Friday, November 24, 2006

Iklaneka Perdana

"Jangan lupa gunakan syampu ini apabila mandi sunat hari Jumaat nanti dan pada hujung Minggu ini marilah kita mengunjungi Pesta hiburan yang akan dianjurkan oleh Astro beramai-ramai."
Adakah ini yang ingin disampaikan oleh TV1 ketika mengiklankan syampu (pelakonnya tak menutup aurat) dan Pesta hiburan anjuran Astro semasa rancangan Forum Perdana Ehwal Islam malam Jumaat lepas. Iklan syampu itu pula telah beberapa kali disiarkan semasa rancangan tersebut ke udara minggu2 sebelumnya.
Tidak perihatinkah TV1, menyiarkan iklan yang ada perbuatan yang kurang sesuai dan pelakonnya pula tidak menutup aurat semasa rancangan Agama. Sudahlah TV swasta berbuat sesukanya, TV kerajaan pun nak ikut sama ke?

2 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

itulah dia. Mereka cuma ingin mengejar populariti, keuntungan, rating dan berpaksi kepada RM semata..mata....

13may said...

kompeni syampu tu jadik penaja kot???