Wednesday, October 03, 2007

Ramadhan Ke21

"Mentari di pagi 21 Ramadhan"

Assalammualaikum,

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:


Dari Nabi s.a.w., beliau bersabda: Perumpamaan orang yang berinfak dan orang yang bersedekah adalah seperti seorang lelaki yang mengenakan dua jubah atau dua baju besi mulai dadanya sampai ke atas. Apabila orang yang berinfak hendak berinfak, (dalam riwayat lain) Apabila orang yang bersedekah hendak bersedekah, maka baju itu menjadi longgar padanya. Dan kalau orang bakhil hendak berinfak, maka baju itu menjadi sesak dan terasa kecil, sehingga dapat menutupi jari-jarinya dan menghapus jejaknya. Lalu ia berkata: Kata Abu Hurairah ra.: Kemudian beliau bersabda: Orang yang bakhil ingin melonggarkan pakaiannya, tetapi tidak longgar.


Untuk kemudahan mereka-mereka yang hendak menderma mengunakan kad kredit, di sebuah Masjid ini, ada di sediakan dua mesin seperti ATM di ruang legarnya, untuk kegunaan khas untuk menderma (Ekspes eDerma).

Wallahua'lam.

7 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

Salam tuan zab,

Wah! Ada mesin untuk menderma. Bagus pendekatannya, menggunakan teknologi yang ada.

Semoga 10 malam yang terakhir ini lebih memberi keberkatan kepada kita.

Mak Su said...

tumpang lalu Uncle Zabs

tokasid said...

Salam pak zabs:

MasyaALLAH, besarnya Rahmat ALLAH Azza Wa Jalla.

Begitu banyak kelapangan dan keluasan rahmah dan berkat yang ALLAH limpahkan kepada yang suka bersedeqah dan infaq.

Dan kepada yang bakhil, kesempitan yang tidak mereka sangkana,Mereka sangka dengan sifat bakhil mereka akan bertambah harta kekayaan tetapi yang mereka perolehi adalah kekurangan baraqah dan rahmah. Hati menjadi gundah gulana dan masaalah yg tidak disangka sering bersilih ganti.

Zabs said...

BP: InsyaAllah.

Mak Su: Silakan.

TA: Semoga kita diberikan sifat pemurah dan tidak bakhil. Amiin.

alan zed said...

wah, masjid mana tue ?

zabs said...

Alan: Selama ini anda teraweh di surau je. Jengoklsah Masjid tu sesekali.

NBK466 said...

Canggihnyer masjid tuh!!!