Monday, July 16, 2007

Durian




















Sabtu lepas kami balik kampong di AG, ada saudara kahwin lagi. Di rumah ipar (BIL) tu ada lagi buah durian dan rambutan. Dapatlah merasa durian kampong(cuma lepas gian, bukan lepas geram bak kata Doc. TA) dan rambutan yang telah masak ranum. Kami juga di bekal beberapa biji untuk dibawa balik ke KL .
Semasa buah sedang banyak gugur tempuh hari ada juga dipelawa oleh BIL untuk balik kampong, makan durian. Tetapi kerana tidak ramai peminat durian di rumah kami, maka kami tidaklah menerima pelawaan tersebut sehinggalah, kami balik untuk majlis kahwin tersebut.

Pada mulanya isteri tak nak ambil, kerana tidak mahu menambah wangi kereta, jika di bawa. Tetapi setelah dibungkus dengan kertas surat khabar yang agak tebal barulah berjaya durian itu mengikut kami ke KL. Namun demikian, baunya masih lagi berjaya meresap keluar, dan sehingga kini masih ada tanda yang kereta tersebut telah membawa Raja Buah tersebut di dalamnya.
Ini mengingatkan saya kepada peristiwa di mana pelancung asing yang telah bersedia untuk bertanding memakan buah durian telah "cabut lari" sebelum pertandingan bermula. Pertandingan tersebut sepatutnya diadakan di Pesta Sungai Nibong, pada 16 Jun lalu. Kesemua peserta seramai 18 orang dari New Zealand dan U.K, yang pada mulanya telah bersedia untuk bertanding telah membatalkan niat mereka pada saat terakhir. Bau durian pun dah tak larat macamana nak makan pula. Tapi keju yang lagi busuk dan buruk nampaknya, mereka boleh dengan selamba je memakannya. Jadi tak heranlah kan....
Cuma sekarang ni lambakan buah durian ini sudah kembali lagi. Pekebun menjadi pening untuk memasarkannya. Dan ada yang terpaksa menjual pada harga yang murah untuk tidak rugi. Malaysia dikatakan mampu menghasilkan 200,000 ton durian setahun. Ini tidak termasuk durian yang dibawa masuk dari Thailand. Tetapi permintaannya tak sampai pun separuh daripada itu, iaitu 95,000 ton sahaja. Lambakan ini menyebabkan harga durian menjadi murah. Durian D24 kini ada yang di jual pada harga RM5/8 sekilogram berbanding RM8/15, sebelumnya.

Bagi mereka yang berminat, bolehlah membeli lebihan durian itu setiap hari untuk dibuat tempoyak. Tempoyak boleh tahan lama dan peminatnya pun tentu ramai. Jika di simpan dengan baik tentu boleh dijual sepanjang tahun. Dengan promosi yang baik misalnya, ada pula resepi dari Chef Wan untuk masak lemak bersama tempoyak, tentu boleh booom punya.... Itu cuma satu cadangan. Fikir-fikirkan dan selamat mencuba.

23 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

Saya buah durian 'segar' tak makan sangat, tapi kalau dah dibuat kuih oklah. [suka buah durian Segamat!]

Kalau buah rambutan, memang favourite!, terutama rambutan gading Muar. :)

Mak Su said...

kita cadangkan supaya makan buah durian dimasukkan dalam agenda fear factor.. nak tgk sapa power? mkn ulat besh ker makan durian lebih beshhhh

tokasid said...

Salam pak zabs:

Apart from cendoi,bubur gandum,sotong kangkong, kepok lekor,cincalok dan ikan pekasam, durian and manggis are my favourites. Memang pulun sakan kata orang utara. I too have diabetes.

My trick? I know my sugar level will go up-I took extra of my Glucovance( I boleh monitor my own Blood sugar so senang sikit).

You balik AG? Is that Alor Gajah? Should have told me boleh mengeteh kat mana-mana. maybe next time.

ZABS said...

bp: Sama lah, durian Segamat lebih ummph ke? Semua jenis rambutan saya makan, pernah rasa rambutan gading Muar tu, biras saya orang Muar (Sg. Mati) pernah bawa balik.

mak su: Kalau di masukkan baru orang kita ada peluang kot?

tokasid: Saya takda diabetes, tapi sekarang dah tua ni kena berjaga-jaga jugaklah. Dalam senarai tu cendoi dan sotong kangkong je yang saya minat. Cencalok tu ada boleh, takda boleh, tapi saya lebih sukakan sambal belacan dengan ulam-ulam. Durian dan manggis masa dulu2 punya favorite. Tetapi, rambutan masih lagi buah pujaan hatiku.

Azlan Zed said...

balik alor gajah kah ? apa khabar orang kampung ? lama sudah x berjumpa. hehe.

Fauziah Ismail said...

