Thursday, December 27, 2007

Kembali Ke Sekolah

Masa untuk kembali ke sekolah telah pun hampir. Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sekolah akan dibuka semula.

Tetapi masih ramai lagi ibu bapa yang belum selesai menyiapkan keperluan anak-anak mereka yang bersekolah. Terutamanya yang mempunyai anak-anak yang ramai.

Di kebanyakkan media massa, terdengar juga rungutan dari ibu bapa yang rata-rata mengeluh kerana harga barang-barang keperluan persekolahan ini semakin naik. Ada yang meningkat sehingga 50% dari tahun sebelumnya. Tetapi seperti kata seorang bapa "kita tidak boleh berbuat apa-apa, kerana anak perlukan semua kelengkapan ini, oleh itu terpaksalah dibeli juga".

Peralatan tulis dan sekawan dengannya perlu di beli.

Kasut tahun lepas walaupun masih elok lagi, tetapi telah sempit pula, perlu dibeli yang baru . Kalau ada adik boleh jugalah di turunkan penggunaannya.

Sungguh meriah keadaannya di hari-hari terakhir percutian penggal persekolahan ini. Ibu-bapa suka menunggu di akhir-akhir tahun untuk berbelanja menghabiskan simpanan yang ada.

Tentunya ketika begini amat dinantikan oleh pusat membeli belah ini.

Para petugas kaunter pembayaran ini tentu tak menang tangan untuk melayan para pelanggan yang berpusu-pusu untuk membayar ini. Saya pun salah seorang yang termasuk dalam golongan ini. Bila sudah menjadi tabiat, memang sukar untuk dihindari. Tetapi terasa semacam satu kepuasan apabila melakukan aktiviti membeli-belah di saat-saat akhir ini. Terutama apabila dapat membeli kesemua yang diperlukan.

Tetapi ada satu lagi kerisauan apabila sekolah di buka semula. Pesta lampu brake juga akan bermula. Jam di sana dan jam di sini akan memeriahkan lagi suasana jalan-jalan raya terutamanya di Kuala Lmpur ini.

23 comments:

Qaseh Bidadari said...

tu yang mama suka buat persiapan awal2..xlah sibuk sgt...last minit ni sure ramai org...itu pendapat mama lah..

Fauziah Ismail said...

Salam Pak Zabs
The first year my nephew went to school, his parents got his stuff together a month before the academic school started.
He kept asking his father when he could use some of the new things like the socks and school shoes and pencil colours and school bag.
Tired of waiting, he took out the shoes from the box one night when everyone was asleep.
When his parents woke up the next morning, they saw the shoes on their seven-year old's feet, with the shoelaces neatly tied.
Their son was fast asleep!

tokasid said...

Salam Pak Zabs:

Benar...mungkin dah jadi mentaliti rakyat Malaysia begitu kot. Apa-apa pun last minit( ramai student yg study last minit sebelum exam). Shopping raya last minit, shopping nak kenduri last minit,shopping hadiah kenduri last minit. Kalau mati pun kalau boleh nak last minit kot.LOL!
Malangnya saya jugak tergolong dalam golongan last minit yang dgn rela ingin memeriahkan bersama-sama rakyat Malysia yg lain utk menyebabkan trafik jam di jalan raya dan trafik jam di kaunter-kaunter pasaraya.

Tapi Alhamdulillah tahun ni, kebanyakkan keperluan anak sudah di beli sebelum bercuti ke Misr dulu.

Mak Su said...

Uncle zabs - saya pun beli last minit, saya tunggu gaji masuk..

13may said...

Salam uncle,
Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat ulangtahun untuk perkahwinan dan hari lahir uncle...

Moga ceria dan bahagia selalu :)

blackpurple @ jowopinter said...

Salam tuan,

'Kembali ke sekolah' sudah menjadi seperti pesta pulak ya. Bila dah sampai di saat-saat akhir, lagilah 'meriah'. :)

Teringat balik semasa membeli-belah peralatan dan pakaian sekolah semasa zaman budak-budak dulu... :)

ZABS said...

