Tuesday, October 23, 2007

Haji

Gambar hiasan diambil dari Internet

Haji adalah salah satu Rukun Islam yang lima, yang diwajibkan ke atas kita umat Islam, yang mempunyai kemampuan untuk mengunjungi Tanak Suci, Mekah Al-Mukarramah bagi mengerjakanya. Pada tahun ini jika tepat seperti pengiraannya, tarikh Hari Wukuf ialah pada 19hb Disember ini.

Pada masa ini para jemaah yang telah mendaftar untuk ke Mekah pada tahun ini, semuanya sudah tentu telah siap sedia dengan segala keperluannya termasuk telah menghadiri kursus-kursus haji yag telah diadakan di Masjid-Masjid sejak beberapa bulan yang lalu. Kini para jemaah tentunya sedang tertunggu-tunggu untuk mengetahui tarikh dan masa penerbangan mereka ke Mekah tersebut. Semoga mereka akan selamat pergi dan balik serta mendapat haji yang mabrur. InsyaAllah.

Apa yang saya ingin saya perkatakan di sini ialah, terdapatnya golongan yang mampu dalam segala hal untuk pergi mengerjakan haji, tetapi masih menangguhkan untuk berbuat demikian. Banyak alasan yang mereka beri kenapa belum lagi mengerjakan haji walaupun telah mampu. Namun begitu, walau apa juga alasan yang mereka ada semuanya oleh diatasi jika ada kemahuan.

Tetapi disamping itu terdapat juga jemaah yang telah beberapa kali mengerjakan haji dan masih teruja untuk pergi lagi.

Bagi menyuntik sedikit semangat kepada golongan ini di bawah ini saya paparkan beberapa terjemahan Al-Quran dan hadis untuk manfaat kita bersama:

"Mengerjakan ibadah haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah bagi mereka yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah." (Ali Imran : 97)

"Barangsiapa yang memiliki bekal dan kenderaan yang dapat menyampaikannya untuk berhaji ke Rumah Allah, iaitu Masjid Al-Haram, dan dia tidak berhaji, maka pilihlah dia untuk mati sebagai Yahudi atau Nasrani (Kristian), dan yang demikian itu kerana Allah s.w.t. telah berfirman: "Mengerjakan haji itu adalah kewajipan manusia terhadap Allah bagi mereka yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah!" (Riwayat Termidzi dan Baihaqi).

"Dan belanjakanlah sebahagian dari apa yang Kami berikan kepada kamu sebelum datang kematian pada salah seorang di antara kamu, lalu ia berkata: "Ya Tuhanku! Mengapakah Engkau tidak menangguhkan kematianku sampai waktu yang dekat, supaya aku dapat bersedekah dan nanti aku tergolong ke dalam golongan orang-orang yang soleh (Yang akan naik haji). Malangnya Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan kematian seseorang, apabila datang waktu kematiannya, dan Allah Maha mengenal apa yang kamu kerjakan." (Al-Munafiqun: 10-11).

Walahua'lam.

17 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

Salam tuan zabs,

Siapalah yang tak teringin untuk menunaikan haji. Saya kalau diizinkan Allah, ingin sangat ke sana sebelum berumur 40 tahun. InsyaAllah.

Betul kata tuan itu. Kalau sudah mampu [bahkan ada yang terlebih mampu pun], kenapa mesti tunggu-tunggu lagi sehingga dah berumur baru nak ke sana ya? 'Belum seru', mereka kata.

ZABS said...

BP: Semoga anda dapat mengerjakan haji seperti di hajatkan.
Sebenarnya seruan tu dah lama dibuat oleh Nabi Ibrahm a.s.
Cuma mereka takda niat untuk mengerjakannya seperti anda.
Sebagai persiapan yang baik saya cadangkan supaya anda menunaikan umrah terlebih dahulu, jika belum lagi, supaya dapat lebih menghayati keadaan di Mekah.

pB said...

Salam Abe Jenal ,

alhamdulillah , pB daftar dah ler dengan Tabung Haji. Insyaallah , giliran pB tahun 2011.

Hujung tahun ni, giliran FIL n MIL pB ke Tanah Suci Mekah.

Doakan agar mereka dpt menjalani ibadat dengan sempurna di sana , nanti ...

Penerbangan pada 7hb Disember

ZABS said...

pB: InsyAllah, semoga dapat pergi lebih awal lagi. Penuhkan jumlah yang perlu,jika belum cukup dan banyakkan berdoa. Mungkin akan dapat lebih awal. Semoga ur FIL & MIL mendapat Haji yang Mabrur. InsyaAllah. ,

Azlan Zed said...

kadang2 rindu pula ketenangan di kota suci mekah...

tokasid said...

Salam pak zabs:

Alhamdulillah pak zabs dah menulis semula.

Insan jika di hati ada setitis iman sekalipun dan mempunyai ilmu walau sepotong ayat, pasti di hati mereka ingin menunaikan ibadah haji ,jika ada kemampuan.

