Monday, November 19, 2007

Kepala Ikan

Orang tua-tua selalu mengingatkan supaya jangan selalu makan kepala ikan, kerana takut cepat jadi pelupa. Tetapi biasanya amaran ini tidak diendahkan oleh anak-anak. Tetapi kini apabila sering menjadi pelupa, saya mula terfikir akan kebenaran kata orang tua-tua itu. Dan hadis juga ada mengatakan jangan banyak makan kepala ikan, nanti jadi pelupa sebab dalam kepala ikan ada acid yang boleh rosakkan neuron-neuron dalam otak kita (Wallahua'lam).


Apa yang ingin saya cerita di sini bukan tentang kepelupaan saya tetapi kenangan menarik tentang kepala ikan ini semasa berada di NZ suatu masa dahulu.

Saya bertugas di NZ (rancangan petukaran pegawai TLDM dan RNZN) dari awal tahun 1982 hingga pertengahan 1984. Pada awal masa tinggal di sana kami banyak makan ikan kerana belum bertemu dengan pelajar2 dari Malaysia yang ada belajar di sana untuk bertanya tempat untuk membeli ayam dan daging halal.

Terdapat sebuah kedai menjual ikan yang selalu kami kunjungi di Auckland untuk membeli ikan setiap minggu. Setiap kali membeli ikan kami akan meminta untuk membeli kepala ikan yang nampak macam akan dibuang oleh penjual tersebut. Apabila ditanya apa yang kami hendak buat dengan kepala ikan itu, kami selalunya memberitahu untuk diberi makan kepada kucing yang kami bela.

Penjual itu mungkin berasa sangsi juga, tetapi tetap memberi kami kepala ikan tersebut secara percuma, kerana mereka pun tidak memerlukannya. Hinggalah pada suatu hari, apabila kami meminta untuk membeli kepala ikan darinya, penjual tersebut telah menimbangnya dan meletakkan harga untuk kepala ikan itu. Mulai dari hari itu, kami terpaksalah membelinya, apabila berhajat untuk makan kari kepala ikan.

Akhirnya kami mendapat tahu bahawa, ada di antara pelajar Malaysia, yang telah bercerita dengan penjual tersebut, akan keenakan kari kepala ikan, semasa meminta untuk membelinya dari penjual tersebut. Benarlah seperti kata orang tua-tua, mulut tempayan boleh ditutup, tetapi mulut manusia, amat sukar untuk ditutup. Tetapi ada juga baiknya, kerana selepas itu kami tidak perlu lagi berbohong untuk membelia kepala ikan dari kedai tersebut.

24 comments:

NBK466 said...

Laaa...kita jerk ker yg memakan kepala2 ikan dlm dunia nie???

Zabs said...

nbk: Tidak lagilah agaknya, di NZ tu. Mungkin mereka dah cuba maak kari kepala ikan,selepas diberitahu keenakannya oleh student-student tu.

ruby ahmad said...

Hello Zabs,

I ketawa bila I baca this entry of yours! The same happened to me when I was studying in Nottingham UK, dulu. I used to go to the wet market with my hubby and yes we got the fish heads free too. Memang mat salleh heran kita nak makan that part of the fish!! Later, we found out from our juniors they had to buy the fish heads. Well when there's demand for anything, there's a special price for anything then!!

Thanks for the constructive suggestion for the photos. I never tried to do it. Thought it was difficult. But I played around and managed. Tq.

Zabs said...

Ruby: The same thing happen again, when we were in Wales (1996), tapi bila semua students minta kepala ikan untuk beri makan kucing, the fishmonger became suspicious, dan mula jual kepala ikan tu.

acciaccatura said...

salam pak zabs,
oh! favourite saya ni. padanlah saya asik lupa tu, lupa ni. but,i heard the opposite tentang kepala ikan bilis.

mama ranggie said...

salam ziarah uncle,
sedap tau kari kepala ikan ni...

Zabs said...

Accia: Keenakannya mengatasi segalanya, walaupun ada kemungkinan mengundang kepelupaan. Kepala ikan bilis mungkin boleh jadi penawar, jika benar apa yang didengar. Wallahua'lam.

Zabs said...

Mama R: Terima kasih kerana sudi ziarah. Kerana sudah terlalu banyak makan kari kepala ikan, hingga lupa rasa enaknya. Kari kepala ikan Puan Zabs terbaik yang saya rasa.

myfisol said...

emmm! I baru plan to further my study in NZ..the problem is, I suka jugak kari kepala ikan ni...now, it seems that I've to find a new country whereby orang tak makan kepala ikan.

Any suggestion Pak Zabs?

