Monday, December 11, 2006

Marilah Menuju Kejayaan

Di suatu petang Sabtu, di sebuah surau, selepas selesai Azan Asar, hujan masih turun walau tidak berapa lebat. Dua jemaah sedang bersembahyang. Di belakang Imam ada sebuah kerusi dan di belakang makmum juga ada sebuah kerusi. Jemaah yang ketiga yang tidak perlukan kerusi untuk bersembahyang tiba lewat dan mengambil tempat di belakang Imam yang telah mula bersembahyang. Alhamdulillah, mereka bertiga masih dapat menunaikan fardu kifayah sembahyang berjemaah di Taman tersebut.

Terdapat lebih 240 rumah di taman tersebut dan 99.9% orang Melayu tinggal di taman tersebut. Mungkin Azan yang dilaungkan tidak dianggap sebagai panggilan dari Allah untuk bersolat dan menuju kejayaan. Atau mereka semua ke Masjid atau surau lain di luar taman tersebut. Bersangka baik lagi.

9 comments:

13may said...

ntah2 jadik begitu kerana di sebabkan politik???

oh! saya harus bersangka baik jugak:)

ZABS said...

Bila difikir2kan semula mungkin ada kebenarannya. Surau itu adalah ubahsuai dari dewan U_no lama, setelah mendapat Dewan baru yang lebih besar di sebelahnya, tetapi dinamakan Dewan Orang Ramai, bukan Dewan U_no. Tetapi takkan nak bersembahyang pun dengan orang yang sama fahaman politik je ke?

blackpurple @ jowopinter said...

Tak tau nak komen apa..

Pun bersangka baik....

Cuma teringat kata-kata Sdr. Hamka di blognya "kalaulah jemaah solah Subuh seramai solat Jumaat...."

kakLuna said...

seronok tengok masjid yang ramai jemaah..rasa semangat nak buat ibadat..sungguh!

TasekPauh Blogspot said...

salam kpd semua.. izin saya mencelah. Semoga tuhan memberi kita kekuatan utk mengimarahkan surau2 & masjid walaupun org lain tidak sudi.

ZABS said...

bp: Semuga kita dapat amalkan sembahyang berjemaah sentiasa.
kakluna: Setuju, cuma jangan bersemangat bila ramai orang je!
tasekpauh: Salam perkenalan. Tahniah kerana banyak artikel menarik di blogspot anda.

Abu S.H said...

kalau kita je amalkan kat masjid dan biarkan orang tak sudi begitu sahaja pun tak bleh jugak..
kena panggi dan dakwahkan mereka..
itu tanggungjawab

ZABS said...

Dulu ada kumpulan tablik, datang setiap 2/3minggu sekali dan tinggal di surau 3 malam setiap kali, dan buat ziarah rumah ke rumah. Selepas beberapa lama, mereka tak nampak perubahan, agaknya, kumpulan tu kini,dah lama tak datang dah.

Abu S.H said...

bukan..tabligh bukan tak datang sebab tak nampak perubahan...

salah konsep tu.....hehehe