MR: Satu contoh yang baik untuk di teladani.

Fauziah: With our 6 children, we have never had that experience before. All of them had attended the pre-school, and the curiosity is not there anymore.Even during the pre-school, kita cuma beri mereka cuba pakai sekali dahulu. Lepas tu takdalah nak cuba-cuba pakai pada malam hari. Salam

Doc. TA: Begitulah nampaknya mentaliti kita ni. Lagi tua lagi susah nak berubah. Kekadang tu jadi seronok pulak macam tu. Terasa meriahkan? Kami pun cuma beli dua tiga item je yang tertinggal semasa belikan pertama kali, alatan anak yang bungsu tu. Anak2 yang lain dah tak perlu lagi.
Semua gambar semua tu diambil guna N73, sebahagiannya oleh anak saya tu. Salam.

Mak Su: Dah agak dah. Samo lah kitokan?

May: Tak terlambat pun. Selagi N3 tu masih ada boleh je. Terima kasih atas ingatan dan doa anda.

BP: Saya pun teringat juga. Tapi saya dulu bapa aje yang pergi beli, dan bawa balik untuk di cuba di rumah. Selalunya saiz terbesar sedikit, disengajakan supaya boleh tahan lama (budak-budak kan cepat membesar). Kasut dah ada, dibeli untuk pakai Hari Raya sebelumnya.
Salam.

KAMATO said...

Beli last minit ni dah macam satu tradisi orang kita, mungkin jugak sebab tunggu offer kot, tapi apa hal pun saya pilih beli awal-awal lagi

ZABS said...

Salam Kamato,
Itu yang terbaik, kerana kita ada banyak pilihan masa tu. Kalau dah last minit tu, kekadang pilihan pula dah tak banyak. Orang terlalu ramai dan masa nak memilih pun terhad. Tensen pun kurang. Terima kasih kerana beri dorongan supaya saya beli awal lain kali.

arsaili said...

tahniah uncle...sebuah usia perkahwinan yg panjang dan moga terus berbahagia

zino said...

zino membeli belah di satu kedai di BTR ni je (baju sekolah) tak payah nak berasak2 dengan org ramai di luar sana.. hehe

Unknown said...

Hello Zabs,

Ada dua bab re: mentaliti last minit nih!

Pertama: Ini di sebabkan mereka berfikir yang masa tu sentiasa menunggu kita, jadi kita membuat pekerjaan sambil lewa dan bila saat2 akhir baru bergegas lintang pukang membuat kerja. Memang lah, tabiat sabegini harus di ubah!

Kedua: Saya sudah lama sedar dan perhatikan dengan hati yang rendah apabila membeli keperluan dapur di supermarket, queue nya teramat panjang di hujung bulan. Ini menggambarkan status ekonomi kita amat rendah. Saya pun rasa lebih sempit sekarang berbanding dahulu, sebab projek2 sekarang berkurangan!!

Begitu juga ibu bapa yang hendak membuat persiapan persekolahan anak2. Bila dah saat2 yang akhir terpaksa lah membeli keperluan dan saya tak salahkan mereka membeli last minit, sebab, bukan pilihan mereka. Status ekonomi secara am nya sekarang amat merosot bagi golongan yang agak besar sekarang! Makin merebak penyakit ini, sadly!

Itu lah pendapat saya dari observation saya hari2an.

zaitgha said...

sejak menjadi domestic engineer nih dah jarang buat benda last minute...before this memang guilty of that la...for this year my kids just need shoes only though yang lama masih elok but sudah kecik....

tadi masa passed by the boys' schools, ramai parents beli buku tulis kot....

NBK466 said...

Lagi 2,3 tahun baru sampai giliranku joint the crew2 sopping ini..he..he..he...

blackpurple @ jowopinter said...

Salam tuan,

Saya baru berkesempatan membaca entri tuan yang lepas-lepas.

Tidak terlewat rasanya [mendoakan kesejahteraan sesama manusia tak pernah terlewat, rasanya] untuk mengucapkan selamat ulangtahun ke 29 untuk tuan dan isteri. Semoga ikatan terus dilindungi, diberkati dan dirahmati Allah hingga ke akhir usia. Amin.

