Tuesday, August 28, 2007

Bendera Ku

Kelihatan Jalur Gemilang berkibar di tiang dengan megahnya. Begitulah kedudukannya, kerana ia di reka untuk berkibar di tiang. Ia akan dinaik dan diturunkan ditiang yang disediakan pada masa-masa tertentu. Bulan sabit menghala ke kanan dan bintang dihadapannya, serta jalur merah dan putih mendatar menghala kekanan.

Apabila di reka bentuk sebagai bunting, kedudukan bulan sabit diubah menghala ke atas dengan bintang terletak di atasnya. Tetapi jalur merah putih menghala ke bawah, tidak sama seperti terdapat di Jalur Gemilang.
Ramai mahukan supaya bunting itu kelihatan seperti gambar di atas, supaya lebih konsisten dengan Jalur Gemilang.

Saya pula lebih suka jika bulan sabit dan bintang di bunting itu dibuat sama seperti, semasa Jalur Gemilang berkibar di tiang, seperti gambar di atas. Apa kata survey?.......

(Gambar-gambar telah diubahsuai untuk tujuan demonstrasi).

21 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

Ya. Saya sebenarnya agak keliru juga. Sejak dulu. Sepatutnya rekabentuk seperti yang dibuat 'bunting' itu tidak perlu ada. Cukup bendera yang asalnya itu.

aNIe said...

Salam Zabs...

kak lady pilih bunting yang no. 2...sebab kedudukan bintang, bulan dan jalur2nya sama dengan bendera yang ada...

Unknown said...

salam pak zabs...

actually kan, kalau di ikutkan etika bendera antara bangsa, satu2 bendera negara mana pun tidak harus di ubah suai ...sebagai bunting atau apa saja. bendera harus di hormati in its original shape and format. itu kata etika bendera la...

salam....perkenalan dari saya

idham

Mior Azhar said...

Salam Pak Zab:

saya macam kak lady, pilih no 2. sama reason.
Saudara Idham pun punya hemat yang betul jugak. Seeloknya bendera biarlah bendera, tak perlu dijadikan baju ker atau songkok. Apa kata tuan?

Eddie Putera said...

saya pula...hmmm susah nak pilih tu. I would go for number 2 jugak. Tapi saya masih tertanya tanya rational di sebalik gantung bendera dan seperti juga En Mior, saya tak setuju langsung motif bendera dijadikan pakaian...Entah lah..

Saya yang Daif.

tokasid said...

Salam pak zabs:

Dulu-dulu saya tidak faham erti Bendera. Tapi bila ada seorang sahabat dan guru saya beritahu bahawa pada zaman awal Islam( waktu Nabi s.a.w. dan Khalifah-ur-Rasyidin), bila berperang, akan ada seorang perajurit yg akan membawa bendera. Bendera ini akan di pertahankan agar tidak jatuh. Jika pembawa panji-panji hampir tumbang, perajurit lain akan ambil alih tugas tersebut. Pernah ada seorang sahabat Nabi s.a.w. yg membawa bendera di cantas kedua tangannya, dia mengigit panji2 sebelum di ambil oleh sahabat yg lain.

Secara simboliknya, Bendera melambangkan kedaulatan dan maruah sesebuah negara atau negeri. Oleh itu jika negara dan rakyat masih mempunyai harga diri dan maruah, bendera negara tidak akan di salahgunakan atau di cemar dengan segala bentuk pencemaran, samada di ubahsuai utk kelihatan cantik atau di buat sebagai pakaian.

Mak Su said...

pilihan bunting: B, A, C

Fauziah Ismail said...

Salam Pak Zabs
I agree with Idham. Only in recent years that buntings of flags became a craze, not only here but in other countries as well.
If indeed one needs to be done, it has to be done correctly.
It's either the second or the third one, definitely not the first.

NBK466 said...

Bro Zabs..masa kami buat BUNTING utk sambutan 15th year anniversary, BUNTING bendera M'sia kami pun tersilap (cam 2nd pic tuh) bila check dgn bahagian protokol mmg salah tapi dah tak sempat nak ubah.hu..hu.hu..

Unknown said...

Hi Zabs,

I think I shall be rather cynical here and I guess we are all entitled to our opinions.

I agree with Idham and Fauziah. I think there must not be any buntings. I think we must not overdo with all the exhibitions of our flag to the point of disrespect which is ironic and to the point of pembaziran another irony that will add to eyesores months down the road when the flags turn brown and all torn and tattered and adding to garbage in the end.

To my mind loyalty is in our actions. If I sounded hard, I think only because I have thought long and hard on this issue and everytime I see offices, complexes and homes competing mengkibar kan the FLAGS I cringed! There must be an intelligent balance please...kan??

Unknown said...

What I mean is, yes kibar kan lah bendera itu with its respect and glory at appropriate buildings and I think not to the point of overdoing it. I personally tak agree lah the flag be used at the micro level that means the public. It should be an official affair to keep the respect of the flag. I stand corrected.

Accia said...

salam pak zabs,
a'a betul jugak kata rakan-rakan mengenai flag di buntings. sebelum ni saya tak berapa kisah sangat pasal flag. once saje in my life saya rasa nak kibar, therefore saya letaklah kat balcony. lepas tu macam tak ada semangat lagi.

maaf sekali lagi pasal comment pak zabs yang misplace tu.

pB said...

Salam Abe Jenal ...

pB lebih suka kalau bendera tu tidak dibuat 'bunting'.

