Wednesday, June 27, 2007

Mersing


Mersing seperti di peta di bawah, terletak di kuala Sungai Mersing, di pantai timur negeri Johor. “Gateway to 40 beautiful islands”.

Begitulah bangganya Mersing cuba di war-warkan kepentingannya. Bandar mersing ini asalnya adalah sebuah Bandar nelayan yang sunyi, dan sehingga kini masih terdapat banyak lagi bot-bot nelayan di dalam sungai tertsebut.


Ini adalah pertama kali saya sampai ke bandar ini. Ada beberapa buah hotel di sini seperti Seri Malaysia dan . Tetapi kami telah tinggal disebuah hotel baru, Hotel Havanita, yang mempunyai lebih kurang 40 bilik. Selesa dan luas hampir dengan tempat yang kami nak lawati.

Tujuan kami ke Mersing adalah untuk melihat kawasan di kuala sungai tersebut yang mungkin akan dibangunkan oleh pemaju dan kami perlu membuat pengukuran dan cadangan untuk menebusguna tanah di muara sungai tersebut.


Kami tiba hampir jam 6 petang, setelah check-in, dan di dalam hujan yang renyai-renyai kami telah pergi melihat tempat yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati dan mendapat sedikit maklumat dari mamat-mamat melepak dihujung tanjung tersebut, kami balik semula ke hotel dan membuat keputusan untuk melakukan tinjauan lagi keesokkan harinya.
Matahari mula menghilangkan diri.


Matahari dah mula menampakkan dirinya

Keesokannya kami melawat-lawat lagi kawasan muara sungai tersebut dan berpuas hati dengan apa yang kami lihat dan akan membuat cadangan yang diperlukan.

Kami juga telah dibawa melihat kuari di mana batu-batan dan kemungkinan pasir untuk tujuan tebusguna itu akan diambil. Namun demikian sumber utama untuk kerja tebusguna ini adalah pasir dari laut yang berhampiran.
Kolam ini asalnya ialah sebuah bukit setinggi bangunan 7 tingkat.


Jika projek ini berjalan maka Mersing sebagai sebuah bandar penghubung kepada pulau-pulau pesisir pantai yang banyak itu akan mengalami sedikit gangguan dan berkemungkinan aktiviti pelancongan akan menjadi berkurangan.
Mersing pula akan menjadi seperti bandar-bandar yang mempunyai kawasan ditebusguna seperti.....
Melaka....


Pulau Pinang... dan


Tentunya Singapura, yang telah menebusguna laut sesuka hati mereka....

Gambar gambar dari Google ini telah diambil beberapa tahun lalu dan mungkin kawasan ditebusguna adalah lebih luas lagi (kawasan berwarna putih di dalam laut).

Pelukah kita berbuat begitu?

Seri Mersing Lagulah Melayu.....

13 comments:

Mak Su said...

uncle zabs - saya pun dah sampai kat mersing dan mimpi... nanti saya cerita kat blog saya

so'od said...

perlu sgt ke development tu?

ZABS said...

mak su: samapai dalam mimpi, tentu seronok tu.

so'od: Ia dan tidak. Panjang kalau nak dituliskan satu persatu. Harapkan pembangunan ini akan dilakukan mengikut piawaian yang telah ditetapkan. Kajian kesan kepada alam sekitar akan dilakukan, penempatan baru untuk nelayan serta kebajikan mereka perlu dititkberatkan dan para peniaga yang mungkin akan di pindahkan dan seumpamanya.

tokasid said...

Salam pak zabs:

Always wanted to go to Mersing and to Tioman tapi masih tak kesampaian.

Agree that Mersing perlu dan tak perlu projek begini. depend on how we look at it.
Kalau projek ini take off bagai di rancang ada kemungkinan MP yg kini Timb Menteri akan naik jadi Menteri penuh.

Cantik gambar fajar menyinsing tu zabs.

Azlan Zed said...

satu lagi projek barisan nasional... :D

Unknown said...

Maaf la kalau apa yang saya kata ni tak betoi. Kalau tak betoi delete saja. Yang saya tau perangai orang kita ni kajian kesan keatas alam sekitar yang di buat ni tidak dipedulikan sangat sekiranya project yang nak di buat banyak menguntungkan depa. Magic word sini ialah MENGUNTUNGKAN DEPA bukan MENGUNTUNGKAN KITA.

ZABS said...

TA: Sekarang keadaan laut agak sesuai untuk ke Tioman. Hujan sikit2 tu kira oklah.
Tentang Timb.Men. boleh jadi Menteri penuh tak tahu pulak saya. Setahu saya yang punya proejk ni pihak swasta. Depa banyak duit tak tahu nak habih kat mana kut? Walaupun ramai lagi orang yang nak makan pun tak cukup.

alan: Bukan kerajaan punya, kena minta d/p dulu baru buat survei.

NTN: Ada benarnya seperti apa yang Che'gu cakap tu. Biasanya EIA tu konsultannya dibayar oleh tuan punya projek. Tentu boleh lulus kalau ada fulus kan? (Situating the situation lah kot?). Kerja yang saya nak buat ini cuma pengukuran kedalaman air laut hubungan dengan pantai, kajian pasang surut dan arus air laut untuk konsultan yang reka bentuk projek takda kena mengena dengan kajian EIA.

NBK466 said...

Biarpun kampung sebelah mak kat Mersing...sejak dah dewasa tak pernah balik sana sbb lebih rapat dgn sebelah ayah di JB...

ZABS said...

nbk: Kalau di N 9, kito lebih dokek dgn sobolah omak. Bapak den dari Sepang, setahun sekali pun jarang pergi ke sana. Arwah bapa dah lamo meninggal, jadi sekarang, kami cuba merapatkan semula silaturrahim, walaupun masih terasa kekok sobab ramai sedara-mara yang tak dikenali di sana. Kami buat apa yang termampu.

MA said...

Zabs :

Mersing holds a very nolstalgic part of my life. I spent part of my growing up years there (think Wonder Years). Saw the playground kat depan Jabatan Laut (or something) - near R&R ? I spent many happy days there.

Ahhh..must make another visit soon !


Mak Andeh.

ZABS said...

MA: Saya rasa tak banyak perubahan lagi di sana. May be when the project takes off, banyak perubahan yang akan di rasai oleh peniaga dan nelayan2 di sana.

blackpurple @ jowopinter said...

Kena letak lagu latar 'Sri Mersing' ni bang baru syahdu.. :)

ZABS said...

bp: Maaf BP., dah cuba cari tak jumpa.