Wednesday, November 21, 2007

Sendiri

Sejak saya memulakan perniagaan di kawasan ini sejak 7 tahun lalu, Apek (gambar di bawah) ini telah pun berada di sini. Namun saya tidak pernah bercakap atau menegurnya. Saya cuma memerhatikannya dari jauh sahaja dan sesekali dari dekat apabila secara tak langsung dia berjalan melintasi saya pada jarak dekat.

Telah beberapa kali saya cuba untuk mengambil gambarnya sedang tidor, tetapi tidak berhasil. Peluang itu muncul, apabila saya sampai sedikit awal di kawasan pejabat pada suatu pagi dan terlihat beliau masih tidor dan sempat mengambil gambar di atas.

Walaupun sudah tentunya sejuk tidor di atas simen itu, tambahan pula hujan pada malamnya, Apek ini nampaknya tidor dengan selesa walaupun tanpa bantal dan tilam yang empuk.

Walaubagaimana pun, beberapa minit kemudian Apek terjaga, mungkin ada semut yang datang menggigit, memberi isyarat hari sudah siang. Apek kemudiannya bangun dan berjalan menuju ke sebuah restoran yang berhampiran.

Apek kelihatan sedikit hampa agaknya, kerana restoren itu belum bersedia untuk menyumbang makanan paginya, kerana masih awal. Namun dia tidak putus harapan kerana ada beberapa buah lagi restoren di persekitaran itu. Apek akan meneruskan usahanya untuk mendapatkan rezeki, seperti mana yang telah dilakukannya selama ini dan akan terus melakukannya selagi masih bernyawa.

Ini pula gambar yang saya ambil semasa ke pasar tani di Taman Setiawangsa. Dia (sebelah kakinya kudung) bukan warga negara kita, tetapi menjadi penghuni tetap setiap Sabtu, di laluan orang ramai membeli-belah di Pasar Tani ini, meminta belas ikhsan.

Anda juga mungkin banyak berjumpa dengan insan-insan yang kurang bernasib baik seperti ini, di tempat-tempat anda. Kebanyaknya tidak terurus dan merayau-rayau tanpa diambil peduli. Mungkin tidak ada yang berlaku sekarang maka tidak adalah tindakan diambil untuk menjaga atau merawat mereka sewajarnya.

Kita tidak mahu apabila insan-insan ini, jika sudah terlalu tertekan, bertukar menjadi liar atau ganas, barulah ada pihak yang menyalahkan antara satu dengan yang lain. Barulah ada tindakan yang akan diambil, dan sudah tentulah ianya agak terlambat.

25 comments:

jaflam said...

Zabs, selalunya begitulah di negara kita ini, bertindak awal kurang, timbang rasa kurang dan menjaga maruah orang pun makin berkurangan.

i.e kemiskinan di pandang sebelah mata, pantang memberi laluan di jalan raya dan PENYAPU menjadi hadiah.

alan zed said...

harap ada org dari kebajikan masyarakat baca blog nie...

Mak Su said...

nanti dorang fikir cukup tempat ker idak?

tokasid said...

Salam Pak zabs:

bila melihat insan-insan begini terutamanya yang telah berumur, rasa sayu di hati. kadangkala ada yg bentuk badan seperti Allahyarham bapak, dan bila lihat akan tergenang airmata di kelopak tanpa di sedari.

Kadangkala terfikir, bagaimana insan2 ini boleh jadi sampai begini? Apa tekanan yg mereka hadapi dahulu? Adakah kegagalan cinta atau rumahtangga atau perniagaan yang merudum? Jika berkeluarga, di mana ahli keluarga atau anak-anak?Bermacam persoalanan timbul di fikiran.

Cuma, bila melihat mereka, saya berdoa agar saya tidak ALLAH biarkan begitu, ke hulu ke hilir tanpa kewarasan.

Zabs said...

