Tuesday, October 03, 2006

Golf

Gambar Hiasan
Nampaknya bagi peminat sukan ini yang beragama Islam, akan berehat sementara dari menghabiskan masa memukul bola kecil berdiameter lebih kurang 4cm, dari lubang ke lubang, selama lebih 3 jam setiap kali bermain. Mungkin inilah masanya untuk mereka dapat merasakan berapa panjangnya masa 3 jam itu dan apa yang boleh dimanfaatkan dari 3 jam itu untuk bekalan akhirat mereka.

Umpamanya, masa 3 jam dipagi minggu itu, boleh dimulakan dengan ke pasar, membeli barangan untuk dimasak isteri (1 jam), menghadiri kuliah Pak Guru (1 jam) dan mengemaskan bilik stor yang telah lama tidak dijengok.(1 jam). Penuh berfaedah kerana dapat membantu isteri, menambah sedikit ilmu dan berpeluh sedikit ketika mengemaskan bilik stor tersebut.

Masa tiga jam tu juga mungkin boleh digunakan bagi memberi tuisyen kepada anak-anak yang masih bersekolah. Selain menjimatkan duit tuisyen, tidak perlu bayar “green fees” dan dapat pula masa berkualiti bersama anak-anak.

Bagi yang suka “berblogging”, 3 jam adalah masa yang cukup lumayan untuk melayari internet, mendapat idea baru dan membaca entri-entri bloggers yang lain seperti blog “keretamayat” yang penuh dengan pengajaran dan sungguh menginsafkan.

Namun demikian kalau sudah terkena “penyakit” tersebut, walaupun tidak turun ke padang golf, namun mereka masih bertenaga untuk ke “driving range” untuk berlatih memukul bola. Bagi mereka jika dapat memukul bola golf di "range" pun sudah cukup untuk melepaskan gian. Apa nak dikato dah minat nak buek camno. Tapi jangan nanti sampai dihidang bola golf untuk berbuka ye….

8 comments:

mohd azmir said...

3 jam menolong isteri dan kemas stor? mcm diri sendiri jer ni? hmm...

Hamka said...

aku batuk..batuk..
ada orang sebut nama aku ke?
he he he

zabs said...

Walaupun tak perlu lagi nak promo (Dah cukup popular (500 pelawat sehari saya anggarkan). "keretamayat" perlu diberi komplemen juga.

hucs said...

aku tak batuk pun? takde orang sebut nama aku laaaa... :(

by the way, memang byk lagi sukan lain yang boleh mengfitkan badan..golf apa ada? masuk la silat ka, dapat belajar jadi tangkas, boleh protect anak bini..InsyaAllah

-tak pernah main golf-

zabs said...

TQ hucs kerana melawat pakcik. Stuju golf tu takde apa2 pun, lainlah kalau bagus mcm tiger woods. Golf ni jalan2 buat penat mcm hucs dan rakan2 pegi hantar awek keliling klcc dulu tu. Apa pun takde kan? Cuma golf adalah thrill sikit dapat masukkan bola dalam lobangnya.

hucs said...

hantar awek keliling klcc dulu tu??? uik? yang mana ek?

zabs said...

(Thursday, February 16, 2006
Awek punye pasal..4 suami org jadi kartun). Saya ada baca di blog anda.

hucs said...

hahahaha...
jgn ler gitu zabs..malu wooo..
tu citer dulu2..
skang dah tobat nasuha
:'(