ZABS said...

Arsaili: Terima kasih atas doa anda itu. Sekarang bercuti di Malaysia ke? Bila nak balik Ostrolia? Anak uncle pun sedang bercuti dengan keluarga di sini.

BP: Terima kasih atas doa restu anda. Masih belum terlambat. Sudah semakin antik sekarang. Salam.

ZABS said...

Zino: Sekarang sudah semakin mudah untuk membeli pakaian sekolah. Dekat tempat saya pun sudah ada juga, tetapi terlanjur pergi ke JJ tu, terus singgah di tempat promosi peralatan sekolah tu.

NBK: Kalau dah ada anak lambat laun akan "join the club" juga. Tak dapek nak ngelak doh!

ZABS said...

Zai: Biasanya kami belikan buku-buku seawal mungkin. Jadi bolehlah diorang baca-baca dulu sebelum sekolah dibuka. Cuma pakaian dan kasut tu selalunya tunggu dekat2 nak buka sekolah baru beli. Tak ada sebab apa-apa cuma biasanya masa tu dah bercuti dan sambil bawa anak jalan-jalan, terus shopping baju sekolah sekali. Salam.

ZABS said...

Ruby: I think I'm guilty of the first charges. Tapi tak ler sampai lintang pukang, sebab sorang je anak yang nak diuruskan baju-bajunya. Buku2, semua dah settle awal2 lagi.
Tentang yang kedua tu, amat bersetujulah, dulu2lah, biasanya kami memang berbelanja pada hujung bulan dan berqueue panjang jugalah. Kini tak lagi, pencen dibayar pada 21 haribulan, sementara orang kerajaan belum gaji lagi, kami shopping dulu.
Tentang projek berkurangan tu, saya pun terasalah juga. Bukan tahun ini aje, sejak 2005 lagi. Tapi masih boleh bertahanlah juga. Alhamdulillah. Terima kasih kerana pandangan bernas anda, yang sentiasa di tunggu. Salam.

jaflam said...

Zabs, bila membeli keperluan sekolah anak anak terfikir juga macam mana mereka yg berpendapatan rendah & anak ramai megatasi isu ini? Selalunya ibu bapa akan berkorban untuk keperluan anak anak .... semoga bila dah senang dan berjaya nanti mereka tak mudah lupa.

ZABS said...

Jaflam: Pada pandangan saya, jika keutamaan ibu bapa adalah pembelajaran anak-anak, maka saya rasa, semuanya itu akan dapat di atasi. Saya dan mungkin ramai yang lain, juga dari keluaraga yang susah juga semasa di kampong, tetapi bapa lebih utamakan keperluan sekolah dari yang lain. Jasdi tidaklah tercicir sangat.
Tidak dinafikan masih ada yang betul-betul tidak mampu, mereka inilah yang perlu diberi perhatian. Pihak sekolah, Jabatan Masyarakat dan ketua-ketua masyarakat, perlu pro-aktif. Ini tidak, dah masuk TV baru nak pergi siasat. baru dapat tahu anak-anak mereka dah lama berhenti sekolah.
Kalau sekarang buku teks dah semua percuma, janganlah nak tambah2 dengan yuran yang berlebih2an pulak. Salam.

Mior Azhar said...

Salam Pak Zabs,
Saya ada beli dah sikit2 barang sekolah tetapi masih ada lagi yang belum dibeli. Nak tunggu gaji Pak Zabs. Tapi tak masuk2 lagi. Nasib baik anak2 tak berkisah sangat nak benda2 baru semua. Saya setuju dengan pandangan Ruby tu sebenarnya. Memang ramai yang terpaksa shopping last minute kerana terpaksa dek sebab ekonomi.

ZABS said...

Mior: Selalunya anak yang baik ini, faham akan kedudukan kita. Mereka tidak banyak meminta2 dan mahu keperluan sebenar sahaja. Semoga dapat menyediakan semuanya sebelum sekolah dibuka nanti. InsyaAllah.