"Menyambut hari raya bukan dengan berpakaian serba baru, bukan pula dengan berbangga diri, nyanyian, hiburan atau kegiatan yang tidak bermanfaat. Menyambut hari raya harus dengan mensyukuri segalla nikmat yang Allah berikan dan dengan saling bersilaturrahim.
2. Mengeluarkan zakat fitrah. Zakat fitrah dimaksudkan untuk membahagiakan fakir miskin menghidupkan semangat saling menolong dan kasih sayaing, serta mensucikan jiwa dari sifat bakhil.
3. Memakai pakaian baru dan harum untuk mengagungkan pemilik keindahan, Allah s.w.t. Allah mencintai keindahan. Rasullullah bersabda, “Allah sangat suka melihat bukti kenikmatan yang diberikan kepada hambaNya.”
4. Hari Raya hendaklah diisi dengan saling mengunjungi, memberi salam, menyucikan diri, dan saling mencintai sesama insan.
5. Hari Raya adalah hari untuk merapatkan silaturrahim, berbakti kepada orang tua, bersikap lembut terhadap fakir miskin, dan mengasihi tetangga.
6. Hari raya bagi kaum Muslimin nampak pada semakin bertambahnya keimanan yang diikat dengan syariat Allah dan di lapisi oleh adab. Pada hari raya, nampak canda tawa dan senyuman.
7. Hari Raya mengingakan kita pada hari diperlihatkanNya amal perbuatan. Pada hari itu, semua orang dikumpulkan, baik yang kaya, miskin, besar, kecil, seorang raja, rakyat biasa, yang hidupnya senang, sengsara, yang bergembira mahupun yang bersedih hati.
8. Hari Raya adalah hari diberikanNya ganjaran. Orang yang berpuasa dan melaksanakan solat dengan penuh keimanan, akan diberikan khabar gembira berupa pahala yang sangat besar, kemenangan yang agung, dan ganjaran yang berlimpah. Orang yang berpuasa tidak dibenar, meremehkan perintah Allah dan melampaui batas, dia akan menyesal, bersedih dan rugi.
Setelah melaksanakan solat raya, manusia akan menjadi dua kelompok. Pertama, kelompok yang memperoleh ganjaran pahala dan keberuntungan. Allah berkata, “Pergilah, kalian telah diampuni. Kalian reda terhadapku dan Aku pun reda kepada kalian.” Kedua, kelompok yang rugi dan menyesal, mereka kembali dengan membawa penyesalan, kerugian dan kesedihan.
Suatu ketika, seorang soleh berjalan melewati orang-orang yang tengah merayakan hari raya dengan berfoya-foya. Dia berkata,”Jika kalian melakukan kebaikan di bulan Ramadhan, bukan seperti ini caranya kalian bersyukur. Jika kalian melakukan keburukan di bulan Ramadhan, bukan seperti ini pula cara merayakannya.
Saudaraku, masih ingatkah engkau terhadap orang-orang yang solat bersamamu di hari Raya sebelum ini, baik orang tua, datuk, mahupun orang yang engkau cintai, kemanakah mereka pergi.
Di hari Raya nanti engkau akan memperoleh ganjaran dari setiap amal perbuatanmu. Jaga terus catatan amalmu agar mengandungi kebaikan. Sambut hari Raya dengan mengharap keredaan dan keampunanNya.
(Maksud Surah Ali ‘Imran, Ayat 185).
21 comments:
Assalamualaikum uncle zabs, terima kasih mengingatkan. Salam raya, salam bergembira
Salam pak zabs:
Jazakallah khair. Saya ingat nak buat entry ttg perkara yg sama.Alhamdulillah pak zabs dah buat, jadi saya dah link kan entry ini sebagai update kat tempat saya.
Sebenarnya ramai yang tak aware adab2 nak beraya pak zabs. Tu yang tiap tahun raya jadi bubur cha cha...dok melangut depan TV saja.
salam bro zabs ....
selamat hari raya ...
mohon maaf kalau ada salah silap semasa komen mengomen ...
safe drive ....
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir Batin
salam Pak Zabs,
Bagus entri ni.
Taqaballahu minna waminkum.
Salam Aidil Fitri. Maaf Zahir Batin.
salam aidilfitri, pak zabs...ampon maaf jika ada terkasar bahasa.
mak su: Samalah kita ingat mengingati. Pesanan bagi yang lupa.
tokasid: Muga ada yang baca dan ikut nasihat penulis terkenal itu. Tetapi sendiri pun, kena ada kesedaranlah.
pb: Saya juga begitu, kadang2 tu terlebih komen...
pB,ktn, accia, kerp: Selamat Hari Raya AidilFitri.
hurm, kena shoping la macam nie. hehe.
salam ziarah blog...
selamat hari raya maaf zahir batin..
satu penulisan yang banyak pengajaran didalamnya...
pandu cermat jiwa selamt...
A/kum Zabs, Selamat Hari Raya Aidil Fitri & Maaf Zahir Batin.
Terima kasih atas ingatan. Semoga sdr dan keluarga sentiasa dalam keberkatan dan lindungan Allah.
faridmw,
Terima kasih kerana datang melawat. Semoga ada manfaat dari apa yang dipaparkan. InsyaAllah.
lapa,
Thank you for the visit and the information.
jaflam,
Terima atas kunjungan dan doa tuan. Semoga anda juga di dalam keberkatan dan rahmatNya.
alan,
Pakaian baru tu, bukan baru beli je. Baru dry clean, baru basuh, baru basuh dan nampak baru pun boleh.
ayah, tak leh tgk gambar2.. sebab takde account rasanya!!
salam aidil fitri..dapat ke jumpa semua sedara mara bila balik kampong..?
Zino: Kebanyakkan ada bertemu di kampong. Yang lain tu akan di kunjungi bila ada kesempatan InsyaAllah. Anda bagaimana?
Assalamualaikum tuan zabs,
Salam lebaran dan salam kemaafan, zahir dan batin.
Sayangnya hari ini, Hari Raya sudah semacam menjadi masa untuk berpesta-pestaan bagi segolongan umat. sehingga lupa untuk melahirkan rasa kesyukuran.
Moga-moga Syawal ini sama-sama menginsafkan kita.
BP: Semoga kita sentiasa menjadi orang yang tahu bersyukur dan tidak kufur nikmat. InsyaAllah.
Camno den buleh termiss ucapan raya utk Bro Zabs nie... Salam Aidilfitri buta brother Zabs & family..thanks diatas ilmu2 yg dikongsi diblog nie..maaf sekiranya ada komen nan terkasar dsb.
NBK: Masih dalam bulan Syawal, takpo. Samo-samolah kito berma'af-ma'afaan di hari baik, bulan baik ni.
Post a Comment