Monday, December 31, 2007

2007 Tag-aways Untuk 2008

Saya telah ditag oleh Jaflam yang memulakannya di sini. Tujuannya adalah untuk berkongsi tiga perkara yang dianggap penting yang telah berlaku pada tahun 2007 kepada kita dan pengajaran yang diperolehi darinya, baik dalam hal kerjaya, keluarga atau kemasyarakatan. Dan kemudiannya dikehendkki mengetag 3 lagi pembaca yang lain untuk melakukan yang sama. Berikut adalah tiga (4 sebenarnya) perkara yang ingin saya kongsi, pertama untuk peringatan kepada saya, dan semoga pembaca juga, mendapat manfaat darinya.

Buat Yang Terbaik

Jumaat, 13 April 2007, adalah hari yang bersejarah bagi keluarga saya. Pada hari tersebut anak kedua saya telah menamatkan zaman bujangnya dengan pasangan pilihannya. Majlis akad nikah diadakan pada sebelah pagi, dan majlis persandingan pada sebelah malamnya.

Majlis telah diadakan di sebuah dewan dan kami mengundang sekitar 900 orang jemputan yang terdiri dari keluarga terdekat, rakan-rakan, jiran dan kawan sepejabat saya, isteri dan anak-anak.

Untuk menentukan semua jemputan akan dapat datang kad-kad jemputan telah dihantar awal dan disertakan bersama kad jawapan bersetem kerana mahu maklum balas yang cepat. Ia bagi memudahkan anggaran jumlah yang akan datang dapat diketahui segera. Bagi saudara terdekat, kami sendiri ke rumah mereka untuk menyampaikan kad jemputan dan menjemput secara lisan juga.

Namun kita hanya boleh merancang, tetapi apa yang berlaku memang tidak boleh diduga. Tidak semua kad jawapan diterima semula, walaupun setem disediakan. Ada yang menalipon memberi jawapan datang atau tidak. Ada yang tidak menjawab langsung. Ada yang mahu datang seluruh keluarga walaupun yang dijemput suami isteri sahaja. Ada yang menalipon tidak mendapat kad jemputan dan bermacam-macam lagi.

Pada malam majlis berlangsung, hujan pula pada petangnya hingga ke senja, dan seperti biasa di KL jem akan berlaku jika hujan. Semua ini menimbulkan kerisauan, terutama bagi kami yang pertama kali hendak menerima menantu. Takut jemputan tak ramai yang datang.

Namun demikian, kedatangan adalah agak baik, 90% kedatangan, dalam keadaan begitu ia cukup memuaskan bagi saya. Alhamdulillah.

Pengajarannya: Apabila mengadakan majlis sebegini, buat perancangan yang di dalam kawalan kita dengan sebaik mungkin. Jangan risaukan tentang faktor-faktor yang diluar kawalan kita seperti cuaca, keadaan lalu lintas, orang akan datang atau tidak dan seumpamanya. Kerana jika kita telah berbuat semampunya, kad jemputan telah dihantar awal, persiapan telah diatur, kita hanya perlu berdoa dan bertawakal. Selainnya berserah, kerana Allah yang menetukan apa yang terbaik untuk kita.

Di Dalam Hitam Putih

Apabila ia melibatkan wang (tak kira sedikit atau banyak), kawan rapat, sanak saudara waima adik beradik pun boleh bergaduh. Lebih-lebih lagi kalau hanya rakan perniagaan. Pada tahun ini, peguam yang saya lantik telah membawa kes saya ke mahkamah kerana merasa telah dipermainkan dalam kes melakukan kerja “sub-contract” untuk satu syarikat kawan. Tetapi kes ini tidak berapa kuat kerana saya tidak mendapat surat perlantikan dan jumlah yang saya akan dibayar selepas kerja dilaksanakan. Jumlah yang dijanjikan hanya dibuat secara lisan sahaja.

Apabila kerja selesai dijalankan, kami hanya dibayar kurang dari yang dijanjikan, dan tiada penjelasan yang memuaskan diberi kenapa dibayar kurang dari yang sepatutnya. Oleh kerana tidak berpuas hati dengan bayaran yang diberi, kami menuntut dengan baik tetapi tidak berjaya. Ini membuatkan kami memilih menggunakan mahkamah untuk penyelesaian. Walau pun tidak ada surat perlantikan, tetapi ada bukti yang mereka telah buat sebahagian bayaran kepada kami. Ini menguatkan sedikit kes kami dan akhinya berjaya diselesaikan di luar mahkamah.

