Sunday, December 09, 2007

Perbelanjaan Luar Jangka

Pada Sabtu lepas, isteri saya bersama rombongan seramai 20 orang telah berlepas ke Jakarta dan Bandung, Indonesia untuk melakukan lawatan sambil belajar selama 5H4M. Lawatan ini hanya sebulan yang lalu di rancangkan, dan perlu dilakukan pada tahun ini juga.
Jakarta...............

Air Terjun di Bandung........

Ada beberapa lagi seminar, workshop dan kursus pendek yang telah dan akan dihadirinya pada bulan November lalu, dan Disember ini. Seorang rakan beliau akan ke London untuk "attachment training" pada 29hb Disember ini, untuk dikira sebagai perbelanjann untuk tahun ini.

Dua tahun lepas, pada bulan Disember juga, isteri telah dihantar ke Bangkok untuk kursus komputer. Kursus itu sebenarnya boleh dilakukan di Kuala Lumpur dengan perbelanjaan yang jauh lebih murah. Seramai 30 orang dihantar bersama beliau pada ketika itu.
Pemandangana di tepian Mae nam Chao Phraya.

Disember, ya kenapa hanya pada bulan Disember semua kursus atau seminat atau workshiop atau pembelian tambahan ini perlu dilakukan?
Pada pandangan saya, ialah kerana kebanyakan Jabatan Kerajaan, perlu menghabiskan peruntukan yang telah diminta setiap tahun. Jika semua perbelanjaan telah dibuat seperti dirancang dan pembayaran dibuat mengikut jadual, tidak perlu pelan jangka pendik ini.
Tetapi selalunya ia tidak menjadi, dan akan terdapat banyak perbelanjaan yang telah dirancang tidak dapat dilakukan dan lebihan wang tersebut perlu dihabiskan juga pada tahun tersebut. Maka mulalah ligat kepala memikirkan cara untuk menghabiskan wang yang masih banyak berbaki itu. Maka banyaklah perbelanjaan untuk "melangsaikan" wang ini dilakukan tanpa memikirkan kepentingannya.

Baru-baru, seorang rakan yang masih berkhidmat dengan kerajaan, telah melawat ke pejabat lama beliau dan bertemu dengan pegawai yang menggantikannya di pejabat tersebut. Beliau agak terkejut kerana banyak perubahan telah berlaku di dalam pejabat tersebut. Ini adalah salah satu peralatan baru yang telah di perolehi untuk pejabat tersebut:
TV LCD (lengkap dengan assesorinya).
Di samping itu, usaha2 untuk mengindahkan persekitaran pejabat itu juga rancak dilakukan. Deretan pasu-pasu bunga yang besar dan cantik kelihatan menghias bangunan pejabat tersebut.

Ini hanya contoh sahaja.

Jika wang tersebut diguna untuk kepentingan perkhidmatan, seperti kursus dan seminar yang bertujuan untuk meningkat pengetahuan kakitangan mereka, tidaklah menjadi pembaziran sangat. Tetapi untuk tujuan lain, perlulah mereka berhati-hati kerana, kerana kalau semata-mata untuk hendak menghabiskan peruntukan, ia sesuatu yang tidak betul. Jika tidak dibelanjakan pada tahun ini, tentu ada lebih wang untuk tahun hadapan. Janganlah menganggap bahawa wang itu akan hilang di angin lalu, jika tidak dibelanjakan.

20 comments:

Accia said...

salam pak zabs,
memang betul pasal nak perabeh duit ni. perbelanjaan akhir tahun dalam sektor kerajaan banyak kepada pembaziran. asalnya dari perancangan tahunan yang tak rapi. di bahagian muzik juga begitu. di suruhnya mengadakan konsert di setiap daerah sebelum tamat tahun dan menyediakan penginapan di hotel-hotel konon. padahal inilah masanya orang pergi bercuti dengan keluarga.

ZABS said...

Accia: Konsert di setiap daerah! Bercuti di hotel-hotel di setiap daerah sambil menonton konsert! Dibayar untuk berhiburan....

zino said...

ini yg di katakan shopping hujung tahun.. kami pulak sibuk utk menguruskan kan segala pembayaran dan mesti di selesaikan sebelum 15 haribulan ni..

bila zino bercuti dua tiga hari ramai yg gelisah menunggu hehe..

ZABS said...

Zino: Itu yang paling seronok di hujung tahun ni. Kalau pada awal tahun, claim paling cepat boleh dapat satu bulan. Kekadang sampai 45 hari. Tapi di hujung tahun dalam seminggu pun dah boleh dapat.

aNIe said...

Salam Zabs...betul tu..kalau di belanjakan ke arah yang lebih berfaedah memang memberi manafaat pada semua...

Dulu masa kak lady bekerja kat Jab.Kerajaan..Bila akhir tahun bermcm2 aktiviti & pembelian yang dilakukan semata-mata nak habiskan peruntukan yang diberi..kata pegawai kat situ..kalau duit tak abis belanja...peruntukan tahun depan kene potong...

ZABS said...

