Monday, August 06, 2007

Adil Kah Kita?

Agak pelik jika difikirkan, apabila kita, pada ketikanya memberi lebih perhatian/layanan kepada orang yang baru kita jumpai, melebihi dari layanan yang diberi kepada ahli keluarga kita.

Kita lebih memandang kepada anggapan kawan-kawan tentang kita. Kita sentiasa akan ada masa untuk mendengar luahan perasaan orang yang kurang kita kenali. Malahan, kita juga akan luangkan lebih masa untuk mereka, dari kepada anak-anak dan ibu bapa kita.

Realitinya, ibu-bapa kita, setiap hari berkorban untuk kita, tetapi adakah kita terfikir akan pengorbanannya itu? Berapa kali sebulan kita balik menziarahi mereka atau sekurang2nya, menelefon mereka.

Tetapi sebaliknya, sedikit pertolongan dari orang yang baru kita kenali, akan terpahat kuat di ingatan kita. Kita juga akan menghabiskan banyak masa dengan kawan-kawan, untuk lepak2 sambil menonton bola. Tetapi sedikit masa berada di rumah sudah terasa bosannya.

Kita sepatutnya menukar situasi ini. Ahli keluarga hendaklah diberi layanan terbaik dan sebaik mungkin (they deserve the best), dan rakan diletak pada tempat kedua dan seterusnya.

Biasanya kita akan hanya mengenang kebaikan seseorang itu, apabila mereka telah tiada lagi. Ia sesuatu yang yang baik, namun adalah lebih baik jika kita dapat menzahirkannya semasa mereka masih bersama kita. Kerana sekurang-kurangnya, kita akan dapat tahu betapa gembiraya mereka dengan keprihatinan kita terhadap insan2 yang ita sayangi itu.

Terima kasih kepada semua anak-anak keseluruhannya, walau telah berkahwin, bekerja di luar kawasan, belajar di luar negera/di dalam negeri atau tinggal bersama keluarga, tetapi masih tetap mengambil berat terhadap kebajikan ibu bapa mereka. Anda semua juga akan mengalami pengalaman yang sama di suatu masa kelak. "What goes around will comes around".


(Kandungan N3 ini tidak ada kena mengena dengan mana-mana makhluk yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Kalau ada yang terasa pedasnya, minumlah air banyak-banyak)

25 comments:

pB said...

Salam Abe Zabs ..

apa yang Abe Zabs tulis ni adalah benar , sebenar benarnya ...

Acapkali inilah yang berlaku dalam kehidupan kita ....

Masa ada , diabai abaikan.
Bila tiada, barulah sedar akan erti kehadiran ....

Mak Su said...

uncle zabs - betul tu, jgn menyesal bila yang disayang telah pergi. TQ

Azlan Zed said...

family comes first. others can wait. ;)

13may said...

salam PakZabs,
Entri yg menarik....

dan saya amat tertarik part disclaimer kat bawah tu..yg kaler hijau :D

blackpurple @ jowopinter said...

Entri ini bersira mesej yang dalam.....

Lumrah manusia. Dikenang-kenang, dipuja-puja, dihargai setelah tiada.

:)

ZABS said...

Salam pB, mak su, alan dan May:

Saya pernah terbaca tentang hal ini. Di sini saya cuma olah untuk sampaikan dengan cara saya.
Moga2 dapat memberi sedikit keinsafan kepada kita insan yang mudah lupa ini.

ZABS said...

BP: "Dikenang-kenang, dipuja-puja, dihargai setelah tiada." Inikah yang kita mahu untuk diri kita?

Count Byron said...

Zabs, thanks for the visit. I love the sensitivities displayed here. The sacrifices of our parents and those dear and close to us are always taken for granted. They will not be missed until they are missing. I am humbled by this entry because there are lessons I have to learn, and learn them good I must.
Thank you Zabs. Thanks. Salam

ZABS said...

