Monday, October 01, 2007

Ramadhan Ke19

Assalammualaikum,

"Masjid Baru di Kem Wardieburn, KL"

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
Rasulullah s.a.w. bersabda: Setiap ruas tulang manusia wajib bersedekah setiap hari, di mana matahari terbit. Selanjutnya beliau bersabda: Berlaku adil antara dua orang adalah sedekah, membantu seseorang (yang kesulitan menaikkan barang) pada haiwan tunggangannya, lalu ia membantu menaikkannya ke atas punggung haiwan tunggangannya atau mengangkatkan barang-barangnya adalah sedekah. Rasulullah s.a.w. juga bersabda: Perkataan yang baik adalah sedekah, setiap langkah yang dikerahkan menuju salat adalah sedekah dan menyingkirkan duri dari jalan adalah sedekah


"Pesta membeli-belah bukan sedekah"

5 comments:

tokasid said...

Salam pak zabs:

Berkenaan awal Hadith tersebut, bagi setiap tulang ada sedekahnya setiap hari, ini adalah menunjukkan tentang solat Dhuha. Solat yang jarang kita lakukan.
Nabi saw semasa di Madinah, tidak pernah meninggalkan solat sunat Dhuha, malah setiap hari akan pergi ke masjid Quba utk solat Dhuha samada berkeldai atau berjalan kaki. Dan masjid ini(Quba) sekarang di masukkan ke dalam pakej lawatan umrah kita,agar dapat kita melakukan sunnah tersebut walau sekali seumur hidup.


Memang benar, sedekah bagi ALLAH ada dalam berbagai bentuk. Cuma kita sekarang selalu mengganggap sedekah hanya dengan memberi duit atau harta benda sebagai sedekah. Sedangkan konsep sedekah dalam Islam amat luas meliputi perbuatan menolong sehingga kewangan.

Terima kasih pak zabs. Mulai malam ni kena masuk full gear ber'iktikaf ye pak. InsyaALLAH ALLAH beri kekuatan dan keizinan kepada kita. Ameen.

zabs said...

TA: Terima kembali Doc. Sampaikan walaupun satu patah dari Baginda, kerana orang yang mendengar (TA) mungkin lebih memahami dari orang yang menyampaikan (saya).

ZABS said...

TA: Tentang ber'iktikaf tu, InsyAllah.

Azlan Zed said...

niat bersedekah kerana Allah taala. bukan kerana benda2 yg lain. :)

Mak Su said...

sedekahkan air mata hiba dan sendu atas kehilangan yang baru dihadapi oleh keluarga adik kecil tu