Wednesday, September 05, 2007

Karnival Sukan


Pada 25hb Ogos lalu saya menemani isteri dan anak untuk menyertai karnival sukan seperti di atas. Percaya atau tidak ini adalah kali pertama HKL mengadakan Hari Keluarga begini, sejak di tubuhkan puluhan tahun dahulu. Itulah yang dikatakan oleh Pengarahnya semasa berucap merasmikan karnival tersebut. Pada anggaran saya HKL mempunyai lebih kurang 6000 setaf. Tetapi pemerhatian saya mungkin 1/6 sahaja yang datang pada hari tersbut.


Acara yan sepatunya bermula pada jam 7.00 pagi, terlewat sedikit kerana hujan. Hanya pada jam 8.00 baru bermula dengan acara senamrobik.


Selepas acara senamrobik, Karnial di rasmikan pembukaannya oleh Pengrah HKL, dan seterusnya penonton di persembahkan dengan tariaan "Poco poco", yang rasa amat popular di kalangan golongan wanita berumur 40an ke atas. Seramai lebih 200 penari melakukannya. Dengar cerita mereka berlatih hampir dua bulan unuk menyeragamkan "steps" tarian tersebut.


Selepas itu barulah acara karnival bermula. Ada berbagai acara termasuklah untuk kanak-kanak dan dewasa. Antara acara yang dijalankan termasuk:


Lari dalam guni.


Berjalan beramai-ramai dengan terompah besar.

Mengisi air dalam botol menggunakan sponge.

Larian monyet.

Mengupas kelapa tanpa guna parang atau lain-lain alat.

Zorro datang untuk memeriahkan suasana.


Sebahagian penonton yang hadir.

Dan sudah tentu acara akhir, ialah tarik tali.
Kami tidak menunggu sehingga akhir, kerana hendak menghadiri satu majlis kahwin pada tengaharinya. Walaupun pertama kali diadakan, ianya agak meriah dan karnival berjalan dengan baik. Semoga ia dapat mengeratkan lagi kerjasama semua setaf di HKL, dan agar ia dapat dijadikan acara tahunan selepas ini.

17 comments:

Fauziah Ismail said...

Salam Pak Zabs
I prefer family day anytime compared with staff dinner, where you bring only yourself, not even your spouse/partner.
Family day is an event where organisations can take advantage of to appreciate not only their staff but their family/families as well.

Unknown said...

Hi Zabs,

Woo...looked like you guys had great fun. What did you take part in? I saw the sack race. It looked easy but donch think so. Salah langkah terguling kan..ha ha. Guling pun takpe in the name of group fun. Take care, got to go...

ZABS said...

Fauziah: Setuju bebenor dengan anda. Tetapi sesekali dinner tu okey juga, biasanya bila dinner kenalah jemput suami isteri.
Dulu semasa dalam TLDM, setiap kapal akan adakan hari keluarga setahun sekali. Jemput semua ahli keluarga naik kapal dan cruise keluar pelabuhan 3/4 jam dan balik semula. Dalam perjalanan adakan games dan jamuan untuk meraikan kaum keluarga anak-anak kapal. Cara ini keluarga dapat lihat keadaan kapal dan rutin kerja dikapal, untuk mudah diorang faham keadaan bekerja di laut.

ZABS said...

Ruby: Isteri yang seronok sebab dia dapat ambil bahagian. Saya jadi photographer je. Bukan lari dalam guni, tapi jalan dalam guni, sebab selepas beberapa orang gunakan guni tu, ia jadi berlubang dan boleh jalan-jalan dengan mudah kerana kaki dah terkeluar. Thanks for visiting.

Azlan Zed said...

zoro x naik kuda pun. hehe. :)

Kerp (Ph.D) said...

pak zabs,

ada la jugak rakan(atendan dari wisma rekod) bagitau ttg karnival ni tp takde plak sorang pon dari diorang yg pegi.

lari topik sikit. hari tu pegi HKL lepas dah berbulan tak pegi. terus confuse. jln semua dah jadi jln sehala. nak jenguk kawan kat wisma rekod kejap pon satu hal. last2 terpaksa parking kat wad bersalin.

ZABS said...

Alan: Zorro datang dengan lengang lenggoknya.

Kerp: Nak pergi hospital pun susah sekarang. Parking kena bayar, macam hospital swasta pulak. Sebenarnya isteri saya mengajar di Kolej Kesihatan Bersekutu Sg. Buluh. Sebelum ni dia di HKL, jadi tu diorang jemput untuk join sama sama.

aNIe said...

Salam Zabs...dulu tempat kerja hubby selalu buat Hari Keluarga ...ramainya staff hingga buat kat Stadium Shah Alam...seronok betul budak2 tu...maklumlah banyak hadiah banyak acara...

Kalau ada Hari Keluarga atau Hari Sukan yang melibatkan keluarga kak lady selalu masuk acara anyam ketupat...suka sebab selalu dpt juara...

Semalam anak kak lady baru bercerita dengan anak ttg tarian poco-poco...tapi tak tau lah pulah ianya terkenal dikalangan wanita 40an....

Nampaknya diorang enjoy betul dengan acara sukan tu...especially lari dlm guni...& of course tiap kali sukan...acara tarik tali paling last....

tokasid said...

Salam pak zabs:

( dah boleh tgk blog pak macam biasa sejak petang semalam, alhamdulillah).

Hari keluarga memang menyeronokkan. Sebab selain kita pergi, boleh bawa anak2 sama. Itu lah part paling best. Bila anak-anak enjoyed themselves dan along they way made new friends.

ZABS said...

Kak Lady: Itu agakan saya je (wanita 40an). Sebab ada kawan dalam tentera kata,
siap ada pertandingan lagi antara pasukan.

Tokasid: Terima kasih. Hari ini saya tak boleh baca Doc. pnya blog. Ada tajuk je, yang lain tak keluar pun sejak last night.

Mak Su said...

yeap.. semoga jadik acara tahunan... boleh release tensen gaks tu.

blackpurple @ jowopinter said...

Salam tuan,

Lama sudah tak main sukan sebegitu. Sesekali seronok juga rasanya kalau dapat main. :D

Wah! Zorro pun ada!

tokasid said...

Pak zabs:

Yes , a friend call me regarding the 'disappearing'tulisan.

What happen is kalau guna IE tak boleh nampak kalau guna firefox boleh pulak.
So tadi saya telah tukar template lain dan dah boleh baca samada IE atau Firefox. Saya ingat dah boleh sekarang.
(saya dah guna kedua-dua IE dan firefox serentak dan both sites dah boleh baca)

ZABS said...

Mak Su: Semoga begitulah hendaknya.

BP: Kerja-kerja juga. Tapi perlu ada masa untuk beriadah juga kan?

Tokasid; Dah lawat blog tuan dan nampak bertambah seri dengan tempalte baru. Alhamdulillah.

zino said...

nak tau kenapa dia org tak buat carnival sukan?

pasal org kerja HKL semua sihat2.. maklumlah kerja kat spital hehe..

ZABS said...

Zino: Nama je kerja spital, ada yang boroi juga...hehehhe

BaBy?? said...

salam..
i akn adakn projek mgnai krnival hr sukn
u ad idea nk kongsi x..
tq