Thursday, August 02, 2007

Rokok 2

(Kiri ke kanan - Dr. Jeffrey Wigand, Russell Crowe, Al Pacino, Lowell Bergman)

Pada malam semalam saya telah tertonton satu movie, The Insider, di stesen Astro, cerita tentang Dr. Jeffrey Wigand, yang mendedahkan konspirasi pengilang rokok yang besar di US, memanipulasi maklumat tentang rokok untuk mengaut keuntungan.

Selepas menonton filem ini, yang berdasarkan kepada cerita sebenar, saya telah melayari laman web ini, dan menemui banyak maklumat yang saya rasa rugi, jika tidak dikongsi dengan perokok tegar yang kadangkala ada melawat ke blog ini. Lawatilah blog tersebut untuk kepuasan anda merokok.
Dalam banyak-banyak artikel yang saya jumpa dan baca, artikel ini amat menarik untuk di beri perhatian, terutama bagi mereka yang ingin berhenti merokok.

Saya tidak bermaksud untuk melarang anda dari merokok, tetapi mungkin anda boleh baca sendiri kenapa anda perlu berhenti merokok, seperti di bawah dan banyak lagi:

"You will live longer and feel better. Quitting will lower your chances of having a heart attack, stroke, or cancer. The people you live with, especially children, will be healthier. If you are pregnant, you will improve your chances of having a healthy baby. And you will have extra money to spend on things other than cigarettes".

Renung-renungkan dan selamat mencuba.

16 comments:

Fauziah Ismail said...

Salam Pak Zabs
I lost an uncle due to lung cancer caused by smoking. He was in excruciating pain in the final two weeks. I cared for him then, so I know how bad it can be. I was with him when he took his final breath.
I can recall vividly the times I was with him, his cancer-ravaged body on the bed, doubling over in enormous pain after the morphine had worn off, waiting … just waiting to die.
It has had profound impact on me to this day.
I used to nag my late father before to stop smoking but after a while, I stopped. I tahu sampai kering air liur pun, if he doesn’t want to stop smoking, he wouldn’t do it. But he did years before he passed on.
So, I used the same tactic on the other half. Nag endlessly and then I stopped. Alhamdulillah, atas kesedaran sendiri (or maybe he thinks I couldn’t care less about what he is doing to himself) that he stopped smoking last year.
Now, there are two other friends I’m trying to convert. I hope it will not be too late.

p/s I watched the AFI Lifetime Achievement Awards last week and I must say Al Pacino looks far handsomer now than when he was young!

ZABS said...

Fauziah: Thank you for sharing your story. I used to be a heavy smoker too. I stopped about 12 years ago, hoping that my sons will not catch up with it.However, that is not to happen. I hope they will realised it sooner, rather than later..

13may said...

Salam PakZabs,
Tima kasih PakZabs untuk entri ini:)

saya sekrg masih lagi merokok, tapi tak kuat sangat...
dan saya noticed, saya akan kuat merokok jika lepak bersama kawan2....
dan bila saya dok sorang2...
keinginan nak merokok tu amat kurang...sometimes, isap setengah batang pun dah buang...
tapi bila ngan kawan2, tak cukup isap sebatang....koman koman 2 batang....sambung puntung kata orang...

dan saya terfikir, adakah saya perlu menjauhkan diri dari kawan2 saya yg merokok jika saya ingin berhenti???

hmmm...kalau ini jawapannya, adalah amat sukar untuk saya melakukannya....sebab kalau saya tak cari kawan saya, depa yang datang cari saya...jika saya tak merokok, depa akan pelawa saya isap rokok...
alehaiii....susahnya...

PakZabs ada apa2 cadangan???

ps: saya penah jumpa doktor dan bertanya tentang ini, doktor syorkan saya cari kawan baru...hmmm..

ZABS said...

May: Ini mungkin boleh membantu. "Sebagai kawan tentu mereka mahu yang terbik untuk kita. Beritahu mereka anda ingin berhenti merokok, dan minta mereka membantu. Minta mereka secara ikhlas supaya tidak merokok atau offer rokok kepada anda. Cari kawan baru yang tidak merokok.
Apabila anda merasa ingin merokok cari kawan untuk berbual, pergi berjalan2 atau sibukkan diri anda dengan kerja atau berblog. Hilangkan rasa stress dengan mandi air suam, bersukan atau baca buku dan blog.
Apabila mula mahu berhenti merokok, tukar rutin hidup anda, sarapan ditempat yang berlainan dan minum tea tidak lagi nescafe. Amnbil jalan lain untuk ke tempat kerja. Banyk kan minumair kosong dan sayuran."

