Saturday, December 22, 2007

Lemang

Lemang adalah makanan tradisi yang masih digemari ramai sehingga sekarang. Biasanya kalau di kampong saya di Negeri Sembilan, lemang akan dibakar sehari sebelum hari perayaan seperti (Hari Raya Puasa atau Raya Qurban (atau dulu-dulunya dipanggil hari mantai (tak tahu pula apa maknanya)).
Lemang yang dibakar ini akan juga dijamu bersama rendang ayam atau lembu/kerbau, kepada tetamu yang datang berkunjung ke rumah pada hari raya tersebut. Tetapi lemang biasanya akan boleh bertahan sehingga hari kedua/ ketiga sahaja. Kerana santan yang digunakan untuk memasaknya menjadikan ia cepat basi.

Kekadang sehari sebelum puasa pun emak akan memasak lemang kerana pada masa itu anak-anak ada juga yang balik ke kampong untuk menyambut puasa pertama bersama ibu bapa. Bagi saya pula yang bekerja jauh dari kampong, apabila balik sekali sekala ke kampong, walaupun bukan pada musim perayaan, emak tiri saya akan membakar lemang untuk saya semasa balik bercuti itu, kerana ia adalah salah satu makanan kegemaran saya semasa kecil. Malahan sekarang apabila dah berkeluarga pun, jika mereka ada membakar lemang di kampong mereka akan menalipon saya untuk balik mengambilnya.
Kini keadaan sudah berubah, lemang sudah boleh di dapati sepanjang masa. Pada setiap kali tiba musim perayaan pula, kita akan dapati banyak gerai-gerai sementara didirikan di tepi-tepi jalan yang strategik, untuk membakar dan seterusnya menjual lemang tersebut di situ.
Gerai-gerai Lemang dengan pembakaran terbukanya.
Berbagai sais lemang untuk dipilih.

Disamping lemang, rendang juga turut dijual.
Walau bagaimanapun jika diberi pilihan saya masih suka lemang yang dimasak oleh emak saya di kampong, dari yang dibeli dari gerai-gerai ini. Tetapi kini nampaknya lemang yang dijual di gerai-gerai semakin baik buatannya dan sama enak rasanya.
Memang saya tahu lemang juga adalah punca kolestrol dan perlu dijauhi, tetapi saya makan lemang hanya untuk hilang gian sahaja, bukan nak balas dendam. Tokasid tentu setuju dengan saya di sini. Selamat makan lemang dan rendang, tetapi berhati2 banyak mana yang dimakan.

17 comments:

Fauziah Ismail said...

Salam Pak Zabs
Ada tips tak nak cari lemang yang baik? Kami yang dari Johor ni tak ada kepakaran membuat sendiri dan oleh itu, tak pandai untuk memilih lemang yang sudah dibakar untuk dibeli.
Most often than not, we get "cheated" as the filling, as we cut open the bamboo mould, is not cooked.

ZABS said...

Fauziah: Maaf, saya pun bukan pandai sangat dalam bab ini. Itu yang biarkan isteri saja yang memilih tu. Tapi petuanya lebih kurang beginilah:
Tentukan buluh bekas lemang tu merata kuningnya. Kalau buluhnya kehitaman tentu lemang di bahagian itu, berkerak walaupun cukup masak.
Tentukan ia tidak terlalu berair di bahagian atasnya. Juga tidak terlalu kering kerana jika terlalu kering, kemungkianan bahagian dalamnya mentah adalah besar.
Tentukan daun pisang, pembalut lemang itu telah melecur serata, dan apabila di hentak2kan ia tidak melekat pada bahagian dalam buluh.
Lihat bahagian atas lemang yang boleh dilihat samaada masak atau tidak. Ia sedikit sebanyak boleh memberi gambaran bahagian yang di dalamnya.
Harap dapat membantu. Walau bagaimanapun kami pun ada masanya terbeli yang sedikit mentah juga.
Salam.

Unknown said...

Pak Zabs,
Yaaa, itu dia. Lemang. One of my favourite food. Lagi sedap kalau ada rendang dan sambal daging.
Terer juga Pak Zabs dalam bidang 'perlemangan' ni. Saya seriously tak reti langsung bahagian beli atau buat. Tapi kalau bab makan....hahahaha.
Makan lemang dan rendang kena tengok 'graf' darah jugak, tak gitu pak? Orang muda macam saya pun dah ramai suffer hypertension. Saya pun pernah sekali 140/90. Punya terperanjat, terus kontrol hahaha. Alhamdulillah, skrg dah maintain normal dah.
Jaga diri, jaga darah(",).Have a nice day.

cakapaje said...