Contoh Surat Perjanjian

Pengajarannya: Apa pun perkara yang hendak dilakukan yang melibatkan dua pihak, ia perlu dituliskan, untuk mudah dirujuk di kemudian hari. Baik dari segi perniagaan, pinjaman dan seumpamanya.

Jangan Lakukannya

(i)

Saya telah menulis berkenaannya di sini, Walaupun bernasib baik pada masa itu, tetapi tidak akan mencubanya lagi. Jangan ambil mudah perkara ini, kerana anda mungkin terpaksa tinggal di Lapangan Terbang untuk jangka masa yang tidak anda ketahui jika telah berlepas ke negara luat.

LCCT di Kuala Lumur

Pengajarannya: Sentiasa tentukan paspot anda masih sah diperlakukan, atau tarikh matinya mesti tinggal lebih dari 6 bulan sebelum anda ke luar negara.

(11)

Jika dibuat bancian mungkin tidak tinggi peratusan orang dewasa yang merokok yang mendapat sakit kronik seperti kawan yang saya ceritakan di sini. Tetapi apabila pertama kali melihat beliau di hospital, setelah di serang sakit tersebut, ia sangat menginsafkan saya. Perkara begini mungkin boleh terjadi kepada saya, kerana pernah menjadi perokok tegar selama 18 tahun. Sesiapa saja terutamanya perokok boleh mendapat penyakit tersebut. Tapi syukurlah beliau telah bertambah sihat sekarang, tetapi masih perlukan bantuan pernafasan (melalui mesin oksijen yang telah dibeli sendiri dirumah) setiap kali merasa letih atau terasa sukar untuk bernafas.

Pengajarannya: Jangan merokok, jangan nak cuba-cuba merokok dan kalau dah mula berhentilah untuk kebaikan diri sendiri dan keluarga yang kita sayangi.

Kini dengan rendah diri saya ingin mengetag Zawi yang tentunya punya banyak pengalaman/ pengajaran untuk kita pelajari, Mior Azhar (topik untuk anda) dan jenerasi muda kita Jowo Pinter (sungguh pintar). Salam dan Selamat Menyambut Tahun Baru Untuk semua yang berlabuh sementara di sini.

19 comments:

Pak Zawi said...

Zabs,
Seperti yang saya tulis dalam responce kepada komentar zabs dalam blog saya, saya telah menggunakan nama samaran Anonymous dalam blog D. Jaff konon-kononnya nak mengelak dari kena tag. Rupanya tak lepas juga hahahhaa. InsyaAllah saya akan cuba. Kena pegi blog D.Jaff untuk minta maaf la.

Kerp (Ph.D) said...

salam Pak Zabs,

ni nak tumpang tanya sikit. ada tak anak perempuan yang masih belum dikahwinkan lagi? bukan apa, saja je tanya, untuk mengenali Pak Zabs dengan lebih dekat lagi..hehehehhee...

Selamat tahun baru untuk bapak sekeluarga. semoga sentiasa sihat dan murah rezeki selalu, insyaAllah.

Mak Su said...

tima kasih dgn semua maklumat berdasarkan pengalaman Uncle Zabs.

ZABS said...

Zawi: Itu yang dikata kalau dah jodoh takkan ke mana. Tapi kalau saya tahu yang anon tu, Zawi, tentu saya tak pilih untuk ditag (dan tentunya akan kerugian kerna tidak dapat kongsi pengalaman Zawi yang banyak itu). Salam.

ZABS said...

Kerp(ph.d): Ada tapi baru 11 tahun, UPSR tahun 2008 ini. Dia terpaksa kerja kuat untuk nak maintain pretasi baik yang abang-abang dan kakak dia dah "set". Gambar keluarga saya boleh
anda tengok di laman ini, http://zainulabs.blogspot.com/2007/12/ulang-tahun.html
Selamat tahun baru kepada anda semoga tahun 2008 lebih berjaya. InsyaAllah.

ZABS said...