Jadi, saya sebenarnya sentiasa hairan kepada golongan yang terlebih mampu, telah melancong serata dunia berkali-kali tetapi untuk menunaikan haji amat sukar bagi mereka. Mungkin mereka bimbang mereka tidak akan selesa di Makkah Al-Mukkaramah atau Madinatul Munawwarah seperti jika melancong ke London,Paris,Tokyo atau new York.

tetapi ibadah haji bukan tentang keselesaan atau menjadi seperti seorang raja. Ibadah haji adalah ibadah yang memerlukan pengorbanan. Pengorbanan harta,pengorbanan masa,pengorbanan keselesaan( nak kena bersesak-sesak) dan ujian ke atas iman kita.

Ketenangan beriktikaf di Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi tiada tolok bandingannya. Tidak ada wang ringgit dapat mengganti ketenangan itu apalagi jika beriktikaf di tengah malam sambil bertawaf bersendirian.

Mungkin perlu dakwah cara lain utk golongan ini.

Utk Wak Pinter, saya doa kan agar niat Wak ALLAH tunaikan sebelum Wak mencecah 40 tahun( saya tercapai pada tahun 2002 lalu). Dan seperti kata pak zabs, ada eloknya pergi umrah dulu..kerinduan utk berhaji akan lebih tinggi.

Salam

zabs said...

Alan: Semoga anakda, dapat lagi menikmati ketenangan di kedua-dua kota suci itu.

TA: Terima kasih kerana menambah nilai tulisan saya ini. Sungguh tepat seperti yang tuan katakan itu: "Insan jika di hati ada setitis iman sekalipun dan mempunyai ilmu walau sepotong ayat, pasti di hati mereka ingin menunaikan ibadah haji ,jika ada kemampuan." Jadi itulah jawapan agaknya bagi yang tidak mahu mengerjakan haji walaupun telah mampu-semampunya untuk berbuat demikian. Wallahua'lam.

aNIe said...

Salam Zabs...Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA buat Zabs sekeluarga...Maaf dipinta andai pernah terkasar bahasa ketika meninggalkan komen...

Lady selalu berdoa agar satu hari nanti dapatlah kiranya hasrat untuk menyahut lambaian kaabah terkabul jua...Insyaallah

zabs said...

Kak Lady,

Selamt Hari Raya juga diucapkan kepada Kak Lady dan keluarga.
Semoga Allah memudahkan perancangan Kak Lady untuk mengerjakan haji. InsyaAllah.

Mak Su said...

Uncle Zabs - masa saya kecik2 dulu saya berangan2 gaks nak ke Mekah ikut mak bapak, tapi ntah berapa tahun dorang menyimpan, bila saya plaks dah ada famili, sampai la ni saya tak dapat nak menyimpan seriously untuk tujuan haj... tak per, saya percaya rezeki Allah tak putus-putus

Fauziah Ismail said...

Salam Pak Zabs
Sebagai umat Islam, saya juga menyimpan niat untuk menunaikan Haji.
To me, that would be the ultimate to being a Muslim having fulfill other responsibilities as God wanted it.

tokasid said...

Pak zabs..minta laluan.

Kak lady dan maksu...insyaALLAH hajat anda berdua akan terkabul. Cuma saya ada satu cara( yg dulu-dulu saya buat) untuk menyegerakan kita pergi haji: saya buka akaun tabung haji( dlm kes saya utk saya ,wife dan Hafiz) dan mula menabung sikit-sikit tanpa mengganggu langsung akaun tabung haji walau adakala ada kesesakkan kewangan. Kalau dapat lebih saya tabungkan lebih. Kalau tak saya tabungkan amaun minimum yg telah saya tentukan( dalam hal ini saya dan rakan2 kongsi dulu buat potongan gaji).

Saya rasa bila dah buka akaun itu adalah langkah pertama utk membuat ibadah Haji...that is a very important first step.

Dan don't stop asking from ALLAH to become ALLAH's guest during Hajj,ameen ya Rabb.

TQ pak zabs.

cakapaje said...

Salam Pak Zabs,

Tersentuh hati juga membaca dan memikirkan ibadah haji. Terima kasih kerana mengingatkan saya.

Juga pada Doc tokasid kerana nasihat di bawah.

zabs said...

TA: Thank you for the advice given to Mak Su dn Kak Lady. Harap Mak Su dan Kak Lady dapat berbuat begitu, untuk dapat mempercepatkan terlaksana hajat tersebut.

Fauziah: Ada niat yang ikhlas, disertakan usaha yang berterusan dan tawakkal, InsyaAllah diperkenankan Allah s.w.t.

CA: Semoga anda seterusnya dapat mengerjakan ibadah haji nanti, InsyaAllah.

Count Byron said...

Zabs, thank you for sharing. It is a real inspiration to be able to read about the virtues of Haj. How much we pine to be there in the Haram.. and visit our Holy Prophet in Madinah.

Selamat hari raya

CB

Eddie Putera said...

Bro....slamat hariraya maaf dipinta yer...semuga sentasa diberkati Allah

zino said...

alasan yg standard "belum sampai seru"..