosial yang melanda. Tolong "update" kan saya. Tak mampu nak pergi lagi kesana. Tetapi saya ada lagi cerita menarik untuk disambung di pos yang lain nanti.

Monday, July 09, 2007

Jemputan

Cuti sekolah sudah lama berakhir, tetapi jemputan kahwin masih juga diterima, terutama pada tarikh "3 sevens" (07.07.07) yang baru berlalu hujung minggu lepas. Saya juga tidak ketinggalan menerima 3 jemputan pada hari tersebut.

Ini adalah perkahwinan anak saudara sebelah isteri, yang diadakan pada 07.07.07. Sungguh meriah. Majlis pihak lelaki diadakan pada 08.07.07.







Majlis akad nikah telah diadakan pada malam 06/07/07. Sehari sebelumnya.














Selepas majlis tersebut kami bergegas pula ke satu lagi majlis perkahwinan anak seorang kawan lama. Walau pun sudah agak lewat tetapi kami gagahi juga kesesakan lalu lintas di kawasan Ampang tersebut, dan sampai "within the time limit" seperti kata kawan saya. Makanan masih banyak, tetapi pekerja-pekerja "caterer" tersebut, sedang giat berkemas untuk mengakhiri tugas mereka pada hari itu. Mungkin esok ada tempat lain pula untuk di berikan perkhidmatan.




Pada sebelah malamnya pula, kami menghadiri satu lagi majlis perkahwinan anak kawan juga, di Dewan Merak Kayangan, FELDA. Oleh kerana kawan ini dulu sama bertugas semasa di dalam TLDM, maka ramailah juga kawan2 lama yang terjumpa semula. Ada yang dah 30 tahun tak jumpa. Kerana gembira bertemu semula, berpeluk2 sakanlah pulak. Saya juga ada bertemu ramai kawan lama , tetapi ada juga yang tak ingatkan saya. Nasib baiklah dia masih ingat nama saya apabila saya perkenalkan diri. Banyak sangat perubahan pada diri saya agaknya. Mungkin dah bertambah kembang (dulu saiz M, sekarang dah XL).


Ini adalah majlis menerima menantu di sebelah pihak lelaki, (anak saudara saya lelaki). Ia diadakan pada hari Ahad (08.07.07) di sebuah Dewan Serbaguna di Taman Sri Keramat, cukup meriah juga, Chef Wan pun ada datang. Siap ada karaoke dan joget lambak di akhir majlis. Tetapi selepas semua jemputan baliklah. Untuk saudara mara nak lepas penat (gian) kot?
Satu yang diperhatikan, dalam urusan begini, kita selalu melakukan solat lewat kerana melayan tetamu lebih diutamakan. Walaupun jam 4 masih ada lagi waktu Zohor, dilakukan pada awal waktunya adalah lebih baik. Di dewan biasanya ada tempat Solat dan cukup selesa untuk melakukannya. Juga adalah lebih baik jlika aturcara persandingan dibuat selepas waktu Solat, supaya membolehkan jemputan menunaikan kewajipan mereka terlebih dahulu.
Oleh kerana, tarikh yang cantik seperti 07.07.07 menjadi pilihan semua pengantin2 ini, tentu mereka juga akan berusaha untuk mendapatkan cahaya mata yang pertama pada tarikh 08.08.08 pula. Selamat berjaya didoakan. Selamat Berbahagia dan berusaha dengan gigh.

Friday, July 06, 2007

Projek Besar

Minggu ini agak sibuk sikit (perasan je). Isnin petang telah ke Pu Pinang, atas urusan persendirian dan bermalam di sana dan balik semua ke KL petang Selasa.
Semasa di sana sempatlah merasa keadaan jerebu walaupun tidak seteruk mana seperti gambar yang saya dapat abadikan ini.


Saya juga meninjau2 kalau kesesakan lalu lintas pada malam Ahad tu, masih ada kesannya lagi. Namun itu pun tidak terjumpa.

Pada hari Rabu pula saya telah memandu bersama seorang kawan ke Johor dan bermalam di Pulai Spring Resorts. Kesokannya kami ke Tg Bin, untuk turut menjadi penyeri satu majlis pecah tanah untuk projek hub petroleum terbesar di Asia, yang akan di bina di atas pulau buatan manusia ini terletak berhampiran Pelabuhan Ranjung Pelepas.


Upacara tersebut telah disempurnakan oleh PM, dan saya sempatlah ambik gambar ini dari jauh untuk rekod dah pergi sana.


Juga gambar helikopter Kerajaan Malaysia, yang bawa PM dari JB, dengan rombongannya ke pulau tertsebut.