13may said...

tima kasih PakZabs untuk tips yg diberikan itu. Mungkin saya buleh cuba..

saya adalah peminum nescafe yang agak tegar..kalau buleh 24jam nak minum nescafe...sehari tak minum, rasa tak bermaya sangat...

baru baru ni saya kena serangan gastrik yang agak teruk...
so, saya kurangkan nescafe atau minuman berunsur kafein dan banyak minum air kosong...dan saya juga dapati, keinginan merokok juga menurun bila saya kurangkan nescafe...

dulu sehari sekotak saya hisap...nescafe ntah berapa cawan saya minum...

then kena gastrik....saya kurangkan minum nescafe dan otomatik ketagihan merokok menurun....rokok menjadi sekotak dua hari....

pastu kena gastrik yang agak kronik....then saya cuma minum nescafe sehari less than dua cawan...otomatik rokok jugak dah reduce kepada sekotak dah dekat 3 hari...2 hari setengah camtu....

so, soalan saya...saya nak bertanya..
apa kaitannya nescafe/kopi dengan rokok???
Adakah saya juga terpaksa berhenti minum nescafe???
dan bagaimana dengan teh...setahu saya, teh juga mempunyai unsur kafein kan???

Maaf jika saya banyak bertanya...
sebab saya percaya..untuk berjaya kita kena belajar dengan orang yang dah berjaya...hehhe

ZABS said...

May: Mungkin ini boleh jawab soalan anda itu. Saya pun kurang arif juga.
"Caffeine is a mild stimulant that affects the central nervous system. It is found naturally in about 60 varieties of plant, of which cocoa beans, tea and coffee are the best known.
The amount of caffeine consumed through beverages varies tremendously, depending on the strength of the drink and how much is consumed each day. In Britain, an average cup of instant coffee (approximately 150ml) contains about 60mg of caffeine.

Decaffeinated coffee contains about 3mg. For comparison, a cup of filter coffee contains about 80mg, a can of cola about 40mg and a cup of tea about 40mg."

Secawan Nescafe yang decafeinated kurang kandungan caffeine (3mg) dari tea, dan kandungan caffeine dalam tea (40mg) kurang dari nescafe biasa (60mg).

Kaitannya, bila kita dah minum benda manis2 kita akan cari rokok. Teh boleh minum tanpa gula. Jarang orang minum kopi tampa gula.

Tak perlu berhenti minum nescafe, cuma kurangkan je. Pagi secawan, petang secawan takda masalah.

Saya pun masih minum nescafe,
(3 in 1). Takda pula ketagih kan rokok.

Kena jaga diri dari muda. Kerana kita tak tahu berapa lama kita akan hidup lagi. Kita mahu supaya sampai tua badan masih sehat. Kesihatan, adalah anugerah Allah yang perlu disyukuri/dijaga.

Mak Su said...

Terima kasih Pak Zabs.

13may said...

Tima kasih byk2 PakZabs :)

ZABS said...

Mak Su: Tak hisap rokok kan?

NBK466 said...

Ada niat nak stop nie Zabs... harap2 bulan pose nie buleh berjaya ler...AMIN..

Azlan Zed said...

hurm, terkono den. ;)

ZABS said...

NBK: Macam tu lah, sekurang-kurang nya dapat berhenti sebulan. Lagi bagus kalau berterusan.

alan: Bukan tersengaja. Sengaja2 je nak hisap, kan? kan? kan?

BayuKK said...

erm ! cakap pasal rokok nie...nak kongsi juga sebab kebetulan hari tu saya menghadiri seminar 'kempen nafas baru'...ni semua pasal rokoklah..

Memang banyak info yang di berikan pasal rokok ini dan sebaik - baiknya bagi sapa - sapa yang ingin berhenti merokok...memang bertepatan lah tu tindakan nak berhenti merokok tu..

Bergen said...

Thank you for visiting, sir. This is a good piece. I don't smoke.

Eddie Putera said...

now i no more smoke smoke cigaret. I smoke pipe. Can ah ?

ZABS said...

bayukk: Kalau nak mula merokok memang senang. Ramai nak tolong hulur pun. Tapi bila dah mula tu, nak berhentikan susah.

bergen: Good for U and your lung. My lung,I think still ok after 18 years of smoke abuse, manage to stop 12 years ago.

adiejin: Pipe lagi ok, lagi banyak asap yang dapat disedut. Lain orang lain ketentuannya. Arwah bapa saya juga hisap paip. Sihat sehingga akhir hayatnya. Alhamdulillah, Cuma kalau tak hisap rokok, isteri tak komplen busuk bau rokok. Atau dia cium baju, dan basuh hanya bila dah ada bau asap. Ada ke?