Salam Pak Zabs,

Hmm...lemang! Memang sedap dan kegamaran ramai. Cuma Raya baru ni, saya memang tak sentuh langsung, tak tahu kenapa. Mungkin, saya rindukan ketupas palas Kelantan yang manis untuk dinikmati dengan sambal tumis daging masakan emak.

ZABS said...

Akmal: Bersimpati dengan anda kerana terpaksa beraya Qurban di KL tahun ini. Saya pertama kali beraya di tempat orang, semasa berkursus di UK, pada tahun 1973, terasalah juga sedihnya. Tetapi sekarang entah berapa kali dah, beraya di tempat orang, jadi dah tak terasa lagi dah.
Bukan pandai lemang, tetapi pengalaman ada serba sedikit boleh kalau untuk makan sendiri.
Salam dan jaga diri. Muda2 dah
ada tanda hypertension tu, kena beringat selalu, okey! Salam.

ZABS said...

CA: Minat juga dengan ketupat palas tu. Tapi takda lah pulak minta isteri buat sendiri. Cuma makan bila ada dihidangkan, semasa ke rumah saudara mara yang suka memasaknya. Salam.

Pak Zawi said...

Zabs,
Salam Zabs. Bila beli lemang kami perlu sebatang dua je untuk sekeluarga. Msalah yang kami selalu hadapi ialah terbeli leftover dari hari sebelum dari penjual. Kalau tak fresh dia dah jadi keras dan tak sedap. Paling sedap di makan dengan rendang daging cili apa seperti resipi Zaitgha, lain dari yang lain.

zino said...

tahun ni zino tak balik kampong.. teringat dolu dolu masak lemang sendiri.. masa tu buloh lemang senang nak dapat.. kat belakang rumah je..

tapi sekarang kalau nak lemang oder je lah.. hehe

Lee said...

Hi Zabs, Wow! Seeing your lemang pics sure brought back memories to me. I loved them. Can't remember the last time I ate them, but in the early 60's, 70's and last I think at a hari raya party at a friend's house. And I think you are right re the cholesterol, ha ha.
I also love dodol, nasi dagang, ayam percik, ikan percik, lontong...as well other Malay food.
Those days back in the 70's, I was fortunate in having lots of Malay good friends from Perlis to Kelantan to Johore (their daughters too, ahemmm) and would be invited home for dinner. I sure polished off my two or three plates of food then.
I guess growing up close to a Malay kampong I grew to love Malay food as well had more Malay friends than others.
I love my Malay friends especially as I think Malay people have really fantastic sense of humour to the fact I even picked up their style of humour.
Ahhh, but those days I sure gave the pakchiks and makciks some worrying nights when I dated their daughters, arhaaaa ha ha.
But once awhile makcik will tease me, "hey Lee, you ni bila la nak kahwin Rosnah"? Alamak! Saya kena jammed up tu! Ha ha.
Hey, you believe I even helped to sprinkle bunga rampai on my friend's wedding bed when he got married?
Also couple of times up in Alor Star and Trengganu helped the makcilks row the dodol, same time listening to the local gossips, ha ha. Wa, tangan saya sampai lemah, but of course quite abit masuk mulut too, heh heh. I even helped to carry that what you call it, the stick with artificial flowers when accompany the groom to the bride's house?
Only thing the pakcik will not let me do was bang the kumpang, ha ha. He worried I start Rock and roll music instead, arhaaa ha ha.
I sure had fun those days.
Zabs, I take this opportunity to wish you and family and all at home seasons greetings, happy holidays and a very happy new year.
Best regards always, Lee.

ZABS said...

Zawi: Biasalah penjual lemang ni, bila ada lebihan dari hari sebelumnya mereka akan panaskan untuk dijual semula. Jika kita ada deria bau yang baik, akan dapat tahu lemang yang lama jika di hidu sedikit, di bahagian terbuka di atas batang lemang tu.
Belum rasa lagi rendang cili api, seperti resipi Zai tu. Tapinwalaupun saya orang negeri, bab pedas2 ni saya kurang sikit.
Salam.

ZABS said...

Zino: Saya balik sekejap, kerana ada anak yang balik bercuti dan kata lama tak jumpa uwan dia. Saya balik bertiga je (dua anak lelaki) dan dapatlah makan lemang kampong dengan rendang kerbau. Salam.