Saya diajak kawan menemaninya ke sana kerana beliau berharap untuk mendapat sedikit kerja dari projek yang besar ini, walaupun peluangnya agak cerah, tetapi semua boleh berlaku. Kemampuan beliau untuk melaksanakannya juga perlu selari dengan keinginannya untuk mendapatkan projek tersebut.

Bercakap tentang projek ini, sebenarnya dalam hidup juga, kita ada projek besar yang perlu dilaksanakan. Cuma projek ini ganjarannya tidaklah di dunia, tetapi di akhirat. Mungkin butir-butirnya anda pun sudah tahu, dan mungkin juga nama projeknya berlain, tetapi pada prinsipnya adalah sama. Projek yang saya madsudkan itu adalah seperti berikut:

Nama Projek: Amal Ma'arof, Nahi Mungkir
Ampunya Projek: Allah S.W.T
Harga Projek: Tidak Ternilai
Projek Spesfikasi: Al-Quran dan Hadis
Jangka Masa: Sepanjang Hayat
Kontaktor: Semua Manusia

Sebagai "kontraktor" yang telah menerima amanah ini apabila menjadi orang Islam, maka perlulah kita melaksanakan segala spesikasi projek tersebut agar mendapat hasilnya di akhirat kelak.

Wednesday, July 04, 2007

Bersih dan Suci

Saya bukan berniat untuk promosi mesin basuh, tetapi cuma nak tahu mesin basuh jenis apa kah yang menjadi pilihan anda, untuk membasuh pakaian, supaya menjadi bukan sahaja bersih, tetapi juga suci. Adakan ia:


Mesin basuh separuh otomatik seperti gambar hiasan ini, di mana anda perlu bekerjasama dengan nya dalam beberapa hal semasa membasuh,

atau....




Mesin basuh otomatik sepenuhnya ini yang sungguh menyenangkan, di mana anda tidak perlu berbuat apa-apa pun selepas baju di masukkan, tambah sabun dan menekan "switch" nya?

Mungkin pilihan anda pilihan saya juga.

Monday, July 02, 2007

Kuasa

Kuasa, semua manusia ingin mempunyai kuasa, baik tua atau muda, pemimpin atau pengikut, suami atau isteri, guru atau murid, anak atau ibu/bapa, majikan atau pekerja dan ringkasnya semua mahu berkuasa.


Allah yang Maha Berkuasa dan Maha Adil, membenarkan dan memberikan sedikit kuasa kepada manusia untuk digunakan di dunia ini mengikut kemampuan dan tanggungjawab manusia itu. Cuma penggunaan kuasa itu yang akan menentukan, manusia itu akan berjaya atau tidak, samaada di dunia atau di akhirat.


Ia bergantung samada kuasa itu diguna seperti yang dia inginkan atau sebagaimana yang Allah inginkan ia diguna?


Akan beruntunglah pemimpin yang telah dipilih oleh rakyat, menggunakan kuasanya untuk merengankan penderitaan rakyat, meningkatkan kemudahan awam dan seumpamanya.


Namun sungguh rugi pemimpin tersebut, jika menggunakan kuasanya untuk mengkayakan diri dan keluarga dan kroninya, dari hasil negara, dengan cara yang salah.


Beruntunglah seorang suami yang berkuasa, membantu isteri dan memudahklan tanggungjawabnya dan memberikan kasih sayang yang secukupnya.


Rugi pula si suami jika kuasa yang ada hanya diguna untuk menyakiti si isteri, melayan nya seperti orang gaji dan tiada rasa sayang padanya.

Beruntung juga seorang ayah atau ibu yang berjaya menggunakan kuasanya untuk membentuk anaknya menjadi orang yang soleh dan solehah dengan memberikan pendidikan agama yang sempurna.

Tetapi akan rugilah si anak yang ada kuasa untuk menjaga ibunya yang telah tua, sebaliknya menggunakan kuasanya, untuk menjadikan ibunya sebagai orang gajinya atau menghantarnya ke rumah orang-orang tua kerana tidak kuasa untuk menjaga mereka.

Manusia mempunyai sedikit kuasa itu hanya di dunia ini, jadi gunakanlah dengan sebaik-baiknya.

Di akhirat kelak manusia tidak akan ada walau sedikit kuasa pun. Hingga kan untuk sujud kepada kepada Allah S.W.T, demi menyatakan kesyukuran, jikalah sekiranyananti masuk ke Surga, pun perlu mendapatkan izin dari Nya. Apatah lagi kalau sudah ke Neraka.... Wallahua'lam.