Sunday, December 02, 2007

Mersing 2

Kali pertama saya ke Mersing ialah pada Jun lalu dan saya ada menulis berkenaannya disini. Pada 28 Nov hingga 1 Dis lalu saya sekali lagi telah ke sana untuk urusan tugas.

Cuaca kali ini tidak sama seperti pada Jun lalu. Angin Monsun Timur Laut sudah bermula. Sepanjang masa di sana angin bertiup agak kencang, mungkin lebih kurang 30 -40 km/jam, dan laut pula bergelombang setinggi 1.5 - 2.5 metre. Agak sukar untuk menjalankan kerja di laut pada masa ini. Nelayan-nelayan pun ramai tidak turun ke laut.

Tetapi di laporkan mereka ada alternatif baru untuk menambah pendapatan. "Mendulang emas", ya mencari emas di tepian pantai. Seperti yang dilaporkan di dalam akhbar, sejak beberapa minggu lalu kegiatan mencari emas telah dilakukan di pantai Mersing. Untuk lebih tepat, di pantai Kampong Sri Pantai, lebih kurang 4-5 km ke selatan Kuala Sungai Mersing.

Saya telah mengambil kesempatan untuk melawat tempat tersebut pada satu pagi. Walau pun masih awal, sudah terdapat beberapa pencari emas berada di sana. Mereka bukan hanya penduduk Mersing, malahan ada yang datang dari jauh seperti Batu Pahat, Muar dan Terengganu. Oleh kerana mereka baru nak memulakan pencarian pada hari itu, maka semasa berada di sana, saya tidak lagi bertemu dengan mereka2 yang telah berjumpa emas tersebut.

Walau bagaimana pun saya sempat juga merakamkan sedikit gambar untuk dimasukkan di dalam entri saya kali ini. Melihat saya membawa kamera, ada yang bertanya samada saya nak masukkan gambar dalam Harian Metro. Beliau merasa sedikit hampa apabila diberitahu, bukan itu tujuan saya. Semasa saya bergerak untuk meninggalkan tempat itu, kelihatan beberapa orang lagi datang untuk mencuba nasib lagi, untuk hari itu.
Begitulah rezeki Allah di muka bumi ini, apabila Allah menghendakinya, rezeki itu akan ditemui dari jalan yang tidak kita sangkakan. Wallahua'lam.

30 comments:

zino said...

tak cuba ke mendulang tu.. mana tau dapat seketul dua emas.. hehe

Unknown said...

Hello Zabs,

Usaha adalah di tangan kita, tetapi..rezki tetap di tentu kan oleh Allah. Saya berkali2 dah lihat dengan mata sendiri yang kuasa memberi rezki tetap dari Allah.

Sekira nya sebagai buat kiasan sahaja ini, dua insan usaha sama banyak, tetapi apa yang mereka perolehi mungkin berbeza, sebab itu lah yang di perkatakan cabaran. Tuhan hendak melihat ketabahan iman masing2.

Yang jadi kaya pun cabaran, yang todak berada pun cabaran. Itu lah sebab saya selalu kata:

It is not how we wear our material wealth, it is how we wear our HEART!

ZABS said...

Zino: Mendulang emas atau apa juga pun galian, memerlukan kesabaran yang amat tinggi. Disamping itu perlu tabah dan tidak cepat putus asa. Walaupun sehari suntuk mendulang tetapi tidak mendapat apa-apa, tetapi esoknya tetap akan mencuba lagi. Munkin saya tidak se sabar mereka.

ZABS said...

Ruby: Setuju bahawa kita hanya mampu merancang, berusaha dan ikhtiar, berdoa dan seterusnya tawakkal. Hanya Allah yang Maha Kuasa untuk anugerahkan rezeki.
Benar apabila dijadikan kaya atau miskin, ia adalah juga satu dugaan dari Allah s.w.t.
Tetapi menjadi kaya dan berkuasa adalah lebih sukar untuk dihadapi kerana kadangkala manusia akan lupa diri ketika itu. Akan tetapi apabila di dalam kesusahan manusia selalu akan mengingati Allah dan berdoa.
Tetapi akan lebih beuntunglah orang-orang kaya dan berkuasa yang sentiaa mengingati Allah. Wallahua'lam.

Mak Su said...

tak sangka ya

tokasid said...

