Sunday, August 12, 2007

Pilihan

(Gambaran Hiasan Saja - Semua Nya Sudah Di Punyai)

Tujuan saya mengeluarkan entri ini bukanlah bertujuan untuk menimbulkan apa-apa kontroversi atau mahu mengundang sebarang pandangan negatif , tetapi hanya ingin berkongsi pandangan, setelah membaca satu artikel menarik di sini.
Setiap manusia mempunyai cita rasa sendiri apabila membuat pilihan, walau untuk tujuan apa sekali pun. Ini termasuklah apabila memilih pakaian, makanan, rumah, pekerjaan, kereta, kawan dan juga pasangan hidup. Ya, terutamanya pasangan hidup. Di sini saya hanya ingin berbincang tentang pilihan kaum wanita seperti tertulis di dalam artikel tersebut.
Walau pun kajian ini telah dilakukan di luar negara, saya rasa ianya, seperti kita sedia maklum, dunia tanpa sempadan, ada persamaan pendapat dengan cik2 dan puan2 di sini.

Kajian yang dibuat melalui internet ini mendapati bahawa wanita lebih suka memilih lelaki yang beperawakan lemah lembut, berdahi licin, berkulit halus dari lelaki yang tegap, sasa dan berotot, untuk menjadi teman jangka panjang mereka. Mereka menanggap lelaki begini akan lebih komited dan jarang akan berlaku tidak jujur.

Kajian itu juga merumuskan bahawa lelaki yang berwajah menarik, bibir yang penuh, bermata luas, bulu kening yang nipis dan melengkong, adalah sensitif dan sesuai dijadikan pasangan untuk jangka panjang.

Hasil kajian itu juga mendapati adalah sebaliknya, tentang pandangan umum yang mengkaitkan lelaki yang macho sebagai seorang yang sihat dan tidak mudah diserang penyakit. Iasemstinya begitu. Lelaki tersebut mungkin boleh menjadi seorang yang dominance, tetapi tidak semestinya dia dalam tip top physical condition.

Satu lagi yang menarik ialah, wanita juga sukakan lelaki yang berwajah lebih matang (tentu anda terfikirkan seseorang yang berkahwin dengan lelaki matang kan?) Ops.... cukup disini.

23 comments:

BayuKK said...

salam Uncle Zabs.

...nak tambah satu pic kat atas tu bleh kah? hehehe...

ZABS said...

Salam bayukk,
Mula ada niat nak letak gambar jejaka dambaan wanita di malaysia, tapi takut kalau ada orang ambil tindakan undang-undang pulak.

Unknown said...

Nasib baik aku nampak matang. Tak matang saja la. Umuq 51 tapi ramai yang tanya "dah pencen?". Pompuan suka la kot no? Kalau yang lain tak suka lantak kat depa asalkan bini aku suka cukup la.

ZABS said...

Salam NTN,
Itu yang penting. Orang lain nak kata apa biag pi la. Tak perlu ambil hati lah.

Sunan_Jati said...

Assalamualaikum,,,

mulakan hari dgn bismillah...

semoga semua dpermudahkan utk kite..
err... salam ziarah pakcik... hehehh
horayyy!!!!

ZABS said...

Waalaikummussalamwarahmatullahhi wabarakatuh Sunan,
Terima kasih atas kunjungan. Maaf tak dapat nak balas kunjungan, tak jumpa ruangan anda.

tokasid said...

Salam pak zabs:

Interesting article you linked here.

Tujuan studies like these adalah utk mencari satu common factor ciri-ciri yg manusia suka. tetapi walaupun studies tu di anggap global, sebenarnya ia lebih mencerminkan apa yg wanita barat mahukan dari pasangan masing-masing.
memang ciri-ciri tersebut jugak di kongsi oleh wanita timur. Tetapi sebenarnya pelbagai faktor terutamanya faktor culture setempat, faktor ekonomi, faktor agama amat berperanan. Cuma di sebabkan kita sering di sogok oleh budaya barat dari setiap pelusuk(terutama dari sudut hiburan dan seni) maka kita dapati semakin ramai wanita timur juga mengambil pendapat2 wanita barat dalam ciri2 pasangan ideal.

Ramai juga kita dapati, setelah mendapat lelaki/wanita seperti yg di idamkan tiba2 tak sampai 1-2 tahun ikatan mereka lebur di tengah jalan. Mengapa? Kerana ciri-ciri yg di idamkan kebanyakkannya sekadar ciri-ciri utk kebangaan diri( eg aku ada bini cantek,aku ada laki hensem,aku ada laki kaya raya, aku ada bini cantik dan berharta) yg mereka rasa boleh membahagiakan mereka. Ciri-ciri yg seperti Islam mahukan( utamakan yg beragama-ie ada ilmu agama dan takut pada ALLAH) kebanyakkan sudah tidak lagi di ambil berat.
Bahagiakah kalau beristeri/bersuami lawa/cantik/hensem tapi maksiat buat jugak? Affairs di luar ligat jugak( baik laki baik bini)?