Zabs said...

myfisol: Terima kasih kerana menjengok saya di sini.
From my experience there (tapi lama dululah), it is a very nice country to stay and study.
Anak saya pun sekarang ada di tahun 2 di Unversity of Canterbury, Christchuch. Dia pun enjoy belajar di sana.
If you like driving, NZ is also a good country to drive round. Saya dulu pernah memandu dari North Island ke South Island (naik feri in between the two islands, dan bermalam di motel2) selama 2 minggu. The experienc is priceless. Tenatng kari kepala ikan tu, kecik punya hal je. Salam.

klikcrazy said...

hehee.....memang betul tu zabs...di UK dan dan d dubai ni pun sama...orang tempatan tak makan kepala ikan...
so selonggok kepala ikan di dubai boleh di beli dgn harga sama dgn rm10 jer....itupun mat bangla dan mat kerala yang jual...depa simpan dari ikan2 yg d beli oleh orang tempatan atau mat saleh di sini.

but the sellers...they are fast learners!!

idham

blackpurple @ jowopinter said...

Ingatkan NZ restoran mamak di Wangsamaju tu... :D

Walaupun memang dah tahu dan dah diberitahu, tak elok makan kepala ikan, sesekali bila ternampak kari kepala ikan di restoran mamak, memang tak boleh lepas punya! :D

alan zed said...

kari kepala ikan = terbaik. tapi skang bagi kepala ikan kpd kucing2 yg kelaparan. hehe.

Zabs said...

Idham: Mereka mungkin dapat percuma kepala ikan tu, dan buat duit dengan "fish head eater" dari Malaysia.

BP: Sesekali ada juga pergi NZ tu, tapi anak2 saya yang selalu makan-makan kat sana agaknya.

alan: Kucing makan yang kecik2 la. Yang besar2 tu mamak masih buat kari lagi, sebab masih ramai peminat.

Kak Lady said...

Hahahaha...tergelak kak lady membaca entry ni...baik2 dpt kepala ikan percuma dah kene beli kan...betul lah bebudak tu...tak tau simpan rahsia...

Tapi kari kepala ikan kalau kene cara masaknya memans sedap...kak lady memang suka makan kepala ikan (especially matanya)...tapi betul agaknya teguran orang tua2 dulu...jgn makan kepala ikan nanti cepat lupa...memang kak lady skrg mudah lupa...

Mak Su said...

alamak.. terbongkar rahsia ek.. tapi ada hikmahnyer. Uncle Zabs sudikanlah lawat, http://jamilahyangayu.blogspot.com/

Zabs said...

Kak Lady: Kalau dah mula lupa2 tu tandanya banyak benda lain yang difikirkan.

Mak Su: Kantoilah tu. Kenapa Jamilah Yang Ayu ye?

tokasid said...

Salam pak zabs:

Kari kepala ikan atau kepala ikan masak asam pedas melaka atau buat sup kepala ikan saja...memang enak.

Di Melaka ni ada satu kedai di Bukit Katil(near JPJ,depan sekolah SK Demang Husin) ada satu restoran jual kari kepala ikan( tapi ada rasa sour sikit).Itu yg specialnya sebab ada sour sikit. Kalau ke Melaka boleh cuba kari kepala ikan situ. Banyak kereta2 besar dan mewah berplate Lembah Klang di situ setiap hari(Ahad tutup). Dan tapai di situ cukup sedap as dessert.

Zabs said...

Dr. TA: Terima kasih atas tips itu. InsyaAllah kalau ada rezeki akan cari restoren itu. Klinik Dr. ada dekat situ ke?

tokasid said...

Pak zabs:

Klinik saya di Durian Tunggal.Kedai tu dekat rumah saya. kalau nak turun Melaka ,bagitau saya dulu ye.

pB said...

Salam Abe Jenal


kari kepala ikan memang superb.
kena pulak kepala ikan tenggiri.

tapi , kalau kami , kepala ikan tongkol pun sedap jugak. Masak lemak ....

Ada pulak , ulam timun batang.

Fuyooor ...

Zanulabdin said...
This comment has been removed by the author.
zabs said...

Doc: Ada kerja di Petronas Sg. Udang. Tapi belum turun tengok lagi. Mungkin minggu depan. Hujung minggu nak ke Singapura ada saudara kahwinkan anaknya. InsyAllah akan beritahu jika ke Melaka nanti.

zabs said...

pB: Nnasib baik tak puasa hari ini, kalau tidak sudah tentu akan turun ke restoren depan opis, kerana ada masakan ala Kelate di situ. Anda buat saya kecur air liur je.