Salam pak zabs:

MasyaALLAH! Rezeki ALLAH di mana-mana dan akan di berikan pada masa-masa yg ditetapkan.
Tapi kita juga mesti ingat rezeki mewah ini sebenarnya satu ujian kepada kita. Bukan apa, telah nyata sikap insan(saya pun sama jugak pak) bila ada sedikit rezeki lebih, sering cuai dgn suruhan ALLAh. Dalam dok sibuk bekerja atau mendulang, ramai jugak yang terlepas dari menunaikan solat fardhu, kerana sering mereka merasa rugi jika berhenti utk solat kerana bimbang org lain akan jumpa khazanah ALLAH !
Saya teringat sebuah Novel karya Sasterawan Negara Abdullah Hussain bertajuk IMAM, bagaimana ketika emas dijumpai bi kawasan tanah perkuburan berhampiran masjid, pada mulanya pencari/pendulang emas berhanti utk solat bila masuk waktu, tapi bila semakin ramai yg datang mendulang, mereka tidak lagi berhanti solat di masjid malah solat jumaat pun ponteng!!

Semoga pendulang di Mersing tidak begitu,ameen.

ZABS said...

Mak Su: Saperti apa yang saya diberitahu, peraih yang membeli emas dari pendulang-pendulang ini membelanjakan lebih kurang RM30k sehari untuk membeli emas-emas yang dijumpai di sana (pada masa "peak" tempuh hari).

Azlan Zed said...

mungkin boleh jual gambar di harian metro. rezeki juge tue. hehe.

ZABS said...

Doc. TA: Itulah yang telah saya tulis tentang dugan ini dikomen di atas. Dugaan mendapat kesenangan ini lebih sukar dihadapi dari dugaan menjadi susah. Ia tidak berlaku di dalam novel sahaja. Kenyatannya memang begitu. Diberi kekayaan, mereka akan kata krana mereka rajin berusaha. Bila mendapat kesusahan itu dugaan dari Allah kata mereka. Semoga kita semua dijauhkan dari sifat lalai dan cepat lupa diri ini. InsyAllah.

ZABS said...

Alan: Harian Metro datang ke sana setiap hari untuk sensasikan penemuan itu.

zino said...

zabs
tak lama lagi berubah le pantai mersing tu.. dek kegiatan mendulang..

pB said...

pB bukan seorang yang penyabar ....

ZABS said...

Zino: Tidak juga kerana apabila air pasang semua lubang2 itu tertimbus semula. Mereka tidak menggali terlalu dalam. Cuma lebih kurang max. 1 metre sahaja.

pB: Sabar itu sebahagian dari Iman. Orang yang beriman itu banyak sabarnya. Tetapi orang yang sabar itu tak semestinya beriman. Wallahua'lam.

blackpurple @ jowopinter said...

Salam tuan,

Cemburunya. Lama teringin nak ke sana, tak sampai-sampai lagi...

Dah jadi tempat mendulang pulak di situ ya. Khabarnya, emasnya muda lagi, kecil-kecil... Sekali mendulang belum tentu dapat. Mungkin beribu-ribu kali baru dapat sebiji. :)

Pak Zawi said...

Zabs,
Ni sememangnya lawatan balas.
Baik juga ianya di temui di pinggir pantai kalau tidak habis la kawasan yang bukan pantai akan di korek sebagai mana berlaku di Trengganu tempoh hari. Ada yang menggali lubang dalam sehingga belaku kehilangan nyawa akibat tertimbus.
Terima kasih kerana menulis mengenai perkara ini sebab saya tidak mengikuti perkembangan nya di Mersing.

jaflam said...

Zabs, ini kali kedua emas dijumpa diMersing, dulu mereka jumpa dalam kebun getah di darat sekarang di pantai pulak.Itu lah namanya kuasa Allah di berikannya rezeki dimana yang DIA mahu.

Nampaknya aktiviti mendulang emas di panatai mengisi ruang buat sdr disamping kerja rasmi.Thanks for sharing some photos and news on my hometown.

aNIe said...

Salam zabs...betul ke ada emas kat Mersing sekarang?...tak sangka pulak...Tu semua rezeki dari Allah...kalau rajin berusaha...akan berhasillah segalah penat lelah...

Tak lama lagi...pasti ramai lagi pendulang2 emas akan sampai ke Mersing...maka bertambahlah rezeki orang2 di Mersing...

ZABS said...

BP: Mersing akan selalu saya ulangi jika projek berjalan seperti yang dijanjikan.
Ya, betul seperti yang anda kata, emas yang ditemui masih halus2. Tetapi ada berita yang mereka telah bertemu tempat baru, 1.5km dari situ. Emas yang ditemui sebesar biji jagung atau mata manchis, tetapi belum ramai ke sana lagi. Saya pun tidak sempat ke sana, sudah balik ke KL sekarang.

