Sunday, September 09, 2007

Kejujuran

Seorang kawan tertinggal sehelai baju "T" yang baru dibeli dikedai sukan di lapangan terbang sebelum berlepas dengan kapal terbang. Beliau sebenarnya tidak sedar pun yang baju tersebut telah tertinggal. Beliau hanya menyedarinya apabila jurujual dari kedai tersebut menghantarkan nya kepada beliau, yang sedang mendaftar untuk penerbangannya.
Isteri saya tertinggal cincinnya di salah sebuah motel yang kami tinggal dalam percutian kami. Hanya setelah kembali ke rumah baru beliau sedar akan kehilangan itu. Kami menalifon motel tersebut dan diberitahu bahawa mereka ada terjumpa cincin tersebut. Tiga hari berikutnya kami menerima cincin tersebut melalui pos berdaftar yang ditanggung oleh pihak motel.
Semasa hendak menaiki sebuah teksi di hadapan sebuah kedai, saya telah tertinggal sebuah kamera, kerana ada barangan lain yang lebih saya pentingkan ketika itu. Setelah sampai ke destinasi, baru saya teringat akan kamera tersebut. Kami pergi ke tempat itu semula dan mencarinya jika ia masih di sana. Dalam kami mencari itu tuan kedai keluar dan memberi isyarat adakah kami sedang mencari kamera yang ditangannya itu. Kami ucap terima kasih yang tidak terhingga kepada beliau, beliau mungkin tidak memahami kata2 kami itu.
Ketiga-tiga insiden itu berlaku di luar negara. Yang pertama di Australia, kedua di New Zealand dan terakhir di Jepun. Begitulah sifat kejujuran yang telah mereka tunjukkan kepada orang asing di negara mereka.
Memang benar kita juga selalu mendengar, tentang kejujuran pemandu-pemandu teksi kita memulangkan semula barang-barang atau wang yang mereka jumpai di dalam teksi mereka. Tetapi tidak kurang juga yang melakukan sebaliknya.
Pernah kami kehilangan microwave oven yang di ambil untuk dibaiki, dari rumah oleh pekerja kedai membaiki barang2 elektrik. Salah kami kerana tidak meminta resit penerimaan, tetapi bukan salah kami, apabila pekerja tersebut memutuskan untuk berhenti kerja selepas itu.
Kami juga kehilangan sebuah video camera yang baru sahaja digunakan untuk mengambil gambar majlis konvo anak yang baru menerima ijazah. Kamera tersebut hanya tertinggal beberapa minit sahaja di meja yang tidak dijaga.
Jikalaulah orang yang mengambil itu mempunyai pemikiran bahawa walaupun orang tidak melihat apa yang dia buat, tetapi Allah Maha Melihat, perkara seumpama ini tidak akan berlaku. Tetapi kita juga perlu menjaga barangan milik kita, agar tidak membuatkan orang lain teruja untuk mengambilnya tanpa kebenaran kita.

9 comments:

tokasid said...

Salam pak zabs:

I'm sure orang yg jujur di Australia,NZan Japan tu bukan Muslim kan?

And saya rasa kes2 di negara kita terlibat dgn org Melayu Muslim. Betul tak?

Adalah sangat ironik, bila Islam mahukan dan mengajar umatnya supaya JUJUR, perlakuan kita adalah sebaliknya. Sebaliknya, org yg bukan Islam mengambil sikap yg ALLAh mahukan( spt Jujur, amanah dan menjaga kebersihan sendiri dan tempat awam).

Di mana silap kita?Kerana kita telah menganggap Islam selah-olah umpama adat sahaja, kerana kita kurang faham ttg Islam sendiri. Kita tidak ingat bahawa sifat jujur,amanah dan bersih bila di lakukan akan memperolehi pahala. Jika kita berbuat sebaliknya kita memperolehi dosa. Atau mungkin dosa dan pahala sudah tidak bernilai lagi bagi kita hari ini.

(Saya sedang membaca buku The Road to Mecca karya Muhammad Assad seorang Yahudi Poland yg telah berkembara di seluruh Eropah dan Asia Barat. Setelah membandingkan kekosongan jiwa org Barat dan melihat ketenangan orang Arab, beliau akhirnya menjadi Islam. Pemerhatian beliau: Orang Barat telah mengasingkan jasad dari bathin dan atas sebab itu mengejar dunia semata-mata. Muhammad Assad ketika itu sudah bimbang kerena di Iraq dan Jordan dan Syria telah mula ada pengaruh barat dan pemikiran Barat( British dan frabce) dan Muhamad Assad merasakan orang Islam bila mengambil nilai-nilai Barat akan mencampak agama ke tepi yang akhirnya jiwa mereka akan kosong dan menjadi materialistik untuk menampong kekosongan jiwa(spiritual void). Sebuah buku yg amt baik, malah buku terbaik pernah saya baca)

Fauziah Ismail said...

Salam Pak Zabs
Orang kita berpegang kepada pepatah Inggeris, finder's keepers, which means what you find is what you keep, padahal ini soal amanah.

Bergen said...

Soon everyone will stealing this country blind. It's already happening. BTW, thank you for visiting, sir.

Fauziah Ismail said...

Salam Pak Zabs
I have tagged you. Please visit my blog for details.
Selamat Berpuasa.

Azlan Zed said...

kejujuran amalan yang mulia. :)

ZABS said...

TA: Terima kasih. Benar seperti tanggapan anda itu. Kita tidak jadikan Islam sebagai cara hidup. Islam hanya semasa beribadah. Di masa yang lain kita tidak mengamalkan apa yang Islam mahu kita laksanakan. Terima kasih atas review buku tersebut. Akan dapatkan secepat mungkin.

ZABS said...

Fauziah: Pepatah itu Inggeris gunakan pada masa dan keadaan yang tidak sama dengan penggunaan kita. Barangan yang kita jumpa dalam rumah kita sendiri pun ada tuan punyanya, inikan pula terjumpa di jalanan.
Tag kali kedua untuk saya pada tahun ini. Yes, why not. Akan ikhtiarkan apabila dapat ilham untuk ditulis.

ZABS said...

Bergen: Kita tidak boleh biarkan ini berlaku. Tanamkan azam untuk menyahkan mahluk perosak ini secara berkesan bila ada kesempatan.

ZABS said...

Alan: Jujurlah kepada diri kita sendiri dahulu, baru boleh berlaku jujur kepada orang lain.