ZABS said...

Salam TA,
Terima kasih atas ulasan yang sungguh tepat itu. Itulah sebabnya Islam, menyuruh, untuk memilih calon suami/isteri biar dipilih yang ada Agama dahulu, baru yang lainnya saperti, rupa paras, harta benda dan keturunan. Wallahua'lam.

Mereka salahkan jodohlah bila dah berlaku perpisahn tu Doc.

Mak Su said...

seb bek dah tak perlu pilih-memilih lagik.. selamat.. selamat

ZABS said...

Mak Su,
Alhamdulillah, tentu Mak Su dah pilih yang terbaik kan? Semua yang berlaku adalah yang terbaik untuk kita. Cuma ada ketikanya kita tak tahu menilainya.

Fauziah Ismail said...

Salam Pak Zabs
Dalam memilih pasangan, tentunya ada hits and misses. Ada pilihan yang tepat, ada yang tersasar.
Tak perlu tall, dark and handsome if at the end of the day, the woman is going to suffer (sebab ramai yang minat!).
Yang penting, beriman, bertanggungjawab, saling hormat menghormati, sayang menyayangi ...

ZABS said...

Fauziah: Dah masuk ke Malaysia semula ke? Keadaan semasa sekarang, bukan Tall, Dark and Handsome lagi jadi pilihan, tetapi yang tebal wallet dia, besar kete dia dan tinggi jawatan agaknya.

"Yang penting, beriman, bertanggungjawab, saling hormat menghormati, sayang menyayangi ..." (Pilihan yang tepat bukan "misses")

blackpurple @ jowopinter said...

Salam tuan zabs,

Susah nak cakap tentang pilihan wanita sekarang. Di luar jangkaan. Mungkin sebab itu ramai lelaki lebih suka membujang sekarang kot. :)

Unknown said...

salam uncle...

pd pndgn sy persoalan ni subjektif. tp yg saya tau lelaki tak hensem suka pompuan cantik. so, disebabkan sy tak cantik sure suami saya esok hencem. yay! he he ;)

Azlan Zed said...

oh, saya berwajah matang tapi perangai saya, ayahanda pun tahu. hehe. nice n3. :)

sheemi said...

Salam Uncle..

looking at uncle and aunty.. memang macam pinang dibelah dua.. hehehe.. very secocok!

i guess for me, it's not so much of looks or wealth, but the most important thing is that we find the one who CLICKS... and makes us happy and completes us..the one who makes us WHOLE.. tapi kalau handsome tu sangat bonus la..complete package..hehe :)

Alhamdulillah..

pB said...

Salam Abe Zabs ...

pilihan ...??
Kdg kdg kita ada pilihan .
Kdg kdg kita tiada pilihan .

Namun, apa yang Allah berikan pada kita, itulah yang terbaik.

Cuma, seringkali hasutan syaitan yang membuatkan kita sering berfikir dan menyesali akan pilihan yang kita buat itu ....

Apa apa pun, kita kena redha kerana setiap pilihan itu akan kelebihan masing masing ...

Tak gitu ...

ZABS said...

Salam untuk semua,
BP: Kalau sudah dipilih, kenapa nak membujang!

Cik Kema: Mudah2an dimakbulkan. InsyaAllah.

Alan: Ayahanda tak cakap..

Sheemi: TQ for the nice words. Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Tetapi kita sendiri yang mampu melakukan yang terbaik untuk kehidupan kita.
Seperti kata Doc. Tokasid:
"Bahagiakah kalau beristeri/ bersuami lawa/cantik/hensem, tapi maksiat buat jugak? Affairs di luar ligat jugak (baik suami mahu pun isteri)?"
Bak kata auntie, "Sendiri mau ingatlah."

pB: Semoga Puan bahagia selalu di samping keluarga yang disayang.

13may said...

Salam PakZabs,
Pompuan memang suka ngan lelaki yg berumur ni..antara sebab2 yg membuatkan mereka suka ialah:

1) matang...
2) makin tua makin menjadi...

hahha..just kidding:D

ZABS said...

May: Makin jadi apa agaknya ye? Makin nyanyuk ke?

NBK466 said...

Den pun heran awat den nie ramai peminat p'puan..skg baru den faham..he.he.he..

ZABS said...

NBK: Pominat yo takpo jang. Jangan lobeh2, kang kok kono tido kek luar, tak dapek den nak nolong doh.

Accia said...

salam pak zabs,
tergelak saya baca komen-komen di sini. :D

mungkin betul jugak, jodoh kita dikalangan yang lebih kurang sama. hanya beza umur, saya dan suami, 5 tahun.