Friday, October 26, 2007

Qurban

Apabila kita memperkatakan ibadah haji, maka ia tidak dapat dipisahkan dengan ibadah qurban. Walau bagaimana pun saya tidak bercadang memperkatakan tentang ibadah qurban yang akan dilakukan oleh jemaah2 haji di Mekah, tetapi bagi kita yang berada di Malaysia.

Seperti kita sedia maklum, dan sering pula dingatkan oleh tuan tuan Imam dan Ustaz, ibadah qurban ini adalah sunat muakkad, ya'ani sunat yang dituntut sangat untuk dilaksana bagi mereka2 yang mampu.

Hukumnya Sunnat Muakkad (Sunnat yang dikuatkan) atas orang yang memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
(1) Islam (2) Merdeka (Bukan hamba) (3) Baligh lagi berakal (4) Mampu untuk berqurban
Mulai sekarang setiap masjid dan sebahagian surau-surau tentunya telah mula mewar-warkan kepada para jemaah bahawa masjid/surau berkenaan akan melaksanakan ibadah qurban, dan mempelawa mereka-mereka yang ingin turut serta mendaftarkan nama masing2. Biasanya seekor lembu akan dikongsi oleh tujuh orang. Dengan cara ini ramai orang akan dapat mengambil bahagian dan juga boleh bergotong royong menyembelih dan membahagi-bahagikan daging korban tersebut.

Saya dan isteri biasanya balik ke kampong untuk berkorban, kerana setiap hari Raya Qurban kami akan beraya di kampong, dan tentunya akan dapat bersama2 menyaksikan penyembelihan korban tersebut.

Setelah daging korban diambil, kami akan membahagikan pula kepada jiran2 di sekeliling, walaupun semasa pembahagian daging tersebut 1/3 telah diketepikan untuk agihan kepada orang2 miskin di kawasan tersebut.

Di taman yang kami tinggal di Kuala Lumpur pun ada juga ibadah qurban dilaksanakan, tetapi daging-daging ini diagihkan kepada semua penduduk-penduduk di taman itu sendiri. Mungkin kerana tidak ada fakir miskin di sana. Tetapi pada pandangan saya adalah lebih baik jika daging tersebut di hantar kepada mereka-mereka yng lebih memerlukan, walaupun tidah tinggal di taman tersebut.
Walau bagaimanapun sejak kebelakangan ini saya telah mula melakukan qurban, yang di laksanakan di Kemboja. Untuk maklumat lanjut sila lawat lama web ini. Saya berpendapat bahawa dengan cara ini, akan dapat sedikit sebanyak membantu mereka2 yang betul-betul memerlukannya seperti orang-orang Islam di negara tersebut.
(Daripada Aisyah r.a Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Qurban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan qurban. Sesungguhnya haiwan qurban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah qurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima disisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) qurban itu." (Riwayat al-Tarmuzi, Ibnu Majah dan al-Hakim))
Kini hanya ada kurang dari dua bulan lagi untuk kita menyertai program qurban tersebut. Sedikit pengorbanan dari kita akan dapat menceriakan sedikit kehidupan mereka-mereka yang hidup dalam kesempitan ini. Semoga kita dapat beribadah dengan sedikit kemampuan yang kita ada ini. InsyaAllah.

7 comments:

tokasid said...

Salam pak zabs:

Ya, masa untuk ibadah qurban akan menjelma kembali.

Saya mempunyai koleksi gambar dan video qurban,insyaALLAH nak cuba upload ke You tube dan buat posting bila tiba waktu qurban nanti.
Dulu ada buat posting bergambar ttg qurban kat : http://tokasid.blogspot.com/2007/01/qurban-di-bukit-katil-2006.html

Cuma ada seperkara yang ingin saya sentuh ttg amalan berqurban di negara kita.

Sesetengah tempat, kumpulan yg organise qurban akan mengupah tukang sembelih. Ada yang memberi upah wang ringgit utk upah menyembelih. Malangnya ada yg mengupah dgn menggunakan daging qurban!Ini amat bercanggah kerana daging qurban tidak boleh di buat sebagai upah.Kita boleh memberi daging qurban kepada juru sembelih kerana dia hadir ketika ibadah qurban tetapi tidak sebagai upah.(Kita beri upah dalam bentuk tunai dan kita berikan daging qurban kerana beliau hadir).

blackpurple @ jowopinter said...

Salam tuan zabs,

Sekarang ini, alhamdulillah, banyak cara, alternatif dan peluang untuk melakukan ibadah qurban. Saya perhatikan di suratkhabar2 pun ada pakej untuk itu. Sekurang-kurangnya memberi peluang semua umat Islam untuk berqurban.

Setiap tahun memang saya berpeluang 'meramai-ramaikan','menyibukkan diri', sama melapah dan menimbang daging-daging untuk dibahagi-bahagikan. Kalaupun tak mampu berkorban setiap tahun, menyumbang tenaga pun jadilah.. :)

Fauziah Ismail said...

Salam Pak Zabs
Thank you for the link.
After doing the qurban for many years since 1997 either in KL or JB, I was looking for avenues to doing it elsewhere, at least to share the qurban with the most needy.

ZABS said...

TA: TQ kerana sudi untuk menambahkan lagi pengertian qurban ini dengan memberikan link kepada entri tuan yang terdahulu itu.
Setuju dengan tuan tentang upah dengan daging itu. Di kampong isteri saya, di AG upah dibayar dengan wang tunai kerana telah dimasukkan ke dalam harga lembu-lembu yang hendak disembelih itu. Disamping itu mereka juga mendapat sedikit daging korban krana hadir sama pada masa tersebut.

ZABS said...

BP: Ya begitulah, namun demikian, keikhlasan kita untuk berqurban itu yang penting. Cara yang banyak pun jika tidak ada niat untuk berqurban, maka tiak akan berqurban juga. Jika kita dapat ketepikan RM1 sehari selama setahun (354/355 hari (tahun Islam) pun sudah boleh digunakan untuk menyertai ibadah qurban ini. Malah lebih dari mencukupi. InsyaAllah. Tahniah kerana anda masih ada semangat qurban tersebut, kerana kebanyakan anak muda sekarang sudah tida lagi keprihatina tentang ibadah qurban ini.

Fauziah: Happy that you found the link useful. Once you did the qurban with them, you will then, get a reminder for it, each year, which is also, helpful. Selamat berquban.

Mak Su said...

tak ada ker orang malaysia mengaturkan korban untuk fakir miskin atau anak yatim di dalam malaysia, ek?

ZABS said...

Mak Su: Secara besar2an tu takda lah. Tetapi yang dibuat oleh kumpulan2 kecl di masjid2 dan surau2 untuk fakir miskin dan anak2 yatim lah. Cuma penagihannya tidak menyeluruh.
Kebanyakan diagihkan untuk kelompok yang melaksakan ibadah qurban tu je. Kalau ada golongan miskin di sana adalah, kalau tidak orang tak berapa miskin dan memerlukan pula yang mendapat habuan.