Jaflam: Semoga Allah tidak biarkan kita menjadi begitu. Untuk kita menjadi bertimbang rasa, kita perlu letakkan diri kita pada situasi orang tersebut: mahukah kita terima penyapu sebagai hadiah? mahukah kita diberi laluan? mahukah kita tidor dikaki2 lima? Jika kita mahu yang terbaik, begitulah juga orang lain.

Zabs said...

alan: Harap2 begitulah...

mak su: Belanja ratusan juta untuk perkra yang tak berfaebah boleh, jadi bolehlah juga bina rumah kebajikan tambhan demi kebaikan rakyat pula.

Zabs said...

Dr. TA: Ya, apabila umur telah meningkat ini, cepat rasa sensitif.
Saya teringat dahulu semasa bekerja di JB, ada seorang yang kurang waras yang selalu merayau di pantai Lido dan jalan-jalan sekitarnya. Satu hari saya mendapat tahu beliau telah dilanggar kereta dan mati di tempat kejadian. Hendak dijadikan cerita, pemandu itu adalah kawan saya, yang selalu melalui kawasan tersebut. Beliau dibicarakan atas kesalahan tersebut, tetapi dilepaskan kerana, mangsa dikenal pasti sebagai tidak siuman dan dikatakan merayau-rayau di atas jalan raya semasa dilanggar.
Semoga kita diberi Allah kebaikan di dunia dan di Akhirat, dan dijauhkan dari api neraka. Ameen.

acciaccatura said...

salam pak zabs,
a'a kan pak zabs, orang jarang nak bincang pasal what makes a killer kan?

myfisol said...

bila difikirkan secara mendalam, it do ring a bell to something..

keadaan negara dan persekitaran penghidupan kita sekarang.ini menunjukkan yang sebahagian daripada kita mungkin tidak dapat mengejar pembangunan yang terlalu cepat, kebendaan, so ketinggalan dan seterusnya memberikan tekanan kepada penghidupan mereka.

pB said...

Salam Abe Jenal

kdg kdg terfikir, adakah mereka ni tak ada ahli keluarga ..
Dan kenapalah ahli keluarga mereka ni sanggup buat begitu ...

Dulu dulu , masa pB dok KB , ada satu makcik ni (kurang siuman) yang dok merayau rayau kawasan bandar KB nie.

Yang tak syok tu , ada jantan jantan yang tak der akal ni , boleh 'menghamilkan' makcik nie ...

Kesian tul ....

Sekarang ,pB sendiri tak tahu , sama ada makcik tu masih hidup atau sudah meninggal dunia

Mak Su said...

Uncle zabs - tempat pelarian saya yang ke2 adalah di jamilahyangayu ler.

cakapaje said...

Salam Pak Zabs,

Masalah kebajikan ini sepatutnya diberi perhatian penuh oleh pemerintah, samada negeri atau persekutuan. Namun, ianya tidak dipedulikan sehingga - seperti Pak Zabs nyatakan - terlewat.

Malah, di hospital hospital kerajaan pun terdapat ramai yang tidak mendapat perhatian dalam perkara kebajikan ini.

Terdapat satu kes dahulu di mana seorang ibu miskin dari Sabah terpaksa tidur dilantai untuk menemani anak kecilnya yang menjalani perubatan chemotherapy.
Apabila anak itu segar dan diletakkan bahagian pesakit luar, kemanakah mereka dapat berteduh?

Banyak lagi perkara kebajikan yang diabaikan dan menghayatkan hati...Namun, terima kasih Pak Zabs kerana mengingatkan saya terhadap perkara ini. Semoga bersama, Allah redhokan kita untuk membantu mereka.

ontahsapo said...

salamsss....

Zabs said...

Accia: Mereka akan bincang perkara yang ada keuntungan bagi mereka. WPI, NCER, ECER dan RM billion2 lagi, yang boleh kasi penuh kocek depa. Orang tak siuman dan peminta sedekah ni boleh dapat apa bagi mereka?

Zabs said...

