Sunday, September 16, 2007

Ramadhan Ke4

"Pasar Tani Taman Setiawangsa"
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasullulah s.a.w. bersabda:
“Allah berfirman: “Setiap amal anak Adam adalah untuk anak Adam itu sendiri, melainkan puasa. Sesungguhnya puasa itu bagi-Ku, dan Aku membalasi puasanya itu. Puasa itu bagaikan perisai; maka apabila seseorang kamu berpuasa, maka janganlah berkata kotor dan jangan pula berkata kasar. Jika seseorang mencacinya atau menyerangnya, maka hendaklah ia mengatakan: “Aku ini puasa.”

Demi Allah, yang diri Muhammad berada dalam genggamanNya, sesungguhnya bau busuk mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi.

Bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan yang menggembirakannya: Apabila ia berbuka ia gembira, dan apabila ia menemui Tuhannya, ia gembira dengan puasanya.”
Wallahua'lam.


"Pasar Ramadhan Taman Setiawangsa"

4 comments:

zino said...

tadi berkesempatan ke bazar ramadhan veledrom.... ratusan manusia tertumpu di sana..

tokasid said...

Salam pak zabs:

Setiap amalan masing2 adalah utk kita masing.Kalau kita tak melakukannya maka kita dapat Zero pahala, bahkan boleh dapat dosa jika tak buat( kalau tak solat dengan sengaja kan kah telah melakukan dosa?).Juga kalau kita ingat tentang jika seorang anak Adam itu mati yang memberi faedah kepadanya hanya 3 perkara iaitu harta yg disedekahkan/wakafkan , ilmu yg di ajar dan di menafaatkan oleh org lain dan ketiga doa anak yg soleh.

Dari sini kita dapati ada sesetengah yg kita biasa lakukan dalam masyarakat, sebenarnya tidak memberi bantuan kepada yg mati.

Puasa bagaikan perisai: kerana di dalam ibadat puasa kita di kehendaki memperbaiki perbuatan dan akhlak kita, dan juga bersabar melakukannya. Bersabar bukan sahaja kerana tidak makan dan minum, tetapi bersabar menjaga mulut perkataan kita, bersabar menjaga emosi kita bila di caci maki oleh orang lain, bersabar dari menahan mata melihat perkara-pekara yg haram atau mengurangi darjat puasa kita.
Ibadat puasa memang mengajar kita utk bersabar dan menahan segala bentuk ajakan nafsu kita.

Bau mulut org yg berpuasa memang adakala tidak menyenangkan kepada org lain.Ini kerana bila mulut kering akan berlaku tindakbalas melalui bakteria di dalam mulut. Namun di sebabkan jika puasa ini kita lakukan ikhlas kerena suruhan ALLAH dan Nabi saw dan jika kita berjaya bersabar dan menahan segala bentuk nafsu, bagi ALLAH usaha kita itu amat besar dan bagi ALLAH bau mulut( yg org kata busuk) org berpuasa amat harum di sisiNya. Walaupun ada org merasakan jijik dgn bau mulut org berpuasa, ALLAH melihat sebaliknya.

Memang saat paling menggembirakan dalam ibadah puasa ialah ketika hendak berbuka. baik kanak2 hingga yg dah tua.Bila masuk waktu maghrib kita semua amat gembira.
Di bahagian awal hadith ini telah di katakan puasa ini juga bagi ALLAH. Jika puasa kita sempurna dan diterima ALLAH, hamban\Nya pasti akan gembira bila dapat bertemu dan melihat Pencipta mereka atasebab puasa yg telah dilakukan di dunia.

Wallahu'alam.

ZABS said...

Salam TA: Saya sentiasa tunggukan komen tuan untuk setiap hadis itu. Terima kasih.
Tentang hadis untuk hari ktiga Ramada itu, saya dah semak, Shahih Bukhari Jilid II, hadis no 931, tidak di sebut, apa dua perkara itu. Jika ada lain terjemahannya harap beritahu. Terima kasih.

tokasid said...

Pak zabs:

Ini ada tambahan ttg bau mulut ketika puasa yang di beri oleh tuan hassan tuan lah(seorang tokoh koperat di TM dan ahli panel fiqh al-ahkam.net). Jawapan beliau adalah lebih jitu dari yg saya berikan.

Hadith bau mulut puasawan itu berbunyi "Sungguh bau mulut orang yang puasa di sisi Allah adalah lebih wangi daripada bau Misk" (Bukhari-Muslim). Ia tidak menyatakan " sungguh bau mulut puasawan yg busuk..."

Kemungkinan maksud hadith ini ialah sikap sesetengah orang yg memandang jijik kepada bau mulut puasawan yang kebetulan tidak berkesempatan bersiwak kerana masalah tertentu.

Sunnah yg sahih ialah Nabi saw menjaga kebersihan mulutnya walaupun di bulan Ramadhan. Dalilnya:

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

"Artinya : Seandainya tidak memberatkan umatku, niscaya aku suruh mereka untuk bersiwak setiap kali wudlu" [Hadits Riwayat Bukhari 847, Muslim 252 semisalnya].

Dari Aisyah:

" Bersiwak itu membersihkan mulut dan disenangi Tuhan" [alAlbani, sahih sunan anNasa'iy, # 5]

Bila kita himpunkan hadith2 dalam tajuk ini, maka bersiwak atau berus gigi itu sunnah dilakukan sepanjang masa TER masuk bulan Ramadhan sekalipun. Barulah menghasilkan bau yg harum dan disukai oleh Tuhan dalam hadith di atas.

apakah susah sangat utk berus gigi? sekian.

TA: saya berikan link utk download segala persoalan ttg kemusykilan puasa utk pak zabs. bagus link ni. Saya baru saja download e-book kemusykilan tersebut. FOC lagi. Sebar2kan.

http://www.al-ahkam.net/home/index.php?module=htmlp&func=display&pid=6


Wassalam pak.