Salam Pak Zabs
I love durian but I cannot take too much (one whole fruit can be considered too much too) or else boleh demam walaupun guna petua minum air guna kulit durian tu sendiri.
I prefer manggis, berguni-guni pun tak apa although the stain of the mangosteen skin can give the person doing my laundry hell.
I was introduced to a kind of anti-oxidant juice made of the mangosteen skin.
I haven't tried it yet another someone else have sworn by it medicinal benefits.

ZABS said...

Doc.: Betul lah tu Alor Gajah. Tapi day trip je, hari Ahad ada satu lagi jemputan di KL.

alan: Semua sihat. Tak balik rumah ke? Ada borang perlu tanda tangan.

ZABS said...

Fauziah: Saya suka durian tapi my wife tak suka langsung yang freshnya. kalau dia nak makan buat pengat makan dengan roti baru dia makan sikit. Sebiji sorang kalau besar macam dalam gambar tu, memang "too much" lah tu.

Manusia Pekasam said...
This comment has been removed by the author.
Manusia Pekasam said...

Salam Pekasam,

Tak tahan, nak makan dughiyan! nak makan dughiyan!

Accia said...

salam pak zabs,
sebab buah ni lah suami saya kata saya rugi besar! :(

ZABS said...

pekasam man: Sekarang sepanjang tahun dah boleh makan durian, terutamanya durian dari Thailand kan?

accia: Rugi tak makan durianke? Untung adalah. Durian sumber lemak/kolestrol, orang diabetes pun tak boleh makan banyak-banyak. Orang biasa pun kalau makan banyak durian,boleh panas badan. Macamana suka pun orang makan durian, mereka tak berapa suka bawa durian dalam kereta, kerana baunya yang menyengat. Untuuung kalau tak suka durian.

Unknown said...

Hello Zabs,

Hmm...the delectably delicious durians, pity about the pong..ha ha. Kawan saya beri petua, sekira nak cancel atau counter durian smell, use a lot of mint leaves or daun nik nab (betul ke translation mint leaves ni?) dan balut keliling durian tu with newspaper lah. Saya belum cuba jadi tak dapat jamin mujarab atau tidak petua ini. Siapa2 dapat cuba sila berutahu kesan nya. Tq.

ZABS said...

Ruby: Terima atas tu, tahundepanlah kot baru boleh cuba. First time dengar daun nik nab tu(Nik Zainab yang beri nama ke?). Yang saya tahu daun pudina je.

pB said...

Salam Abe Zabs ..

che aBear pB memang kaki durian. Dia tu kalau makan pulut durian , memang habis lah sepinggan. Macam makan nasi.

Nasib baik, dia dpt isteri macam pB..

Hi hi..

sebab pB pun minat duriyan ...

Manusia Pekasam said...

Salam Pekasam pak zabs,

Dughiyan Siam cepat bughuk la pak zabs. Beli tak dan 3,4 hari dah buruk. Byk sgt pakai ubat kuat kot?

Nak kena caghi dughiyan kampung. Masuk kampung. Oghang kata kat Ulu Yam ada byk lagi.

aNIe said...

Salam en. Zabs...anak kak lady semua peminat durian...tapi kak lady minat durian kampung..org kata kalau kat Melaka durian Ayer Molek paling sedap...tak minat kat durian siam tu...nampak isi memang cantik tapi bau kureng sikit...

Tempoyak? Ermmm...memang sedap...kalau masak asam pedas...ambil sesudu..masuk kat pinggan gaul dengan nasi...memang terangkat...

13may said...

saya prefer makan durian kampung...walaupun isi tak berapa ada...tapi best:)

ZABS said...

pB: Bagus tu bagus jugak, cuma jangan terlebih makan. Semua yang berlebih2 ni tak baik.

pekasam man: Setuju, itu sebab rasa dia tak original.

kak lady: Durian tembaga, yang isinya kuning tu yang best. Susah nak jumpa lagi dah.

May: yng asal kampong semua best kot. Macam ayam kampong dan seumpamanya kan?

zino said...

durian tu..yg tak boleh tahan ni hehe

- G O R O - said...

Salam Dunia Pakcik Zabs..

Sedapnyer durian tue...

Teman suke bebenor makan durian..
4 biji in one shot...

tokasid said...

Salam pak zabs:

minta laluan ye.
Kak lady: memang Durian Ayer Molek sedap-sedap esp dari Bukit Lintang dan kampong yg selepas Petronas tu.
Tanah situ memang sesuai dengan durian. Dulu-dulu tok sidang kg Gaung kata Lee Liong Sik amat suka durian dari tanah dia. Kata tok sidang( masa tu jumpa dia tahun 1984 dok buat praktikal di Melaka) bila musim Durian dia akan hantar pada Lee Liong Sik. Tak tahu samada sekarang anak dia sambung tradisi tu ke tak.

Satu lagi yg best ialah Durian Batu Kurau di taiping. Juga di Bukit Gantang.

Durian Siam?...macam barang2 siam yg lain lah. nampak comel tapi setakat tu saja lah.

ZABS said...

Zino: Durian oh durian....

-goro-: Jangan over dose sudah.

Tokasid: Expert tentang durian, berpendapat begitu, kami setuju je.