Cukup dengan bendera yang asalnya itu.
(eh..eh , tertiru ayat Jowopinter ler) ...

ZABS said...

Salam kapada semua yang telah memberi pendapat masing-masing. Betul, anda semua berhak untuk berpendapat demikian dan tidak ada siapa yang boleh mengatakan ia betul atau salah. Tidak salah untuk kita berselisih pendapat di sini. Tidak ada betul atau salah dalam hal ini. Ia adalah hal keduniaan yang memang banyak khilaf nya.

Saya pula berpendapat bahawa penghormatan yang sewajarnya harus diberi kepada sesuatu bendera resmi itu. Tak kiralah ia bendera syarikat ke, pertubuhan ke, persatuan ke jabatan ke, dan lebih-lebih lagi bendera resmi bagi sesebuah negara yang berdaulat.

Bendera sesuatu negara itu bukan hanya setakat suatu simbol, ia lebih dari itu. Ia satu lambang kedaulatan negara tersebut. Setiap warna dan reka bentuk yang terdapat di bendera itu melambangkan sejarah, kekuatan, perpaduan dan matlamat masa depan negara tersebut.

Bendera membawa satu konotasi yang amat kuat. It membawa pengertian yang mendalam kepada negara dan semua rakyatnya. Rakyat sesuatu negara akan membakar bendera negara yang mereka tidak bersetujun dengan pegangan politik ngara tersebut. Di setiap negara di dunia ini, cara bendera di kibarkan juga dapat memberikan pandangan atau pernyataan yang dinginkan.

Bendera dinaikkan separuh tiang menandakan ada kematian. Bendera di Raja berkibar di istana, menandakan baginda ada bersemayam si sana. Kapal menurunkan sedikit bendera mereka dan menaikkannya kembali untuk memberi hormat kepada kapal lain apabila berselisih di laut. VIP memberi tabik hormat kepada bendera apabila melaluinya ketika membuat pemeriksaan hormat tentera.

Bendera kecil negara berkaitan diletak di hadapan perwakilan resmi setiap negara semasa bersidang. Dan seperti ditulis oleh Tokasid: “Pada zaman awal Islam (waktu Nabi s.a.w. dan Khalifah-ur-Rasyidin), bila berperang, akan ada seorang perajurit yg akan membawa bendera. Bendera ini akan di pertahankan agar tidak jatuh. Jika pembawa panji-panji hampir tumbang, perajurit lain akan ambil alih tugas tersebut. Pernah ada seorang sahabat Nabi s.a.w. yg membawa bendera di cantas kedua tangannya, dia mengigit panji2 sebelum di ambil oleh sahabat yang lain.

Secara simboliknya, Bendera melambangkan kedaulatan dan maruah sesebuah negara atau negeri. Oleh itu jika negara dan rakyat masih mempunyai harga diri dan maruah, bendera negara tidak akan di salahgunakan atau di cemar dengan segala bentuk pencemaran, samada di ubahsuai utk kelihatan cantik atau di buat sebagai pakaian.”

Di dalam TLDM, petugas akan menaikkan bendera TLDM (ditarik dari bawah ke atas secara perlahan2) pada jam 8 pagi (dipanggil “colours”) setiap hari, dan menurunkan semula pada waktu matahari terbenam. Kedua-dua acara ini dilakukan dengan penuh “ceremonial”, termasuk tiupan “bosun call”, dan tabik hormat pegawai bertugas. Ya, begitulah penghormatan yang diberi kepada bendera TLDM, ini belum bendera Jalur Gemilang lagi. Semasa melakukan semua ini, bendera tidak pada satu ketika pun dibenar mencecah ke tanah.

Begitulah juga apa yang saya perhatikan di Negara luar yang pernah saya lawati terutama di UK. Di Amerika Syarikat, bendera mereka dilarang digunakan bagi sebarang tujuan pengiklanan. Ia tidak boleh digunakan untuk menutup sesuatu monument atau siling. Ia tidak boleh berlipat semasa di kibarkan. Tiada sesiapa pun dibenarkan menulis apa-apa pun di atas bendera mereka.
Itu yang dapat saya kongsi untuk kali ini.

Fikirkanlah apa yang akan berlaku kepada bendera-bendera kecil dan bunting setelah selesai sambutan kemerdekaan ini nanti. Banyak yang akan mencium bumi dan tidak dihiraukan lagi. Jangan jadikan bendera Negara sebagai sesuatu yang murah/mudah dan untuk mengaut keuntungan.

Azlan Zed said...

hurm, macam pelik la pula. hehe.

Kerp (Ph.D) said...

salam pak Zabs,

saya pilih yang last sekali tu. nampak 'kemas'. tapi bagi saya janji JG kita tdk dipasang terbalik, sengaja atau tidak, cukup dah. politik atau tidak, JG ttp identiti kita.

salam merdeka Pak Zabs.

zino said...

pada saya bendera tak perlu di buat "bunting" ke apa.. nilai nya akan jatuh..

yg paling sedih.. bendera kecik yg bersepah di atas jalan raya.. yg terbang dari kereta..

Izhal said...

salam perkenalan. cantik layout blog ni. saya suka bunting terakhir. bulan macam huruf C dan bintang macam simbol +, jadi C+.

Unknown said...

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan.

ZABS said...

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 50 KEPADA SEMUA RAKAN BLOGGERS MALAYSIA.

Unknown said...

Saya setuju sbbnya takut keliru dan menjadi isu
Lbh baik bendera dan bunting same je keduduknnya iaitu bilan sabit baru la bintang