Thursday, November 22, 2007

Qurban 2

Saya pernah menulis tentang qurban di-sini. Seperti yang saya telah berniat, saya telah mengisikan borang di laman web yang saya maksudkan itu, dan membuat bayaran untuk berqurban satu bahagian lembu yang saya mampu (RM205).

Lebih kurang 2 minggu selepas itu, saya menerima satu bungkusan dari pengendali acara qurban di Kemboja ini. Dan mendapati mereka telah menghadiahkan empat buah buku untuk baca'an saya dan anak-anak, seperti gambar di bawah.

Dari harga yang tertulis dibelakang buku-buku tersebut, kesemuanya berjumlah lebih RM60. Saya terfikir juga, bahawa tentulah mereka tidak mengambil untung dalam acara qurban ini. Kalau ada pun tentulah sedikit sangat, mungkin untuk belanja pengurusan sahaja. Dan tertanya-tanya juga, tentulah murah harga lembu di sana. Wallahua'lam.

16 comments:

DeeN said...

Kat dunia lagi dah nampak kebaikan daripada perbuatan kita kan, kan.

Salam!

Azlan Zed said...

novel grafik aie tue cam best jer. dia tease dgn 2 tajuk awal, lagi 3 kena beli. huhu.

Mak Su said...

orang memberi kita merasa ya.. sama sama merasa

Qaseh Bidadari said...

al-hamdulilah..moga rezki uncle makin murah pasni...

blackpurple @ jowopinter said...

Salam tuan,

Alhamdulillah.

Keempat-empat buku itu bagus. Terutama dua yang terkiri itu. Kebetulan memiliki buku2 itu dan sering bertandang juga ke blog penulis2 itu. :)

Mazza Homemade Cookies said...

qurban adalah bekalan akhirat..

buku2 adalah panduan menuju akhirat..

kuchalana said...

salam uncle...

1/10 dari hasil kita adalah hak hasnab yg sepatutnya... smoga dimurahkan rejki...

ole

Mat Salo said...

Good of you to remind Pak Zabs, saya sendiri pernah deal ngan Kemboja bila 'berkorban'.. Which reminds me... thanks.

KAMATO said...

Setiap yang kebaikan yang diterima hasil pembacaan buku itu, penulis itu juga akan dapat sahamnya

13may said...

Syukur :)

zino said...

semuga qurban mendapat berkat..

ZABS said...

Kepada semua pengunjung,
Maaf kerana tidak dapat menjawab komen anda semua. Beraada di Jay Bee dan Singapura untuk urusan keluarga. Akan menjawab komen bila secepat mungkin. TK.

Unknown said...

zabs...:) semoga segala urusan di JayBee dan spore dapat di sempurnakan...

have a safe journey back.

idham

NBK466 said...

Semoga ibadah qurban ini mendapat berkat..eh cam sama lak dgn komen Zino..maklum ler org sekampung..he.he.he..

Unknown said...

Dear Zabs,

This is an open channel and I would want to mind what I say..but anyway here's a little thought that has always been playing in my mind whenever I see cows being slaughtered and the meat being distributed...You see you are so kind and generous to make effort to donate.

To me, the way I see it, yes, the act of Qurban symbolises what one would sacrifice in the name of one's love for God. But it does not need just to be a slaughter per se now..well, I would think (I stand corrected...). It is just that I think people in need are better off given hard cash than given in kind. We could think of collecting cash equivalent to cows or goats and simply pass on the money to the needy. What do you think Zabs? Do I make sense?

I just know people in need always welcome hard cash for they know what they needed exactly!! Just my thoughts (please as I said, I stand corrected).

In any case, the distribution at the suraus..hmm..people who are not really in need tend to get quite an amount. Sigh!

ZABS said...

Ruby,
Terima kasih atas pandangan anda itu. Sebelum saya beri komen saya, disertakan di sini sedikit huraian tentang ibadah Qurban yang saya perolehi dari lawan web tertentu untuk renungan kita bersama.

“Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahr atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.

HUKUM MELAKUKAN IBADAH QURBAN

• Imam Syafie berpendapat hukum melakukan ibadah qurban ini adalah sunat Muakkadah iaitu sunah yang amat digalakkan atau dituntut ke atas setiap individu Muslim yang merdeka, berakal, baligh lagi rasyid serta berkemampuan melakukannya sama ada sedang mengerjakan haji ataupun tidak sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
• Makruh meninggalkan ibadah ini bagi orang yang mampu melakukannya.
• Hukum qurban ini menjadikan wajib jika seseorang itu telah bernazar untuk melakukannnya atau telah membuat penentuan (at-ta'yin) untuk melaksanakannya seperti seseorang berkata "lembu ini aku jadikan qurban". Jika tidak dilakukan dalam keadaan ini maka hukumnya adalah haram.
• Daging qurban wajib tidak dibenarkan untuk dimakan oleh yang empunya qurban dan tanggungannya.”

Saya rasa pandangan Ruby itu adalah relevan jika kita lihat di kebanyakan situasi majlis qurban yang dilakukan di Malaysia sekarang. Kebanyakan daging qurban tersebut diagih-agihkan kepada sesama penduduk setempat sahaja, yang kadangkala tidak memerlukan kepada daging tersebut. Ini tentunya sudah lari dari tujuan asal qurban tersebut.

Jika saya seorang yang tidak mampu untuk membeli beras, tentu saya lebih perlukan wang dari daging untuk di makan.

Tetapi jika saya ada wang pula, tentulah saya hendak berqurban, bersedekah, bayar zakat, mengerjakan Umrah dan lain-lain amalan sunat pula. Tidak hanya bersedekah sahaja. Kerana ganjaran yang berlainan yang diperolehi dari amalan tersebut tentunya berbeza dan kepuasan melakukankannya juga berbeza.

Maka itu jugalah di dalam Islam ada satu perkara yang dipanggil Feqah Keutamaan. Yaitu memberi keutamaan kepada perkara yang lebih memberi kebaikan kepada umum didulukan dari hanya untuk diri sendiri. Memberi keutamaan kepada yang memberi kebaikan yang lebih besar dari hanya yang sedikit manfaatnya dan yang memberi kebaikan jangka panjang dari hanya sekejap sahaja.

Mithalannya, jika kita sudah mengerjakn Umrah sekali, dan telah mengumpulkan cukup wang untuk pergi sekali lagi, tetapi ada saudara kita yang kurang berada memerlukan wang untuk menghantar anak belajar ke Universiti, meminta bantuan kita, maka mendermakan wang itu kepada saudara tersebut adalah lebih perlu diutamakan.

Satu contoh lagi: Jika tetamu datang bertamu ke rumah, dan apabila tiba waktu solat, kita melayan tetamu di rumah adalah lebih utama dari pergi berjemaah di surau.

Oleh itu dalam hal ini, jika segala derma dan zakat yang telah dikumpul masih tidak mencukupi untuk diagih2 kan kapada fakir miskin, maka pada pandangan saya yang cetek ilmu ini, pihak Jabatan Agama, setiap negeri patut mengalakkan mereka-mereka yang ingin berqurban agar mendermakan wang tersebut untuk fakir miskin. Tetapi yang muskhilnya masih terdapat banyak wang terkumpul di Baitul Mal yang tidak diguna untuk tujuan tersebut. Wallahu’lam.