Friday, June 29, 2007

Kolestrol Jahat

Semalam saya mendapat keputusan hasil ujian darah lengkap (lebih 40 jenis), yang telah saya buat beberapa hari yang lalu. Pada amnya semua nampak ok, kecuali kandongan kolestrol yang agak tinggi dalam darah. Total kolestrol 6.6 mmol/l (HDL (kolestrol baik) - 1.2 mmol/l (ok), LDL (kolestrol jahat) - 4.8 mmol/l. (tinggi). Kata doktor, ia berada pada tahap tinggi dan perlu mula makan ubat dan kurangkan makan macam2 lah terutamanya yang berlemak .

Memang sudah dijangkakan kerana pada tahun lepas, dengan doktor yang lain, juga telah diberitahu supaya kurangkan semua makanan yang berkaitan dengan penambahna kolestrol ini, dan juga mula makan ubat. Tapi saya hanya makan ubat selama sebulan sahaja dan berhenti dan tidak menemui doktor itu lagi. Saya rasa doktor itu yang lebih perlu diet dari saya (tapi dia tentu tahu apa yang baik untuk diakan, sebab dia doktor).

Doktor yang ini saya rasa dia tak perlu diet lagi, dan mungkin saya boleh dengar nasihat dia. Katanya, risiko utama, kandungan kolestrol yang tinggi dalam darah ini, ia boleh menyebabkan serangan penyakit jantung. Itu saya dah tahu dah, mem kat rumah pun dah banyak kali cakap. So, kenalah mula makan ubat semula dan berazam untuk tidak berpantang... ya pantang jumpa, makanlah maksud saya.

Semua makanan-makanan ini terpaksalah dikeluar dari diet nampaknya.....




Dan kena selalu buat latihan. Mungkin boleh bermula dengan turun naik tangga pejabat setiap jam.....takdo kojo apo?

18 comments:

Azlan Zed said...

wah, terliur melihat makanan berkolestrol itu ! nyum2. :D

ZABS said...

alan: At your age my waistline is 30". BMI 19.5. Please check yours before, the fats take over.

so'od said...

uncle, jgn malas2 makan ubat..
heheh..
pak sy pun mkn ubat kolesterol jugak..
tu pun lepas kene angioplasty in 2001..
so uncle jaga2 la before anything happens..
do it for yourself and your loved ones!

ZABS said...

Terima kasih Doc. InsyaAllah kali ini akan tentukan ia turun semula ke paras <5.2mmol/l, dan maintain begitu.

zino said...

ikut nasihat dr.. itu bidang dan kepakaran dia..

salam kenal kembali..

ZABS said...

zino: Terima kasih atas nasihat. Bukan tak mahu ikut, cuma segan makan ubat. Sekarang akan kuatkan semangat untuk atasi keinginan makan benda2 yang terlarang tu. InsyaAllah.
Terima juga atas kunjungan balas anda.

blackpurple @ jowopinter said...

Itulah dia. Banyak makanan-makanan sekarang berkolestrol tinggi-tinggi belaka. Nak mengelak pun susah... Selain kolestrol, garam dan gula dalam makanan pun jadi masalah penyakit juga... :)

ZABS said...

Betul tu bp, tapi tentang garam dan gula tu memang dari dulu lagi dah kurangkan. Isteri, sentiasa waspada. Kolestrol ini mungkin kerana saya suka, masakan berlemak, kari, masak lemak cili padi, nasi lemak, roti canai, telor, butter, cheese dan lain-lain yang sewaktu dengannya.

Fauziah Ismail said...

Salam Pak Zabs
Sinfully delicious makanan dalam gambar tu!!! I can imagine sinking my teeth into one of those!
Despite my sweet tooth, I had a hypoglycaemia scare a few years ago. Alhamdulillah, dah ok.
Masa last check-up a few months ago, the doctor gave me the ok.
Dah lama pun tak ke Chinoz on the Park for latte. Of late, minum tea saja tapi flavoured ones especially apple!

Unknown said...

Makanan yang sihat semuanya tak sedap. Makanan yang bahayani semuanya sedap so makan yang mana?

tokasid said...

Salam pak zabs:

Nak buat macamana bila kolestrol dah naik coz lastyear pak zabs ketegaq tak mau dengar nasihat doktor yg (?)gemok.

Takpa not to worry too much( worry kena worry jugak la).Yes you need to cut down on those delicious foods. You have to increase makanan sihat yang tak sedap(mcm che'gu kata) and do take your medications.Most probably the doc will check your cholesterol level and liver function test in 3-6 months( coz ubat kolestrol kdg2 boleh naikkan enzyme liver.

