Tuesday, September 11, 2007

PJK

Pada suatu hari semasa memasuki sebuah gedung membeli-belah bersama anak kecil saya, kami telah dihampiri oleh seorang jurujual wanita. Dia menunjukkan kapada saya satu alat yang dipasang di pinggang seperti vibrator (bertujuan untuk mengempiskan perut). Maka terjadilah perbincangan seperti berikut:

Zabs: Apa yang cik nak jual ni (sengaja nak mengelak)?.

J/Jual: Alat ini bagus untuk encik.

Zabs: Kenapa bagus?

J/Jual: Boleh kasi kempis perut encik.

Zabs: Saya suka perut saya macam ini, tak perlulah alat tu (sambil berlalu).
...............................

Anakz: Dia perasan perut ayah buncit kot?

Zabs: Ye lah tu, tapi kalau nak jual barang kenalah ambil hati pelanggan dulu.
................................

Kebanyakan orang termasuklah saya tak suka di kejutkan begitu. Walupun sudah tahu sendiri Perut dah Jalan Ke depan. Dari gambar-gambar di bawah, boleh juga saya di kategorikan sebagai PJK kan?



Tetapi sehari dua lagi kita akan dapat peluang untuk mengempiskan perut bagi PJK-PJK ini, dengan cara yang diredhai dan wajib dilakukan pula. Tetapi tentu tidak akan mendapat apa-apa manfaatl jika sebelum berpuasa lagi dah berkira-kira di mana hotel yang mempunyai buffet Ramadhan yang terbaik untuk di kunjungi. Wallahua'lam.

15 comments:

aNIe said...

Hehehe...tak pasal2 dah kene kan...

Tapi orang lelaki kalau PJK...takpelah jugak...orang kata boroi tu ensem bagi orang dah berusia...

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN BULAN MULIA buat zab sekeluarga....moga sama-sama dpt menjalani ibadah dibulan ini dengan penuh ketaqwaan...

tokasid said...

Salam Pak zabs:

Saya ada 2 PJK.
1-Perut jalan ke depan
2-Perut jalan ketepi

blackpurple @ jowopinter said...

'Ke depan' sikit-sikit tak apa. Itu makmur namanya.

Tapi kalau berdiri tegak, tunduk ke bawah dah tak nampak hujung jari kaki, itu kena lakukan sesuatu. he he he.

Accia said...

selamat mengerjakan ibadah puasa pak zabs!

ZABS said...

Kak Lady:
Terima Kasih. Begitu juga untuk Kak Lady dan keluarga dibulan yang penuh barakah ini.

TA: PJK kedua tu adab juga sedikit. Masa kecil membesar keseluruhan, sekarang membesar ke depan kiri dan kanan je.

ZABS said...

BP: Alhamdulillah, semuga di makmurkanNya kita semua.
Walaupun masih nampak hujung jari kaki, tapi perlu berhati2 sebelum terlambat.

Accia: Selamat mengerjakan ibadah Puasa mulai 13hb, hari Khamis. InsyaAllah.

zino said...

tahun lepas zino berjaya mengelak jemputan bertali arus ajak berbuka di hotel..

inshaAllah tahun ni nak guna farmula yg sama..

Unknown said...

Hi Zabs,

Ha ha...but insy after Ramadhan jadi 'Perut Jalan Ke dalam'..yayy.

Selamat Menyambut Ramadhan.

pB said...

Salam Abe Jenal ...

Orang kata , kalau ada PJK, itu makna nya isteri pandai masak ...


Selamat Berterawih malam ini.
Selamat Bersahur pagi esok.
Selamat Berpuasa di sepanjang hari esok..
Dan selamat berbuka ...

Moga tahun ini, semua amal ibadat kita di bulan yang berkat ini diterima Allah ....

Amin

Fauziah Ismail said...

Pak Zabs
We've got invitations to buka puasa for every day of Ramadhan, sampai ada yang bertindih. Tahun lepas, saya limitkan kepada lima sahaja, selebihnya saya agihkan kepada staff to represent me at these buka puasa invites.
Tahun ni, insya'Allah, will do the same.
Di bulan Ramadhan ni, ada yang lose weight only to gain it back on the first day of Raya!
Selamat Berterawih, Bersahur dan Berpuasa sepanjang Ramadhan 1428 ini.

Mak Su said...

general salesgirls kat pasaraya memang tak dak langsung human skill, hampehss... tengok orang muka tak lawa dia komplen, tgk perut orang dia komplen, tgk org gemuk dia komplen... huh! dijamin gagal menjual... tq tq, tumpang lalu ya Uncle Zabs... dan selamat berpuasa, maaf blog zahir batin

Azlan Zed said...

sungguh kureng sopan jurujual itu. hehe. ;)

ZABS said...

Salam kepada semua pengunjung blog yang budiman,

Marhaban ya RAMADHAN, ya Allah di bulan yg penuh Barakah, Rahmat & Maghfirah ini, Kau berkatilah saudara2ku yg baik ini, limpahkan RezekiMu padanya, bahagiakan dia & keluarganya, mudahkan urusannya, Terimalah Ibadahnya serta Ampuni segala dosa2nya dan kedua Ibubapanya. Selamat menunaikan Ibadah Puasa dgn khusuk dan tawaduk Insyallah. Maaf dzahir dan batin.

Mior Azhar said...

Salam Pak Zabs
Sudah beberapa tahun, PJK saya seperti tiada kesan walaupun berpuasa sebulan. Something wrong somewhere.
Selamat Ber Ramadan untuk Pak Zabs sekeluarga. Maaf kalau ada komen yang menyinggung rasa dan hati.

ZABS said...

Mior:Selamat Berpuasa juga untuk anda sekeluarga. Komen mengomen bawa bahagia. Takda hal punya.