Friday, August 03, 2007

Jambatan 1 & 2

Jambatan ini telah banyak kali saya lalui untuk ke Pulau Pinang, dan selalunya tidaklah pada masa yang sibuk. Mungkin hanya sekali pernah mengalami kesesakan, kerana sampai di jambatan itu, pada waktu orang Penang baru balik dari tempat kerja.
Kini sebuah lagi jambatan akan dibina untuk mengurangkan kesesakan yang di alami di jambatan pertama itu. Tentunya jambatan baru ini akan mempunyai banyak kelebihan dalam segala hal berbanding dengan yang pertama.

Harganya pula kalau nak tulis terlalu banyak "0" nya, jadi saya tak perlu tulislah, takut terkurang "0" nya nanti. Ia dijangka mula dibena pada November ini, dan siap pada 2011. Lama jugalah masanya baru boleh diguna.

Ini mungkin tidak akan mengurangkan kesesakan lalu lintas pada masa puncak di jambatan pertama, kerana ia adalah pilihan utama untuk keluar masuk Pulau Pinang bagi orang di sana. Laluan kedua mungkin sesuai bagi orang yang datang dari selatan untuk ke Penang. Untuk menggunakan jambatan kedua itu mereka yang dari Prai akan perlu mudik lebih 20km ke selatan untuk menggunakannya, dan tol nya pula mungkin lebih mahal.

Saya juga telah membuat sedikit tinjauan melalui laman web ini yang memberikan gambaran dari masa ke masa keadaan trafik di jambatan pertama tersebut. Apa yang saya dapati dalam masa dua tiga hari ini tidaklah banyak sangat kereta melaluinya, walaupun pada waktu puncak. Mungkin kawan2 di Penang boleh bagi info terkini kot.

Di samping projek Jambatan Kedua itu, jambatan pertama ini akan pula di tambah satu lane lagi untuk setiap laluan. Ini akan memakan belanja lebih RM400 juta. Kerja persediaan pula sedang berjalan sekarang dan apabila pembinaan bermula, mungkin hanya satu laluan sahaja, setiap hala yang akan boleh diguna.

Pembinaan juga mungkin akan dibuat pada waktu malam sahaja, untuk mengelakkan kesesakan yang melampau dari berlaku. Semoga warga Penang banyak bersabar, untuk keselesaan di masa hadapan. Di samping itu, ia juga memberi ruang untuk pengagihan kepada yang layak, "kekayaan negara", dapat diteruskan.

13 comments:

tokasid said...

Salam pak zabs:

Saya rasa memang wajar pembinaan jembatan kedua di Penang tu.
Dan bila jambatan itu siap saya rasa adalah wajar semua kenderaan berat( lori dan trailers) digalakan menggunakan jambatan baru dan jambatan yg sedia ada hanya utk kenderaan kecil sahaja. Mungkin cara begini boleh kurangkan lagi kesesakan lalu lintas di situ.

Ada sahabat yg berulang alik guna jambatan sekarang bagitau ,kalau dah tersangkut samada ada accident atau ada lori kargo tersilap jalan, bersiaplah kita utk buat port kat atas jambatan.

Sebarang pembinaan mega di Malaysia mengundang perasaan skeptikal kerana berlaku " satu utk kau satu utk aku" syndrome. Atau kau garu belakang aku aku garu belakang kau.
Juga kegiatan rasuah. Ini menyebabkan kos melambung berkali2 ganda dari harga yg sepatutnya. Malangnya duit itu adalah duit rakyat.

Azlan Zed said...

hurm, ada projek di sana kah ? alhamdulillah. :)

Fauziah Ismail said...

Salam Pak Zabs
Remember the bomb scare on the bridge a few months ago? That's how chaotic it was and it was just a hoax. Imagine if it was for real!
In high density areas, there should be more than one entry and exit point.
I'm for a second bridge, only if it is done right!