ZABS said...

Lee: You sure have a lot of experience mixing around with the Malay community while in Malaysia. The artificial flowers is called "bunga mangga" and is still used nowadays even in Singapore.
With regards to the traditional cakes and foods, I think it is beginning to loose its charm with the younger generation.
They would prefer to have McD or KFC or Pizza, than eating all the food that you have mentioned.
But sometimes it is the parent that is to be blame. We ourselves that at one time or another encourage them to eat those fast food.
Thank you Lee for visiting and sharing with us your story.
Take care and kep warm.

tokasid said...

Salam Pak ZAbs:

1- Mantai- perkataan yg di gunakan oleh orang Nogori dan Melaka bagi hari sehari sebelum Hari Raya.
Ketika mula2 menjadi rakyat Melaka saya jadi hairan dgn perkataan mantai( ada kg mantai di Nyalas Melaka),jadi saya bertanya beberapa org2 tua.Dari apa yg saya gather,mantaiu itu adalah perkataan corrupted dari bantai. Bantai pula adalah dipendekan dari perkataan membantai,iaitu menyembelih lembu atau kambing utk persiapan hari raya.Jadi sekarang yang mantai adalah tokay2 daging,kita cuma membeli saja di pasar atau gerai mereka.
2-Lemang memang lazat cuma masaalahnya ialah bila kita membeli ,kita kena bersedia utk kecewa. Aa tidaknya kalau kita beli 5 batang lemang,kemungkinan hanya 3 batang yg boleh di makan. Yang selebihnya muka masih mentah atau sudah basi.Kalau bernasib baik boleh pergi semula kpg gerai lemang utk tukar.Kalau rumah jauh dari gerai atau gerai dah tutup, asan mencuka lah muka kita melihat lemang basi.Kita yg tidak membuat lemang sendiri memang sukar mengenal lemang yg baik,kita berharap kpd peniaga saja. kalau dpt peniaga yg jujur dan tahu hukum-hakam,InsyaALLAh selamat lemang kita.Kalau peniaga yg nak untung semata-mata, be prepared t get lemang mentah atau basi.
Ada juga yg buat lemang, mereka memasukkan pulut yg sudah separuh masak ke dalam buluh lalu membakarnya.Saya tak pernah alami begini tetapi pernah di beritahu oleh sahabat.

memang benar pak, makan sekadar lepas gian....

ZABS said...

Salam Doc.,
Ada juga terfikir, mantai tu asal dari bantai, tapin tidak berapa sure. Terima kasih kerana menjelaskan.
Tentang lemang tu, betul kata tuan, selalu mendapat lemang yang tidak masak atau dah basi apabila membelinya. Tetapi sejak 2/3 tahun kebelakangan ini, lemang yang dibeli di KL ni, semakin baik buatannya. Mungkin mereka ini telah menjadi pembuat lemang regular, dan dah banyak pengalaman. Ada tu dah siap masak rendang sekali untuk dijual bersama lemang.

Unknown said...

pakZabs....:) pertamanya selamat hari raya eidil adha dari saya....di rantau.

Pagi tadi ( Dec23rd ) saya di kejutkan olih panggilan telipon....kawan saya Khairul baru pulang dari KL dan sudah berada di depan gate....apabuila saya buka pintu..dia dengan senyuman dan sebatang lemang yg di bawa khas dari KL....sngguh enak!!! dan sungguh mulianya hati seorang teman....sbb memang saya tidaqk menduga akan dapat merasai lemang di hari raya ini...

alhamdullillah...dengan merasai lemang tadi tu...lengkaplah semua jenis makanan yang saya idamkan....termasuk nasi dagang, nasi kerabu, akok, laksam, satey....

sunnguh happy bila ada kawan2 mengingati kita....mungkin fakta usia juga lah kn pak Zabs..hehehhe

idham

ZABS said...

Pak Payne: Rezeki jangan di tolak,
musuh jangan dicari. Alhamdulillah. Kawan akan mengingati kita, seperti juga kita mengingati kawan-kawan yang lain.
Semoga tuan dan keluarga ceria bersama dihujung tahun sementara menunggu tahun baru Masehi dan juga Hijrah (awal Muharram) pada 10hb Januari nanti.
Salam dan selamat bercuti.

Unknown said...

Salam saya nk tnya buluh lemang blh brtahan brpe lama..