Thursday, October 04, 2007

Ramadhan Ke22

"Masjid di Shah Alam"

Assalammualaikum,

Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin dan amil-amil yang mengurusnya dan orang-orang mualaf yang dijinakkan hatinya dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
(Terjemahan Surah At-Taubah Ayat 60)

3 comments:

tokasid said...

Salam pak zabs:

Ayat atTaubah ini menerangkan dengan jelas golongan/asnaf yang layak menerima zakat.

Kita boleh sahaja terus memberi zakat kita kepada mereka atau melalui amil/agen zakat.

Zakat adalah fardhu jika kita telah memasuki sebagai yang mampu untuk berzakat.

Tetapi zakat fitrah adalah wajib ke atas semua Muslimin tidak kira kaya atau miskin.

...saya belum lagi berzakat fitrah.InsyaALLAH Sabtu ini.

ZABS said...

TA: Terima Kasih. Saya belum bayar lagi.
Tentang zakat pendapatan, apa pandangan tuan, tentang bayaran yang dibuat itu dapat pengecualian cuka pendapatan?.

tokasid said...

Zakat pendapatan telah dijelaskan dengan terang oleh Sheikh Yusuf Qaradawi.

Jika dulu-dulu yang dikenakan zakat adalah keatas hasil tanaman atau ternakan.

Bagi Sheikh Yusuf Qaradawi: orang yang menanam padi atau gandum atau tamar(atau apa-apa makanan ruji, pendapatan mereka mungkin setahun sekali atau 2 kali sahaja namun mereka mesti membayar zakat. Oleh itu, beliau berpendapat, orang yang pendapatan tidak menentu( penanam padi umpamanya) dikenakan zakat inikan pula orang yang mempunyai pendapatan tetap setiap bulan lagilah sepatutnya di zakatkan.

bagi saya, jika tujuan zakat adalah utk membersihkan pendapatan kita dan memberi hak kepada org yg boleh menerima zakat adalah lebih elok bagi kita membayar zakat pendapatan.

Tentang pengecualian cukai pendapatan bagi saya adalah kerana berzakat juga sebenarnya membayar cukai kepada Baitulmal, jadi memang wajar di tolak dari cukai pendapatan. tetapi harus di ingati, jangan pulak kita bayar zakat SEBAB nak dapat potongan cukai pendapatan, kerana jika begitu kita berzakat bukan lagi kerana perintah ALLAH.Niat kita sudah berubah, nanti bayaran kita itu tidak di anggap sebagai melakukan ibadah zakat.

Wallahu'alam.