Thursday, September 13, 2007

Ramadhan Kedua

Hadis untuk hari ini adalah seperti berikut:
Dari Abu Hurairah r.a. katanya: “Ketika kami sedang duduk-duduk di samping Nabi s.a.w., tiba-tiba datang seorang laki-laki lalu berkata kepada beliau,

“Ya, Rasulullah! Celaka aku.” Kata orang itu, “Aku bersetubuh dengan isteriku, padahal aku puasa”

Rasulullah s.a.w. bertanya, “Adakah engkau mempunyai hamba sahaya yang akan engkau merdekakan?”

Jawabnya, “Tidak!”

Sabda Nabi s.a.w., “Sanggupkah engkau puasa dua bulan berturut-turut?”

Jawab laki-laki itu, “Tidak!”

Sabda Nabi s.a.w., “Sanggupkah engkau memberi makan enam puluh orang miskin?

Jawabnya, “Tidak!”

Nabi s.a.w. diam. Sementara itu dibawa orang kepada Nabi sebakul kurma. Lalu beliau bertanya, “Mana orang itu?”

Jawab orang itu, “ Saya, ya, Rasulullah!”

Sabda Nabi s.a.w., “Ambillah kurma ini, dan bersedekahlah dengannya.!”

Kata orang itu, “Apakah saya harus bersedekah kepada orang yang fakir dari saya, ya, Rasulullah? Demi Allah, tidak ada keluarga yang berada antara dua perbatasan yang berbatu-batu (dari kota Madinah) Yang lebih fakir daripada keluargaku.”

Mendengar itu Nabi s.a.w. tertawa sehingga nampak taring beliau. Kemudian beliau bersabda, “Berikanlah untuk makan keluargamu."

Hadis berikut yang juga dari kitab yang sama perlu juga di beri perhatian.

Dari Abdullah r.a, katanya kami pernah mendengar Nabi s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang telah merasa sanggup untuk berumah tangga, maka hendaklah ia kahwin. Sesungguhnya kahwin itu lebih melindungi penglihatan dan lebih memelihara bagi kehormatan. Dan siapa yang belum sanggup, hendaklah dia puasa, kerana puasa itu dapat mengurangi nafsu berahi."

6 comments:

tokasid said...

Salam pak zabs;

Jazakallah khair.
Hadith pertama menjadi dalil tidak boleh berjimak di siang hari ketika berpuasa. Dan juga menjadi dalil akan kafarrah yg dikenakan ke atas sesiapa yg berjimak di siang bulan Ramadhon.Denda tersebut mestilah mengikut urutan sabda Nabi saw iaitu membebaskan hamba sahaya yang beriman(zaman sekarang tak ada), kemudian berpuasa 2 bulan berturut-turut( tanpa ada selang seli.Jika tertinggal sehari,maka mesti di mulakan semula dari awal,walaupun yg batal itu cuma 2 hari atau sehari lagi nak selesai). jika tidak mampu juga( mungkin sebab sakit atau ada keuzuran) maka hendaklah memberi makan kpd 60 orang miskin.

Hadith ini juga mengisyaratkan bahawa denda ALLAH adalah utk semua tak mengira samada senang atau susah,miskin atau kaya.Hukuman ALLAh adalah sama rata.

Dalam hal berjimak ini,terdapat sedikit kekeliruan dalam masyarakat kita di Malaysia. Saya pernah mendengar dalam soal jawab agama di radio, ada ustaz menyatakan,jika hendak berjimak di siang Ramadhon, seseorang hendaklah berbuka puasa(makan/minum) kemudian boleh berjimak.
Pendapat ini adalah salah. Harus di ingatkan, kita haram membuka puasa jika belum sampai waktu matahari tenggelam. Sanggupkah kita membuat dosa besar hanya kerana nak berjimak di siang Ramadhon?
Perlu di ingatkan, kita boleh berjimak pada waktu malam( dari maghrib sehingga Subuh)di bulan Ramadhon.

Dari hadith pertama tadi mungkin akan ada yg bertanya: Adakah yg kena puasa 2 bulan berturut-turuit suami,isteri atau kedua-duanya sekali?

Ketahuilah, fitrah wanita yg mempunyai haid,tidak mungkin akan dapat berpuasa 2 bulan berturut-turut. Dan selalunya yang bernafsu utk berjimak bermula dari suami.Isteri cuma menurut permintaan suami agar tidak derhaka.
Dalam hal ini, yang dikenakan berpuasa 2 bulan berturut-turut hanyalah SUAMI sahaja.Isteri tidak perlu,cuma isteri mesti mengqada'kan puasa yg terbatal itu.

Wallahu'alam.

ZABS said...

Salam TA,
Terima kasih kerana memberikan penerangan yang jelas, tentang hadis tersebut. Jazakallah khair.

NBK466 said...

Maka dari itu bebawak ler sabar ek..tunggu ler lepas berbuka..he..he.he..

zino said...

pak zabs..
selamat berpuasa..

terima kasih toksid kerana perkongsian ilmu ..

ZABS said...

Salam Zino,
Selamat berpuasa untuk anda.

Azlan Zed said...

hurm, lepas ramadhan, kena puasa sunat la gamaknye. hehe. :)