Salam Kak Lady,
Agaknya kalau duit tu dia sendiri yang punya, dia akan belanja sebarangan tak? Kita sendiri tahu jawapannya kan?
Ini yang jadikan harga screw driver RM224 sebuah (harga pasaran RM32.

Qaseh Bidadari said...

meriahnye g jenjalan...mama je belom berkesempatan lg nak round da world...

Unknown said...

Pak Zabs,
Duit punya pasal...
BTW, nice meeting you yesterday.

ZABS said...

Akmal: Terima kasih kerana sudi melawat ke sini. Saya juga gembira bertemu anak muda yang selesa dikelilingi orang veteran seperti kami. Ada terima gambar2 semalam, dari Mat Salo? Kalau belum, give me your email, saya boleh forwardkan. Salam.

Mak Su said...

sedar tak sedar, ataupun sesaja tutup mata, byk pembaziran telah berlaku

NBK466 said...

Nak habiskan budget 2007 sebelum bukak buku baru ler tuh. Tapi mmg brand SAMSUNG ker LCD tuh..kalau ya, tima kasih laa yek..he.he.he..

Unknown said...

Hello Zabs,

I always wonder, if we were given the responsibility of spending some public funds, it is imperative that, as a responsible officer, one must endeavour to make sensible savings for the office. If we were to purchase goods say, we must put care to check pricing and then we purchase based on the best offer.

Most people do not realise public funds does not mean we are free to abuse it. They forget they are under test from up above as that would be a test on their honesty. God is all seeing, isn't it?

We must give equal care to public funds as if it were our own.

Why can't they change their mentality and stop having this attitude that funds must be spent at a certain end of year date or what have you. Grow up, have some sense! It is not difficult to create some flexibility where funds could be carried over. Stop abusing funds! Berdosa kan..(sorry I'm being cynical here) Sigh!

blackpurple @ jowopinter said...

Mereka tidak sedar agaknya dari mana datangnya duit itu. Atau buat-buat tak sedar. Sebagai pembayar cukai, saya pun kadang-kadang rasa 'terbakar' juga.

ZABS said...

Mak Su: Mereka sedar dan dengan sedarnya juga nak habiskan peruntukan. Selagi takda tindakan tegas diambil atas salah guna ini, ia akan terus berlaku. Tambahan pula yang nak ambil tindakan tu, yang beri arahan untuk belanjakan wang tersebut.

ZABS said...

NBK: Gambar tersebut sebagai hiasan sahaja. Kalau betul boleh dapat discount ke?

ZABS said...

Ruby: Agreed that the officers responsible for the public funds shall take all reasonable cares to spend the money wisely. He should use his discretion in getting the best offer and value for money.
However not many of the items bought by the government agencies are bought directly from the suppliers.
Most of the items or services supplied to these agencies are bought through tendering processes.
This is where sometimes, the tenders are late to meterialise and at the end of the year, the money allocated for it is still not spent.
Take for example, a government department is allocated RM5mil/ year for a service, to be undertaken, by a successful contractor through a tender selection.
Although it is a yearly affair, the tender does not get awarded, by Ocotber/November (a one year contract). With only two months left to the end of the year, the tender cannot be completed had to be carried forward to the next year. Therefore only portion of the allocation was used.
Fearing that their next year allocation will be reduced, they will find ways to spend the money. thus the buying spree.
There is also a year when the tender was not awarded at all because it was late to come out, and you can imagine what happen to the allocated RM5mil.

ZABS said...

BP: Seperti yang saya kata, mereka sedar, duit itu duit kerajaan dan sudah diperuntukkan untuk dibelanjakan. Jadi, bagi mereka tugas mereka ialah untuk tentukan ia dibelanjakan. Walaupun, perbelanjaan yang dibuat itu hanya mengikut perasaan, dan bukan keperluan, mereka tidak terasa apa pun, walaupun bagi orang yang berfikiran waras, ia tidak sepatutnya berlaku.

Unknown said...

Pak Zabs,
This here is my mail add.
wiseup88@gmail.com
Trima kasih ya(",).
Salam.

Fauziah Ismail said...

Salam Pak Zabs
Yes its true. The government agencies and departments want to finish up the budget allocated to them for the year. If not spent, the agency and department concerned would not be getting the same or more budget for next year.
While the education ministry guys go as far as Australia for so-called courses, the Works Ministry will paved the same road over and over again.
I have friends in the education ministry who had benefitted from this while the road leading to Bukit Setiawangsa where I am currently at is paved annually and normally close to the end of the year.

ZABS said...

Fauziah: Seperti yang saya kata, kalau orang yang sepatutnya menegur pembaziran ini dari berlaku, mendapat manfaat darinya, tentulah dibiarkan saja ia berterusan. Tambahan pula mereka mungkin merasa ia sebagai satu imbuhan atas kerja kuat mereka selama ini.
Laluan pejalan kaki dan sekarang sudah berbumbung di jalan menuju ke Setiawangsa tu pun untuk nak habiskan duitlah agaknya?
You are currently residing at Bukit Setiawangsa? Mungkin pernah berselisih jalan agaknya. Saya tinggal di tepian Jalan Jelatek.