Count: Thanks for your visit too. Bukan tujuan untuk mengajar, cuma ingat meningati sesama insan yang lemah, di dunia yang fana ini.

BayuKK said...

salam Uncle Zabs.

sebaiknya utamakan keluarga dahulu...

sheemi said...

salam uncle..

lama juga sheemi tak leave a comment.. but as your son said, i am an ardent fan and have been following your blog on a daily basis without fail..

speaking of family, hope you don't mind me sharing a quote that i stumbled upon:

Other things may change us, but we start and end with the family.
-- Anthony Brandt

i'm glad i have a wonderful family and i'll soon be part of another wonderful family too :)

tokasid said...

Salam pak zabs:

Jazakallah for this entry. A good reminder utk kita semua yg sentiasa 'sibuk' atau sentiasa menyibukkan diri hingga yg utama kita terlepas pandang.

Saya akui, ada kalanya saja juga terkena penyakit ini. Cuma tidak terfikir( mungkin juga saja tak mahu fikir kot). reminder ini memang pedas,tapi pedas yg sedap dan bermenafaat. Tima kasih pak zabs.

zino said...

setiap bulan saya akan berusaha balik kampong menziarah dan berjumpa ke dua org tua..

tanpa mereka siapa lah kita..

so'od said...

tersangatlah betul..
bila dah kawan2 x boleh tolong, tau pulak nak mintak tolong family..
sedangkan jarang mau ingat masa senang dulu..

ZABS said...

Sheemi: TQ for keeping this blog company. TQ for also sharing the quote with us. Wonderful children comes from wonderful family. And I know, that wonderful family will also welcome you as part of their family.

ZABS said...

bayukk: Seperti quotes yang diberi Sheemi "Other things may change us, but we start and end with the family." Air di cincang takkan putus.

TA: Kita kena ingatkan diri kita dahulu dan jika ada yang lain turut dapat diingatkan juga, Alhamdulillah.

Zino: Anak mithali gitu.

Doc. Am: Dari pembacaan pada tulisan anda, uncle percaya anda mempunyai keluarga yang amat penyayang dan prihatin. Syukur.

Accia said...

salam pak zabs,
ala pak zabs, dah try tulis macam-macam kat sini tapi saya delete balik.

sebenarnya, saya gagal nak mengingati orang yang saya kenal, yang tak sedar akan hal ni. tapi bila tengok balik, padanlah mereka tak boleh sedar jugak, sebab what goes around comes around.

ZABS said...

Accia: Lain kali kalau ada tersilap komen, sebelum nak delete "copy" dulu, bila masuk tempat komen semula, boleh "paste" kan dan betulkan mana yang salah.
Untuk berubah ia perlu datang dari dalam diri sendiri. Kita tak berupaya mengubah orang yang tak mahu berubah. Tambahan pula jika dia merasakan dirinya sentiasa betul.

sakurasa said...

kasihsayang ayahbonda terlalu indah untuk d kenang....

ZABS said...

Sakurasa: Kenangan indah tidak ternilai. Ia akan kekal walaupun nanti mereka sudah tiada.

aNIe said...

Salam...

Entry ni membuat kita merenung jauh segala apa yang telah kita lakukan...menginsafi diri...kerana ada kalanya kita tidak sedar apa yang kita lakukan sehinggalah ada pihak yang mengingatkan...

Terima kasih Zabs kerana berkongsi..

Fauziah Ismail said...

Salam Pak Zabs
We need reminders like these often enough. We forget at times, being caught up with the fast pace of our lives.
But it is so true that we tend to appreciate people only when they are gone. By then it will be too late. And we will continue to live with the regret.

ZABS said...

Kak Lady dan Fauziah:
Semoga ingatan ini dapat mengelakkan saya dan kita semua dari menyesal di kemudian hari.

solihin jamil said...
This comment has been removed by the author.
solihin jamil said...

mcm menarik jerk pulau layang2 ni..sesuai dijadikan tmpt utk berbulan madu..i'm coming on september soon...