Tuesday, October 30, 2007

Nikmat


Kita selalu diingatkan supaya sentiasa bersyukur di atas segala nikmat yang kita rasai walau sekecil mana sekalipun. Kita tidak seharusnya kufur dengan apa juga nikmat yang kita perolehi. Kita juga harus merenung nikmat yang kita beroleh agar dapat menjadi orang yang bersyukur.

Nikmat ada pelbagai dan jangka masa nikmat di rasai. Beruntunglah mereka yang mendapat nikmat yang berkekalan. Di bawah ada beberapa perkara yang kita rasa nikmat jika mengalminya.
Kita merasa nikmat apabila dapat menghisap rokok atau sewaktu dengannya, tetapi selepas 10-15 minit, nikmat itu hilang, apabila rokok habis atau sampai ke hujungnya.

Kita merasa nikmat menonton filem lakonan pelakon yang kita minati, tetapi selepas satu dua jam, filem tersebut habis, hilang juga nikmat tersebut.

Kita merasa nikmat dapat memanching di tempat yang banyak ikan dan dapat hasil yang banyak, satu hari anda bercerita tentangnya, tetapi pada keesokannya tidak terasa kenikmatan tersebut lagi.

Kita merasa nikmat apabila berpindah ke rumah yang baru dibeli, dan gembira melayan tetamu yang datang mengucapkan tahniah, tetapi selepas seminggu nikmat tersebut pudar apabila rumah menjadi berselerak dan perlu dikemas sentiasa.

Kita merasa nikmati apabila memandu kereta yang baru dibeli, tetapi selepas sebulan, apabila ansuran bulan pertama perlu dibuat, nikmat yang dirasai juga turut hilang bersama duit yang terbang.
Angkasawan kita yang pertama merasa nikmat dapat terapung di udara dan menikmati keagungan ciptaan Allah s.a.w. dari angkasa lepas, tetapi selepas 10 hari hilang juga nikmat tersebut.
InsyaAllah, kita akan mendapat nikmat sepanjang hayat jika berjaya mendidik anak-anak menjadi anak yang soleh dan solehah, berjaya dalam kehidupan dan mengenang jasa ibu-bapa. Kita mengajarnya membaca Al-Quran dan apabila kita telah tiada, mereka akan membacakan ayat2 suci Al-Quran itu untuk kita pula. Ini, satu nikmat yang tidak dapat digambarkan.

Namun nikmat yang paling agung ialah nikmat Iman yang Allah berikan kepada kita. Tanpa Iman, kita akan hidup dalam kekosongan, tanpa arah tujuan. Tiada pedoman dan pegangan serta melalui hidup tanpa ada tanggungjawab untuk dipenuhi.
Semoga kita hidup dalam Iman, mati dalam Iman, dan di masukkan ke Surga bersama iman. Ameen.

13 comments:

Eddie Putera said...

100% setuju. Kita ini hidup dalam keadaan terlupa sentiasa. Terima kasih kerane mengingatkan

Mak Su said...

setuju, nikmat iman yang paling besar... takut Allah tarik nikmat itu..

NBK466 said...

Nikmat dunia biarpun sekejap jgn lupa disyukuri kan?

tokasid said...

Salam pak zabs:

Jazakallah khair pak zabs.
Entry yang cukup perisanya dan direct to the point.Tak perlu nak hurai apa-apa lagi.

Sekali lagi, terima kasih pak atas ingatan ini.
Hanya ALLAH saja yang mampu membalas usaha pak zabs.

aNIe said...

Tak kira apa pun nikmat yang Allah berikan...wajib kita mensyukurinya...

Kak lady setuju benar tentang nikmat sepanjang hayat yang kita miliki andainya mempunyai anak2 yang soleh & solehah...serta nikmat agung tersebut....moga kita akan sentiasa ingat mengingati...terima kasih

zino said...

tepat sekali..

ZABS said...

Salam Adie, mak su, nbk466, tokasid, Kak Lady dan zino,

Saya mengingatkan diri saya terlebih dahulu, dan di samping itu, semoga dapat pula mengingatkan kawan2 dan anak2 saya jika ada yang membaca blog ini. Salam.

blackpurple @ jowopinter said...

Salam tuan,

Benar. Iman itu pelita hati. Kalau sentiasa ada, insyaAllah teranglah kehidupan. Itulah nikmat kehidupan yang sebenar-benarnya.

Azlan Zed said...

amin.

13may said...

seronok baca entri nih :)

Kerp (Ph.D) said...

10 minit je nikmat merokok. pendek betul rasanya.thank you for the reminder pak zabs. org macam saya ni kena sentiasa diingatkan.

ZABS said...

BP dan Alan: Semoga Iman kita berkekaln dengan izinNya.

May dan Kerp: Memang pendek nikmat mrokok tapi sakitnya mungkin lama. Ada yang pernah saya cerita disini http://zainulabs.blogspot.com/
2007/08/rokok-3.html, setelah di discaj, terpaksa membeli mesin untuk membantu pernafasannya semasa di rumah.

Hanafi Mohd Noor said...

Masih belum terlambat nak ucap Selamat hari raya.
www.hanafionline.com