Mak Su: Terima kasih kembail. Tak ada iat nak kongsi penalaman ama ke? Tentu ada banyak pengajaran yang boleh dikongsikan. Tak gitu?

Mior Azhar said...

Pak zabs,
Alamak, I really am not very clever lar to do this. But let me think and ponder upon the year that was first. I lead a rather simple straightforward life. Nothing much happened. But let me scroll down my blog first - cari ilham. Buat mesti buat.
Selamat Tahun Baru untuk Pak Zabs sekeluarga.

Azlan Zed said...

moral: jgn start isap okok. hehe.

ZABS said...

Mior: That is the spirit. Buat mesti buat. It may be straight forward to you, but given the same situation, I might not be able to tackle it, as good as you could have. We must regards all experiences as good.

"Most good judgement comes from experience. Most experience comes from bad judgement" (U.Lee)

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

pak zabs,

saya rasa kami orang muda lah paling untung bila tagging ini berlangsung daripada pak jaff,pak zabs dan lepas ni pak zawi. Banyak kami boleh belajar dari kalian.

13may said...

Salam Uncle,
Wishing you a happy and prosperous new year..

:)

Unknown said...

Pak Zabs,
Quotation from Life is An Open Secret(Zabrina Abu Bakar, 2007, pp. 15-16), [she shared a short story];
"Scene 1: I walk down a street, and there's a deep hole in the sidewalk. I fall in. It takes forever to get out. It's not my fault.
Scene 2: I walk down the same street. I fall in the hole again. It still takes a long time to get out. It's my fault.
Scene 3: I walk down the same street. I fall in the hole again. It's becoming a habit. It is definitely my fault. I get out immediately.
Scene 4: I walk the same street and see the deep hole in the sidewalk. I walk around it.
Scene 5: I walk down a different road."
Well Pak Zabs, as you write down all this things, you actually opened me a shortcut to immediately jump to scene 5.
Thanks for sharing. Happy New Year.
Best wishes.

Fauziah Ismail said...

Salam Pak Zabs
This beats from making resolutions that we can never keep, eh?
Happy New Year and a Blessed 2008 to you and family.

ZABS said...

Alan: Kalau dah mula berhenti, anda tak rugi apa, malahan untuk pula. Tak perlu tengah2 malam pergi ke kedai, nak beli rokok.

DrBubbles: Seperti niat asal Jaflam, untuk mengingatkan diri edan. Disamping itu, jika ada orang lain juga dapat manfaat darinya, adalah satu bonus.

May: Sama untuk anda juga didoakan.

ZABS said...

Akmal: Banyak yang dapat kita pelajari dari "University of Hard Knock" ini. Sometimes, it is an expensive way to learn, but it can save from a second more expensive blunders.
Glad you find some pf what I wrote, useful.
Best Wishes to you too and a Happy New Year.

ZABS said...

Fauziah: I think Jaflam started something good here, and I don't mind doing it too.
The lessons from me might not be the best there is, but the tag will continue and gems of a lesson will soon find its way into the blog. And I am sure it will come your way too.
Selamat Tahun Baru semoga Tahun 2008 akan lebih bahagia untuk anda.

jaflam said...

Zabs, good reminder on the needs for Agreement, how simple it may be. It’s difficult to judge sincerity nowadays especially with money and it’s more painful when they happen to be your buddy. Many thanks for keeping the learning ball rolling ... Bloggers Learning Institute.

ZABS said...

Jaflam: That is the least that I can do and hope that Zawi and the rest will also keep it going. And may be you could keep track of it by having it all referred to, from one blog posting. Salam.

FiSHY@iKe said...

Salam, pak zabs, muiz aka fishy@ike here, I'm a friend of akmal, heard many great things about you from him. I read your takeaways just now (need to polish my memories as I had clearly being tagged by akmal) to search for ideas for my takeaways. Your "buat yang terbaik" was very close to my heart. As long as I remember, I've been doing it all the time but honestly, sometimes, the things that we wanted doesn't always be the thing that we get. If not, everybody would be millionaires rite? Kita merancang, Allah juga merancang, tetapi rancangan Yang Maha Esa itu lebih hebat perancanganNYa. Agree? Thank you for sharing your takeaways Pak Zabs, I think I got my piece to write rite now. Take care pak zabs, salam...