Monday, November 05, 2007

Dana

Pada 4hb malam, sekolah anak saya yang bongsu, telah mengadakan malam gala di sebuah hotel terkemuka di Ibu Kota, bagi mengutip dana bagi membiayai pembinaan tembok di sekeliling sekolah yang sudah agak uzur.

Untuk tujuan itu, ibu bapa dipelawa untuk membeli meja untuk sepuluh orang, yang berharga dari RM1,000 hingga RM5,000 semeja. Bagi yang tidak mahu membeli meja boleh juga membeli kerusi yang berharga dari RM100 hingga RM500 sebuah.

Bagi menyerikan majlis pada malam itu, diadakan persembahan oleh murid-murid sekolah tersebut. Mereka telah mula berlatih untuk persembahan tersebut sejak dua minggu sebelumnya, dan anak saya juga terlibat sama.

Saya bukanlah hendak mempertikaikan tentang penglibatan anak saya dalam persembahan tersebut, malah kami mengalakkan. Kami juga membeli tiga kerusi untuk anak saya beserta kakak dan abangnya turut serta pada malam tersebut.

Tetapi apa yang saya kurang bersetuju ialah, seharusnya, murid yang mengambil bahagian diberi sedikit penghargaan (tentu Sarena yang menjadi pengacara pada malam tersebut mendapat bayarannya) dengan diberi tempat untuk duduk bersama2 menyaksikan persembahan tersebut. Sebaliknya untuk menyaksikan persembahan, mereka harus membeli kerusi untuk duduk di dalam dewan.

Bagi ibu bapa yang prihatin, mereka akan membelikan kerusi untuk anak2 mereka. Tetapi ada juga ibu bapa yang enggan membelikan kerusi untuk anak-anak mereka kerana mereka beranggapan yang anak2 ini telah menyumbang tenaga untuk menjayakan malam tersebut. Takkanlah terpaksa membeli meja atau kerusi pula, baru anak mereka boleh duduk untuk menikmati makanan dan menyaksikan persembahan dari kawan-kawan mereka itu.

Bayangkanlah anak2 ini telah diminta datang, sejak jam 2.30 petang unuk "rehearsal" dan hanya balik ke rumah pada jam 11.45 malam satelah selesai persembahan. Dan tentu tanpa kerusi mereka terpaksa duduk di belakang pentas sepanjang masa tersebut. Dan keesokan harinya terpaksa ke sekolah pula kerana sekolah belum bercuti lagi.

15 comments:

Mak Su said...

kurang akal

cakapaje said...

Salam Pak Zabs,

Saya bersetuju dengan ungkapan mak su. Malangnya, kekurangan akal ini - mengikut perhatian saya - tersekat atau disekat sampai tahap itu sahaja. Maksud saya, guru guru yang mengambil bahagian yang menjadi 'pengarah' malam sebegitu mendapat pujian dan 'habuan' mereka.

Saya menyatakan ini dari pengalaman sendiri sewaktu bersekolah dahulu.

blackpurple @ jowopinter said...

Salam tuan zabs,

Tak tau nak kata apa dah, kalau pihak sekolah yang buat macam itu. Institusi pendidikan tu!

Sedikit sebanyak ada unsur-unsur eksploitasi dan diskriminasi juga tu namanya.

pB said...

Salam Abe Jenal

wow ....
mungkin itu yang terbaik yang telah pihak sekolah fikirkan ...

setelah dikerah tenaga anak anak kecil, mereka dibiarkan begitu aja ...

susah ...

Azlan Zed said...

kesian pija. hehe.

zabs said...

Mak Su: Akal ada, tapi kurang cerdik agaknya.

cakapaje: Kalau sudah ada pengalaman, saya akur dengan pendapat tuan itu.

bp: Walaupun ibu bapa harus menyokong usaha sekolah ini, tetapi kebajikan murid-murid perlu dititik beratkan juga.

pB: Makanan ada disediakan, tetapi mereka tidak dapat merasakan duduk bersama di dalam dewan. Itu yang saya kesalkan. Tentu mereka rasa tersisih dari kawan2 lain yang telah diberi kerusi.

alan: Ayahanda termasuk dalam golongan yang prihatin. Siap ada dua pengiring untuk Pija sekali.

13may said...

ish ishh ishhh...saya tatau nak komen apa...

tokasid said...

Salam pak zabs:

Memang kurang cerdik tindakkan tersebut. Saya tahu sekolah dan PIBG nak cari sumber kewangan, tapi apabila anak-anak kecik di perlakukan sebegini, saya rasa ini satu eksploitasi darjah pertama oleh PIBG/Sekolah.
Kanak-kanak yg mengambil bahagian tidak perlu membeli kerusi.

Saya rasa jika tahun depan sekolah hendak cari duit lagi, dan mahukan anak-anak yg ambil bahagian beli kerusi jugak...elok ibubapa minta sekolah dan PIBG membayar kepada anak2 ini sebagai imbuhan penat lelah mereka.

Jika anak2 sekolah rendah kita dedahkan begini, bayangkan apa yg anak2 ini pelajari? samada bila besar dia akn berfikir seperti kita: Eh! Ini tak patut. atau dia mungkin membesar dan berfikir: Its okay to exploit others. My teachers did it to me before.

Tapi sebab PIBG dan sekolah kurang cerdik ketika hendak cari duit...kita mungkin melahirkan tukang eksploitasi di masa akan datang.

ZABS said...

May: Takpa kalau tak boleh komen, kerana itulah realitinya.

Doc TA: Harap mereka (murid2 tu) tak jadi begitu (pengekploitasi). Mengikut anak saya, kawan-kawan yang tidak ada kerusi tu, diberi makan burger pada malam itu, setelah pada petangnya dijamu meehoon goreng.
Yang ada kerusi pun pada mulanya tidak dibenar masuk ke dewan sebelum habis buat persembahan. Tetapi selepas mereka menemui wakil PIBG, baru dibenar duduk makan bersama.
Terdapat juga beberapa meja yang kosong, kerana ada ibu bapa yang beli meja tetapi tak datang. Meja2 ini dibiarkan kosong. Tidak gunakan budi bicara untuk bawa anak-anak yang dibelakang pentas untuk makan bersama.

zino said...

kena bentang dalam mesyuarat PIBG tu.. rasa macam ada yg tak berapa betul..

zabs said...

Zino: Ya akan difikirkan.

Fauziah Ismail said...

Salam Pak Zabs
Dulu, untuk kutip dana, takat buat walkaton je. Sekarang dah menjengah hotel terkemuka/lima bintang.
Times have indeed changed but is it for the better?

ZABS said...

Fauziah: Sekarang ni semua orang nak glamour. Orang yang susah pun tak segan masuk TV untuk promote diri susah, untuk dapat bantuan.
Macam untuk kutip derma untuk sekolah tu, murid2 diekploitasi. Dalam kes orang2 susah ni, TV pula ambil kesempatan untuk menjadi juara, demi populariti dan menaikkan rating mereka.

Mat Salo said...

Kurang asam.. dah lah anak2 itu penat lelah buat persembahan, tapi kalau anak yang orang tua nya tidak berkemampuan macamana?
Patutnya bawaklah budak2 tu masuk ke meja2 yang kosong tu, yang parents nya tak hadhir. Mana sifat keprihatinan cikgu bertugas ni?

ZABS said...

MS: Orang sekarang ramai yang kurang cerdik sikit agaknya. Budi bicara tak guna angsung, macam robot takda perasaan.