ZABS said...

Zawi: Secara kebetulan sahaja saya ke sana kerana ada tugas. Buat masa ini cuma di pantai. Tetapi seperti kata Jaflam mereka pernah bertemu emas di darat dalam kebun getah dahulu.
Semoga mereka belajar dari peristiwa buruk itu. Di pantai pun bahawa juga, tambahan sekarang musim tengkujuh yang membawa angin kencang dan ombak yang kuat.

ZABS said...

Jaflam: Emas hitam memberi rezeki untuk kita di Melaka, emas kuning ini rezeki pendulang di Mersing pula.
Ada banyak lagi gambar yang sempat saya ambil untuk simpanan. Manalah tahu apabila projek dimulakan nanti, pemandangan akan tidak serupa lagi.

ZABS said...

Kak Lady: Ya, saya pada mulanya pun saya tak menyangka juga. Tambahan pula ditepi laut lagi. Walaupun semasa ke sana tiada siapa lagi yang menemui emas pada pagi itu, tetapi melihat ramai yang telah datang, meyakinkan saya akan adanya emas tersebut.
Mereka akan terus berusaha dan pastinya, ramai lagi akan datang, apabila ceritanya telah tersebar oleh Harian Metro.

Lee said...

Hello Zabs, thanks for dropping by my place, nice of you.
Wow! Your lovely pics of Mersing sure brings back memories of the times I was there getting a boat to Tioman or surrounding Islands to do deep sea fishing, this wayyyy back in the 70's and early 80's.
I have been to most of the Islands East coast those days when there were no hotels or resorts, totally unspoilt then.
My favourite Island was Pulau Kapas, used to camp by the well there, totally deserted then.
Favourite place to stay during my off days was Tanjong Jara resort.
Should as and when I balek kampong, Mersing, Kapas will be on top of my travel plans. I love the sea, East Coast especially and the friendliness and warmth of the East Coast people. Still have some friends there.
You keep well, and have a nice day, Lee.

zino said...

zabs
zino tak pernah tengok org mendulang ni.. sama ke macam ayak tepung tu hehe

ZABS said...

Lee: It was my pleasure to have the oppotunity to visit your site and read how the pro's writes, especially after your short disappearance.
"Tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat memancing (dapat ikan besar pula tu)." Especially when you still have friends there, and Zawi can be added to your list of friends in the East Coast too.
Been to Canada in the summer of 1990, attending a short course at the University of Toronto. Had the opportunity to visit the Niagara Falls whilst there. Nice place. No wonder you are enjoying yourself there, having coffee and shooting the breeze. Take care.

ZABS said...

Zino: Saya pun pertama kali tengok. Hampir samalah. Cuma kerana yang diayak tu batu-batu, dan berat, ia keluarkan dengan tangan, sedikit-sedikit, hingga tinggal emaslah kalau ada kerana ia halus2 sahaja dan berada di bawah sekali.

cakapaje said...

Salam Pak Zabs,

Bila baca pasal emas kat pantai Mersing, saya terperanjat juga. Tak tahu langsung mengenai perkara tersebut kerana amat jarang membeli akhbar beberapa tahun kebelakangan ini. Tapi masyAllah! rezeki halal tu!

Kes ni sama juga yang berlaku di Terengganu beberapa ketika dahulu ye. Harap mereka berjaga sebelum berlaku trajedi seperti tertimbus tanah.

NBK466 said...

Mendulang mas ekk... nak lagi senang cari barang2 kemas org mandi dok tercicir dlm laut tuh... he..he..he..

ZABS said...

CA: Diharap begitulah. Agar mereka tidak melupakan aspek2 keselamatan dalam keghairahan mencari emas yang tidak seberapa itu.
Dan juga tidak dilalaikan dari mengerjakan kewajipan kepada Allah.

NBK: Kalau jumpa orang punya kena "declare", kalau takda orang mengaku baru bleh ambil. Leceh sikit. Yang ini Allah yang punya, siapa jumpa dia punya. Wallahu'lam.

MA said...

Zabs

Saya singgah ke Mersing semasa balik ke Johor minggu lepas. Saya lalu di Sri Pantai utk shortcut ke bandar. Tapi tak kesempatan nak ke pantai lagipun panas terik.

Apa yang didengar, orang tukang jual air yang jadi kaya daripada pendulang emas he he he...

ZABS said...

MA: Ya rasanya begitulah, ribuan yang mendulang tu tentu kehausan dan lapar semasa panas terik tu. Rezeki untuk semua. Kuali pun naik harga di sana.