Mak Su said...

selamat menyambut weekend Uncle Zabs, tak tahu nak komen apa ler pasal jambatan tu...

so'od said...

salam uncle..
sy sokong je pembinaan bridge baru, sbb byk dah dgr pasal masalah bridge sedia ada tu..
cuma harap2 tak runtuhlah mcm kat minneapolis tu..

ZABS said...

TA: Memang wajar untuk, dah lebih 20 tahun yang pertama tu dibina. Tapi colection tol belum cukup lagi kot.
Tentang sindrom "satu untuk kau, satu untuk aku" tu, yang buat harga melambung tu. Projek 1 juta untung 30%, projek 2 billion pun nak untung 30%. Sebab banyak nakkan belakang digaru sama.

Fauziah: Yes, they will have their brdge. And few others will get to be a millionaires I suppose.

Mak Su: Jangan nanti jambatan dah siap, tak puas hati. Selamat berweekend. Saya ada dua jemputan kahwin Sabtu dan Ahad ni.

ZABS said...

alan: Projek orang besar tu.

so'od: Kita berdoa agar pembinaan berhasil dengan jayanya. Dengan belanja yang dikeluarkan, tentulah kita mahu yang terbaik. InsyaAllah.

Accia said...

salam pak zabs,
bila pak zabs tulis,
"mereka yang dari Prai akan perlu mudik lebih 20km ke selatan untuk menggunakannya", saya teringat jejambat-jejambat untuk melintas jalan, yang kadang-kadang kita malas nak naik kerana perjalanannya terlalu jauh.

ZABS said...

Accia: Lumrah manusia memangnya begitu, mahu yang mudah, dekat senang, selesa dan seumpamanya. Tetapi tidak selalunya baik hasilnya.

Unknown said...

Maaf la kalau saya ni negatif sikit. Saya orang Penang dan saya setuju kalau dibuat jambatan baru sebab yg ada tak buleh tampung pertambahan penggunanya.
Saya juga tak suka pembaziran. Berapa agaknya harga dua sayap tambahan untuk orang berehat tu? Kalau dibuat dengan menggunakan sepenuhnya dana kerajaan dan tak dikenankan tol lantak lah. Ini akan dikenakan tol. Kalau buat dengan harga 2 billion tolnya dikenakan sejumlah, tak kah bila dibuat dengan harga 2.5 billion tolnya akan lebih?
Mengapa kena lebih? Sebab depa pinjam duit tu untuk buat jambatab tu. Kalau pinjam sikit interest sikit, kalau pinjam banyak interest banyak. Kalau interest dah banyak maka cost untuk maintain setahun termasuk bayaran balik pinjaman akan tinggi. Bila dah tinggi tak kah tol akan tinggi?
Buat jambatan saja cukup la. Mungkin perbelanjaan yang lebih untuk 2 sayap tu buleh buat extra lane, itu lebih baguih dari dok buat benda yang tak ada faedah tu. Pada waktu malam bila traffic lenggang orang nanti guna tempat tu buat projek pulak. Nanti penuh dengan kondom terpakai pulak.

I have nothing against infrastructure projects but don't make the public pay for them to boast that this is the most beautiful bridge in the world. Kalau bahagian sayap tu kerajaan sendiri yang nak foot the bill dan maintain then go ahead but don't burden the people for their vanity.

ZABS said...

NTN: Semua orang setuju untuk buat jambatan kedua. Tetapi seperti yang Che'gu cakaplah, kenapa perlu berlebih2an. Yang penting lane yang lebih untuk kereta lalu lalang bukan sayap2 yang mungkin akan di salah guna. Tol tentulah lebih, kalau tidak apa keuntungan mereka? Ini lebih dari "Lubuk Emas" ni!

zino said...

banyak projek yg di buat berdasarkan keputusan politik bukan keputusan teknikal..

tunggu je lah akibat nya..

ZABS said...

zino: Sudah habis bengkel ke? Keputusan politik betul, tetapi dicari keputusan teknikal, untuk menyokongnya. Itu yang menjadikan, harganya berada pada tahap ketinggian yang melampau kot?