Tuesday, November 27, 2007

Betul ke?

Ramai orang suka dipuji, walaupun ia tak betul.

Misalannya: Kita dah tengok banyak kali dalam cermin muka dah nampak berkedut dan rambut pun dah banyak gugur, tetapi bila ada orang berkata kepada kita, "Wah nampak semakin mudalah sekarang." Kita senyum2 seperti mengiyakan kata-kata orang itu, walaupun pada hakikatnya ia sesuatu yang tidak betul.

Tak ramai orang suka dikeji, walaupun ia betul.

Misalannya: BMI (body mass index) kita dah naik menjadi 30 dan perut pun dah jadi boroi, dan ada pula orang berkata, "Perut dah jadi boroi nampak, asyik makan tidur je ke?". Kita menjadi marah dan tak mahu menegur orang itu lagi, walaupun ia adalah satu kenyataan.

Nota: Takpa kalau nampak tua dan BMI dah 30, jika hati baik tentu ramai orang suka.

23 comments:

Qaseh Bidadari said...

umo dah meningkat uncle,biasalah...

Mak Su said...

(nak memuji ni), sapa kata Uncle Zabs ni makan usia.. saya tengok encem lagi...

Unknown said...

Hello Zabs,

Ha ha! Saya sokong. Betul.

Saya pun suka dengar pujian saja..HA HA (Ketawa besar). Sabenar nys deep down we know the truth about ourself. Nevertheless dengar pujian tu jadi affirmation lah!

Berkenaan dengan keji mengeji, saya rasa kit atengok context dia! Ada comments yang constructive dan ada comments yang distructive. Orang yang sayang kita tu will do it with sensitivity. Orang yang tak sayang kita akan keji semata2 nak weaken our self image. So nowadays I will look hard WHO is talking to me! I will know niat dia baik ke tidak?

Berkenaan berat badan, sekarang ni tak payah orang cakap. Bila baju ketat, pergi lah jogging..ha ha!

Ada orang cakap Zabs makin tua dan berat badan meningkat? Saya agree with Mak Su. Orang itu dusta..ha ha!

Puteri Satu said...

1st time visit blog nih...bagus blog nih....untuk pengetahuan dan ilmu...maklumla bloggernya pun mungkin dah cukup berpengalamn dalam hidup kan...so leh panggil uncle ke nih...? salam kenal dari saya....

ZABS said...

Mama Ranngie: Kalau kita terima kenyataan dengan senang hati, tentu hati jadi tenang.

Makl Su: Saya tak makan USIA, tapi makan nasi dengan lauk je! Gambar boleh photoshopkan jadi encem...

ZABS said...

Ruby: Bohonglah saya kalau berkata tak suka dipuji, yang penting kita tahu siapa diri kita yang sebenarnya.
Sekali sekala dipuji, naiklah semangat sedikit, tak gitu Ruby?

Dalam keji mengeji ni, sebenarnya, jika kita takda perkara yang baik untuk diucapkan lebih baik berdiam diri sahaja.

BMI saya sudah 27.5, terlebih sedikit dari biasa (25), tapi berat sedikit tetapi belum obese. Selepas bersara dan terlibat biznes, kurang sedikit eksesais.

Takda lagi orang cakap gitu, tapi isteri adalah beri pandangan yang membina. Orang medikal lah katakan.

ZABS said...

Salam kenal PS,
Terima kasih kerana datang melawat. Harap ada manfaat dari pembacaan di sini.
Pengalaman sedikit untuk dikongsi, tapi masih belajar dari apa yang dibaca dan didengar, baik dari yang tua mahu pun yang muda.

blackpurple @ jowopinter said...

He he he.

Biasalah. Barangkali pujian boleh menyedapkan hati, walaupn pujian palsu. Jangan puji-pujian sampai merosakkan diri sudahlah. He he he!

Azlan Zed said...

puji kena ikhlas. bukan kerna ada niat tertentu. hehe.

tokasid said...

Salam pak zabs:

Suydah naluri dan fitrah insan suka pujian dan benci pada kejian atau hinaan.

tapi saya amat risau dengan pujian orang( walaupun taklah selalu dapat pujian lecuali dari pesakit yg di rawat).Saya tahu siapa diri saya dan saya amat risau dgn pujian kerana saya bimbang pujian -pujian akan membuat saya riak atau sombong atau megah diri yang walaupun tidak saya tunjukkan tetapi terasa ada ujub bila di puji. Saya lebih rela di keji atau di kutuk kerana itu merupakan satu pukulan yang bisa menyedarkan saya.

ZABS said...

BP: Anda telah merumuskannya dengan baik.

Alan: Anda juga begitu.

ZABS said...

Doc. TA: Bersetuju dengan pandangan tuan itu. Walau bagai manapun saya juga tidak suka dikeji atau dikutuk. Tetapi saya terbuka kepada kritikan yang membina. Kutukan biasanya datang dari orang yang hatinya tidak tenteram. Ia boleh mengundang permusuhan. Tetapi kritikan membina bertujuan memperbaiki kesalahan atau kesilapan yang telah kita lakukan. Itu membawa kebaikan.

13may said...

perut buncit tu tanda lalu makan...

kira bahagia ler tuh :D

Mazza Homemade Cookies said...

pujian pun kadang2 perlu..sebagai motivasi..tapi janglah sampai terlebih.

cakapaje said...

Salam Pak Zabs,

Saya turut bersetuju dengan Doc TA dan myfisol. Manusia ni, termasuklah diri saya, memang suka mendengar pujian dan bukan kejian. Mungkin bisikan syaiton bagi yang pertama, dan peringatan bagi yang kedua. Tapi ye lah, peringatan kepada kebenaranlah yang kita ditakutkan untuk mendengar oleh syaiton. Entah.

Unknown said...

Hello Zabs,

Saya ada attend satu seminar on intra-cultural differences. It seems it is not in the malay culture to praise one another. It is a western trait. That is why the westerners are such confident people we were told. They were encouraged since young as parents, teachers and nurturers praise the kids since young.

jaflam said...

Zabs, Segala puji buat yang Maha Esa dan sedikit puji buat kejadianNya yang sempurna. Kalau baik, molek dan senang dipandang & dengar kita puji kalau sebaliknya kita senyum ja la.

Pujian yan kena pada tempatnya memberi dorongan yang kuat untuk penerima terus maju diri.

zino said...

yg penting hati mau baik.. tak kisah berapa usia kita.. betul tak zabs..

KAMATO said...

Puji-pujian pada insan yang bernama manusia itu kalau tanpa ikhlas kadang2 boleh merosakkan insan itu

ZABS said...

Salam dan terima kasih pada semua pengunjung. Berada di Mersing untuk beberapa hari. Bukan nak mendulang emas, cuma ada sedikit kerja yang perlu dilakukan. Salam.

arsaili said...

salam uncle...uncle awet muda..kongsikan la rahsia...uhuhu..

zaitgha said...

mcm posting part mengeji tuh...kalau setakat perut dah boroi nampak...rasanyer boleh di terima dgn senyuman tapi yang last part kata makan tidur jer ker tuh, mmg nak kena la ha ha ha....

nampak you di blog Pak Zawi

ZABS said...

Zaitgha: Terima kasih atas kunjungan. Belum ada yang kata gitu. Memang betul, nak kenalah, kalau ada yang berani, kan? Hahhaha....