Makanan tg sedap ni for me(and I will tell my patients the same thing) sekali-sekala boleh la. Selang seli kan coz its difficult to control our nafsu makan,esp the foods that we are used to. Ramai kantoi to be on a strict diet. I prefer to take jalan tengah for my patients and they must understand that sekali-sekala really means sekali-sekala. Makan utk hilang rindu bukan utk lepas rindu dendam!

Makanan esp fast food memang banyak kolestrol. Kalau tak takkan all those fried chickens,McDs,and othr fast food sedap sehingga menjilat jari ?
Satu lagi( ni memang tak ekonomical) bila kita dok berulang-ulang guna minyak masak(recycle) utk menggoreng...memang banyak kolestrol.
Yg elok kalau guna minyak jagung(mazola).

Lebihkan sayuran esp fresh ones-ulam and salads.And fresh fruits. Cut down on carbonated drinks( itu gula yang teramat banyak).

InsyaALLAH if you can do that plus exercise( basikal bodoh yg tak bergerak) not only will the cholestrol level turun but its also good for the heart muscles.
Take care brother!

ZABS said...
This comment has been removed by the author.
ZABS said...

fauziah: Plain teh is good for us, tapi bukan teh tarik yang ada susu lemak manis tu. Betul Doc.?

NTN: Betul lah tu. Ada benda yang kita tak suka tapi baik untuk kita. Dan benda yang kita suka, tapi bawa mudharat pula. Macam TA katalah, makan sekali sekala, untuk hilang rindu, boleh, tapi bukan makan untuk lepas rindu dendam.

Doc: Terima kasih atas nasihat dan saranan yang sungguh baik untuk diikuti. InsyaAllah akan jaga makan dan selalu buat senaman. Akan buat N3 bila dah turun paras kolestrol saya tu nanti.

PK8622 said...

Assalamualaikum,

Saya baru jumpa doktor kat HUKMSC.
Katanya kolestrol dah 8mmol/L.
Dia pun terperanjat. Maklumlah umur baru 34, untuk jangkamasa panjang katanya umoq tak panjang.
Minta2 dipanjangkan umur dah dimurahkan rezeki. Amin.

Terus dia bagi ubat Novas & Lipo, darah tinggi - 150/90 hb90 macam nak pecah jantung.

nampaknya kena makan ubat seumur hidup la mcm makan gula2.

sama2 la kita berdoa moga2 cepat sembuh. ok

Jeffry said...

Kolestrol memang sangat berbahaya..
Tetap jaga makanan yg dimakan..
Saya punya Vitamin No. 1 di dunia ( berdasarkan riset Euromonitor ) penangkal&menjaga kelebihan kolestrol jahat, jadi kl yg berminat silahkan Anda email ke saya di gmjeffryhalim19@yahoo.com
Saya hanya berharap bisa membantu Anda semua dalam menjaga kesehatan...
Thanks :)

Jamal said...

Salam

Saya punye cholestrol 6.7.

Doktor kata ubat kolestrol tu cuma mencegah kolestrol baru dr makanan kita masuk ke dalam darah. Tp dia tak membuang kolestrol dlm darah.

Tp bila dah takde kolestrol baru masuk dalam darah, lama2 kolestrol yg tinggi tu digunakan.. jadi berkurang la .. kot?

Saya terfikir takde ke doktor yg buat ubat contohnye inject dlm darah terus dia buang kolestrol2 , dan terus dia buang/kurangkan LDL dalam darah, dan mencairkan plak2 kolestrol yg melekat dalam salur darah...

Jamal

Yasma said...

Saya pula lebih suka amalkan supplement daripada ubat. Setahu saya EPA boleh menyingkirkan kolestrol..dan amat penting untuk kesihatan jantung.Omega 3 bukankah baik untuk mengurangkan masalah jantung.

Penapis Air Pilihan said...

Mencari Penapis Air MURAH dan Berkualiti?

Bio ULTRA ALKALINE pilihan Terbaik? Kenapa?
1 - Harga jauh lebih Murah dr Jenama-jenama terkenal.
2 - Kualiti Air setanding dgn Jenama antarabangsa.
3 - Filter2 yg berkualiti dan mendapat Sijil HALAL JAKIM
4 - Servis Berkala, ada Warranty & Design menarik
5 - Pemasangan sepantas 1-2 Hari shj (Seluruh Semenanjung)

HARGA bermula dr RM699

KAMI juga menjual semua jenis filter penapis air (Semua Model Termasuk Coway, cuckoo, Jik soo, hijrah, elken dan lain2) RM250 utk 4 Filter TERMASUK POSTAGE

http://penapis-air-bioultra.blogspot.com/

Hubungi:
0178895990 atau click http://bio.wasap.my