Myfisol: Yang ketinggalan tanggungjawab pemerintah untuk menyamakan. Khalifah Umar mengangkat sendiri gandum untuk diberi kepada satu keluarga miskin, kerana takut tidak mampu nak jawab di hadapaan Allah nanti.

zino said...

kalau zabs bersembahyang jumaat di Masjid Jamek sana tu ramai akan kita jumpa insan insan seperti ini..

siapa kah mereka
dari mana mereka datang
ada ke tempat mereka tinggal
siapa yg menguruskan mereka..
macam2 soalan yg timbul bila melihat mereka menadah tangan..

Zabs said...

pB: "Jantan" yang buat tu lebih tak siuman dari perempuan tu. Betul seperti kata orang, di dalam dunia haiwan takda manusia, tapi didalam dunia manusia, banyak yang macam hawian, malah lebih teruk lagi.

Zabs said...

Mak Su: Dah jengok sekejap tempat pelarian kedua tu. Akan jengok nanti bila lalu kawasan itiu. Jamilah yang ayu tentu suka orang jengok dia selalukan?

Zabs said...

CA: Bersetuju dengan komen tuan itu. Saya cuma mampu bersimpati. Berat mata kita memandang, berat lagi diri mereka yang menanggung kesusahan itu. Semoga akan ada pihak yang mengambil tindakan untuk kebaikkan mereka-mereka ini. InsyaAllah.

Zabs said...

OS: Selamat Sejahtera Selalu.

Zino: Betul tu, di mana-mana Mesjid pun ada mereka-mereka ini. Kekadang tu terfikir juga macam ada satu sendiket pulak, yang menguruskan mereka.

13may said...

Salam PakZabs,
Bila tengok Apek tuh, teringat kat sorang homeless guy yang selalu datang join minum bersama saya dan kawan2 di kedai makanan kawan saya...
actually, kami yg selalu panggil dia dok minum bersama kami...kesian tengok dia...
tapi yang kami suka ngan dia...dia rajin dan tak kacau orang...selalu gak tolong kutip kutip sampah kat kedai kawan saya tuh...susun susun kerusi sikit..dapat upah makanan ngan rokok sikit, pastu pegi merayau :D

Zabs said...

May: Kalau rajin cakap dengan dia mungkin dia boleh cerita macamana dia boleh jadi begitu. Apek itu pun bagus juga. Kadang2 dia cabut rumput yang ada tumbuh atas pavement kawasan pejabat tu.

ruby ahmad said...

Hi Zabs,

Of course it is well and good if any individual could help but individuals would be apprehensive for fear of safety understandably.

It is definitely within the jurisdiction of Kebajikan Masyarakat to handle such cases but as I write I am so not convinced they would do an effective job! So sad really.

Fauziah Ismail said...

Salam Pak Zabs
Whenever my seven year old nephew sees physically challenged people in public places, he will look at me with tears welling up in his eyes.
That would be the sign for me to rummage my handbag or pocket to find loose change for him to give to them.
I think he gets this immense satisfaction after dropping the coins into the containers belonging to these people.
He doesn't care about the race, religion or nationality of the beggars.
His mind is still too small to be thinking of the politics of helping these people unlike the adults who consider their own stature in society to be more important that the lives of these people who live on the streets.

waterlily said...

Salam Pak Zabs,
Fenomena ini ada di mana-mana termasuk tempat saya - Bandar Baru Bangi apabila adanya pasar malam dan pasar tani. Kebanyakkannya adalah OKU. Kerajaan dengan megahnya mendirikan pusat latihan untuk OKU di bandar tersebut. Selepas 1 @ 2 tahun latihan diberi, saya tidak pasti apakah pihak berkenaan membuat survey apakah yang terjadi kepada bekas-bekas pelatih. Tapi dari infomasi tak resmi yang saya terima dari rakan-rakan,mereka balik kg dan masih jua ditakuk lama. Di manakah tindakan susulan?